Pages

Wednesday, May 15, 2013

Fun.Philippines : Day 3 (Part II)

Fun.Philippines : Day 3 (Part I) - Welcome to Ilocos Region

Terlewat hampir sejam dari waktu yang diberikan oleh Jojet - mamat ne sangat panctual ok. Kalau dalam itinerary tercatat tiba di satu-satu tempat pada sekian-sekian waktu, dia akan cuba sedaya upaya untuk on time. Memang terbaik tetapi kami lah pula yang tak syok, tak puas huhuhu - ne lah salah satu sebab kenapa kami tak berapa nak gemar  ambil pakej huhuhu.

Oleh kerana kelewatan kami itu, terdapat rombakan pada itinerary. Windmills akan kami lawati keesokan harinya untuk sunrise. Bila ditanya mahu singgah atau tidak ke San Agustin Church of Paoay di Ilocos Norte, semua jawab "nak". Bukan apa, ini antara church tertua yang ada di Ilocos sebagai 'tanda tangan' penjajahan Sepanyol di situ. Cuma syaratnya tak boleh nak berlama-lama huhuhu.


San Agustin Church mula dibina pada tahun 1604 dan. siap dibina sepenuhnya pada tahun 1710 dan diisytiharkan di bawah UNESCO pada tahun 1993. Untuk info lebih lanjut boleh baca di sini -> Paoay. Melintasi bahagian belakangnya pun dah membuatkan kami teruja. Sayangnya kami cuma diberi masa hanya 20 minit sahaja di sini. Tak sempat pun nak pusing keseluruhan tempat ini. Snap beberapa keping gambar untuk kenangan dan terus kembali ke van huhuhu.

 
Bell tower

 
Katanya ada beberapa part yang mirip candi Borobudur di tanah Jawa. Pernah beberapa kali musnah akibat daripada gempa bumi dan dibaik pulih. Masih diguna pakai hingga ke hari ini.


Dari sisi lain. Terdapat kawasan perkuburan di sini tetapi dijaga rapi. Sekali lihat tak macam tanah perkuburan pun tetapi lebih kepada taman bunga.

 

 
Tinubong ini Jojet yang belanja. Lebih kurang macam lemang jugalah tetapi rasanya saya tak berapa suka.

Perjalanan kembali diteruskan sejauh 58km menuju ke Burgos untuk singgah di Cape Bojeador atau dikenali juga sebagai Burgos Lighthouse. Ianya dibina di atas Vigia de Nagpartian Hill, sewaktu penjajahan Sepanyol di daerah ini.

 

Cantik sangat view di sini. Lokasi terbaik untuk layan sunset. Tiada bayaran masuk dikenakan. Terdapat beberapa gerai menjual cenderamata berdekatan parking. Saranannya, belilah apa yang nak dibeli kerana harganya sangat murah.


       
 Tower dengan ketinggian 20m.

 
Laut  China Selatan nun dikejauhan. 

Hari semakin lewat, ada satu tempat lagi yang perlu kami singgah sebelum bergerak ke Pagudpud. Kapurpurawan Rock Formation terletak tidak jauh dari lighthouse. 10 pesos dikenakan untuk setiap pengunjung. Bagi mereka yang nak try menunggang kuda di sini, bayarannya adalah 100 pesos.


 

Lengkap sudah perjalanan kami hari ini. Dalam perjalanan menuju Klasik Beach, kami minta Jojet singgah terlebih dahulu di kedai runcit untuk membeli sedikit makanan. Boring woo dah berapa hari belasah berahim hehehe. Jadinya, petang itu kami sambar ikan sardin/selayang untuk digoreng, tepung untuk cekodok, telur, minyak dan beberapa bahan masak yang lain. Kami makan besar hari ini setelah beberapa hari terpaksa mengikat selera.

Simple tapi licin semuanya. Siap bawa papadom dan kicap lagi tu dari Malaysia hehehe.

Perut kenyang, masa untuk zzzzzz. Penat giler.

* bersambung untuk hari ke-4

17 comments:

  1. Ha'a betul kalau follow pakej mmg tak selesa coz terikat dan kena ikut masa dorang..rasa tak puas kan

    20 menit?..mana cukup heeee..kalau kat tempat org kan Zila..makanan simple mcm ni pun sedap tau..coz JM pernah alaminya..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu...tapi dalam masa yang sama ok jugalah kot sebab semua tempat yang kami target berjaya kami singgahi..cuma bab masa tu ajelah..mungkin ini sebagai satu pengenalan tentang filipina..so lepas ne dah tahu apa yang patut dan tak patut kami lakukan ;)

      ini kira mewahlah JM..biasanya menu kitaorang lagilah simple..penah sampai satu tahap tak sanggup dah nak telan sebab tak lalu hehehe

      Delete
  2. wah birunya! cantik formation rock tu, ingatkan memula pasir. hehe.

    kicap? i loike! skang dah ada kicap tamin botol kecik, sesuai utk dibawak travel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik, biqque..tempatnya sangat luas tapi tak habis pusing..arghhh!!! huhuhu

      tamin tak berapa berkenan...yang sedap biasanya kicap bango/bangau (kat sini takde jual, kena beli kat Indonesia) atau pun kicap ABC...

      Delete
  3. rock formation tu unik..cantik..
    one thing saya suka baca blog zila ni sebab tempat you pergi banyak yang rare (bukan major tourist attraction)..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dzu..moga sedikit sebanyak apa yang dikongsikan di sini bisa m'inspirasikan kawan2...

      Delete
  4. hah? siap bawak kicap tu...patutlah licin, hehe...

    kalau dah ambik pakej, camni lah gayanya...kalau tak ambik, taktau nak pergi mana pulak nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kicap memang tak penah tinggal, Orga..mana2 p mesti kena bawa..pastu cari cili api untuk buat kicap pedas..makan dgn serunding, telur dadar..fuhh memang berselera masing2 dibuatnya hehhee

      Delete
  5. baru je mcm terfikir nak g filipina, tetibe dah ada pun org buat review..cantik giler rock formation tu..btw, nice entry, pics pun cantik2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi, cepat2lah sambar tiket hehehe..philippines cantik sangat, cuma bab public transport agak problem dan harganya kadangkala jauh lebih mahal dari tiket flight tau hehehe

      *terima kasih

      Delete
  6. pokok tu mcm ade sesuatu.. hihihi..
    larik!!

    anyway semua gmbo cntik2 zila

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa tu?takan momok kot??hahaha...yg sya nampak cuma dahan2 dan lampu yang bergantungan hehehe...

      *terima's izz

      Delete
    2. lampu eh? hahaha.. nampak cam mata lak.. kiki..

      Delete
  7. salam....

    gambaq sgt sgt osem!!!!!!

    ReplyDelete
  8. Salam Sis, teruja tahap maksima tengok gambar2 ni, mula kepala digaru, tapak kaki menggila gatal nak ke philipines. Kalau ikut sejarah, saya ramai je kwn di sana tapi kawan2 kat sana... Tapi kalau mintak bantuan depa rasa mcm tak mencabar pulak kan. Saya mintak izin jadikan info kat sini as guide ya. (Beriya je...ntah bila nak g pun)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi zahra

      Alang2 dah ada kawan tu apa lagi, manfaatkanlah sepenuhnya hehehe.filipina mmg best cuma yang tak bestnya scam sana-sini..aduhh, darah kalau tak naik kira tak sahlah hehehe..

      Delete