Fun.Philippines : Day 3 (Part I) - Welcome to Ilocos Region

Tuesday, May 14, 2013

29/4/2013 : Baguio - Ilocos Region
Kami memasuki daerah yang kering-kontang, Ilocos. Panas dan berdebu; tak sanggup rasanya nak keluar dari kenderaan. Ilocos terletak di north Luzon dan terletak di persisir Laut China Selatan. Perjalanan dari Baguio ke Ilocos Sur mengambil masa sekitar 4.5jam. 

Destinasi kami pagi itu adalah Baluarte. Fuhh, sampai aje destinasi memang berat sangat nak melangkah keluar. Panas terik, ok!!! Paling best, saya tak tahu pun kami akan singgah di zoo walhal bukan kitaorang tak discuss setiap tempat yang bakal kami singgahi. Takpelah, dah sampai pun hehehe. 


"where are you came from, madam?"

"singapore" - fuh giler confident mengaku Singaporean huhuhu.

Senyum..Dengar mereka sok sek, sok sek tapi apa pun tak faham kecuali "Singapore" dan "Malaysia".

Ok, ini bukan kes lupa diri atau malu nak mengaku kami dari Malaysia tau. Apa yang kami lakukan ini memang persetujuan bersama atas sebab keselamatan. Tak nak membayangkan apa persepsi mereka jika mengetahui kami dari Malaysia. Apa pun jadi, kami tetap Malaysian dan kami berbangga untuk itu.

Lupakan isu itu, kembali ke Baluarte. Zoo untuk rakyat; konsep yang harus diamalkan di sini hehehe. Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung. Masuklah berpuluh kali sehari pun, takde siapa yang nak marah. Dari mana mereka mendapat wang untuk kos penyelengaraan dan sebagainya? Ianya diperolehi melalui sumbangan yang diberikan oleh pengunjung tanpa sebarang had minimum melalui beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti bergambar dengan haiwan dan menaiki keldai/kuda mengelilingi kawasan tersebut. Binatang-binatang di sini dibiarkan bebas berkeliaran (kecuali harimau, haru nanti kalau dibiar lepas) - nak main kejar-kejar dengan binatang yang ada pun takde siapa yang kisah; asal jangan disembelih dan dibuat lauk sudahlah. 

 
Err tak tahulah apa namanya haiwan ini..

 
Spesis kakaktua jugalah kot...

10 minit aje kot kat Baluarte, terus kami angkat kaki - tak sanggup.

Dari zoo kami menuju ke Vigan City untuk singgah di Crisologi Museum tetapi sayangnya ditutup kepada pengunjung. Dari luar memang takde rupa muzium pun; tak ubah macam bangunan tinggal yang sedang menunggu masa untuk sujud menyembah bumi huhuhu. Dari situ perjalanan diteruskan untuk Burnayan - pembuatan pasu.

Tiada bayaran masuk untuk Bunayan ini tetapi dengan demo pembuatan pasu kami digalakkan untuk memberikan sumbangan tidak kira berapa nilainya sebagai tanda penghargaan. Sebagai balasan (kot hehehe), derang sedekahkan mangga pada kitaorang. Fresh, dipetik dari pokok. Mereka ada juga menjual pasu dengan pelbagai saiz dan bentuk (murah ok) tetapi sayangnya barangan yang dipamerkan penuh habuk - macam tak terurus aje. Terus takde minat nak membeli huhuhu.

 
Craftman..


Kami dibawa 'Jojet' ke sebuah restoran terkenal di kalangan local. Beliau beranggapan asal tiada pork, yang lainnya kami boleh makan. Bukan tidak berbincang dengannya apa yang boleh dan tidak boleh dimakan tetapi rasanya beliau tidak faham apa yang kami cuba sampaikan. Takpelah, kami masuk ikut pintu hadapan dan keluar dari pintu sisinya hehehe. Tak sampai hati nak tengok muka kecewanya huhuhu. Kami singgah di shakey's pizza untuk vege pizza - selebihnya tawakal.

Harga sekeping pizza di sini lebih kurang harganya sepeti di Malaysia - takde beza pun...

* memang tak banyak gambar pun di Ilocos. Takde mood walaupun jenuh dok paksa diri huhuhu.

** bersambung untuk aktiviti petangnya pula.

You Might Also Like

8 comments

  1. memang kena cakap asal dari singapore ke zilla? sebab bila fikir faktor keselamatan, kena tau jugak, bila sebut dari m'sia apa yang berlaku...

    ReplyDelete
  2. hmm...hati-hati...entah di roti tu ada mengandung lemak dari...si hidung besar tu...:)

    ReplyDelete
  3. yup, if sebut singaporen, kalo jumpa pejuang islam terlampau, apa jadi? if sebut malaysian, kalo jumpa org bukan islam, apa jadi? nak tau gak tu, i nak pegi sana ni nanti :D

    ReplyDelete
  4. Orga & biqque >> tidak semestinya..apa yg kami lakukan sebagai satu langkah berjaga-jaga..Jojet memang dok mention kami dari Malaysia pada setiap org yg dia jumpa tetapi di setiap ayatnya mesti dia akan sebut "but they are nice people"..saya tak tahu apa yg mereka fikir/bualkan sebab dalam bahasa tagalog..tapi renungan dan pandangan mereka...entahlah...

    saranan untuk biqque, sebelum pergi berhubunglah dgn embassy kita di Manila..mereka akan beri pandangan/nasihat mana tempat yang selamat atau perlu dielakkan di sana..dalam pada masa yang sama mereka akan memantau pergerakan kita utk pastikan kita berada di dalam keadaan selamat..

    Jurnal awak >> terima kasih untuk teguran dan ingatan itu..tawakal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooooo begitu ceritanya...i think, sisa2 kes lahad datu la kot yg membuatkan org sana MUNGKIN kata org kita ni jahat ke apa kan...terpaksa la jumpa org n cakap "i come in peace" sambil tunjuk peace sign...hahaha!

      Delete
    2. biqque, kalau tak keberatan boleh minta email address tak?saya forwardkan email dari embassy kita di sana...

      ada beberapa daerah di sana yang kita tidak digalakkan untuk berkunjung atas faktor keselamatan..bukan sebab kes di lahad datu sahaja tetapi beberapa kes penculikan dan sebagainya yang terjadi beberapa tahun yang lepas..emm, tak boleh nak cerita lebih2lah di sini..isu ini sgt sensitif..mungkin kalau nak lebih detail, biqque boleh minta nasihat dari pihak kita di sana sebelum tiket disambar ;)

      Delete
  5. kongklusinya..best tak tempat ni..berbaloi tak kalau nk lawat ye Zila :-)

    ReplyDelete
  6. JM >> berbaloi2 asalkan tidak ambil pakej..explore sendiri hehehe

    ReplyDelete

Subscribe