Fun.Philippines : Day 2 (Part II) - Bomok-OK & Halsema Highway

Saturday, May 11, 2013


*Entry kali ini sangat panjang sebab saya tengah rajin saat ini hehehe

Kenyang perut, suka hati!! yeayyy!! Perjalanan diteruskan menuju ke Bomod-OK.

Ingatkan turun aje dari van dah sampai ke air terjunnya tetapi sekali lagi kami dicabar dan tercabar dengan keadaan muka bumi di Sagada. Takde yang mudahlah di sini tetapi percayalah ianya sangat berbaloi. Mulut kalau tak ternganga memang tak sahlah hehehe.

Untuk Bomod-Ok, harga untuk guide adalah 500 pesos (seorang untuk satu group) manakala bayaran masuknya pula sebanyak 10 pesos/person. Rela atau tidak, memang kena ambil guide. Inilah salah satu punca rezeki penduduk di sana + dengan keadaan muka buminya yang berbukit-bukau, sudah tentulah perlunya seseorang yang tahu selok-belok untuk ke satu-satu destinasi untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Guide dah ada jom kita start trekking. Trekking? *pengsan hahaha! Jarak air terjun ini dengan information center adalah 4.2km. Demam tak kebah dibuatnya. Dah lah waktu itu masing-masing berjalan pun dah tak betul; sakit sana-sini gara-gara aktiviti di gua sebelumnya. Rasanya group kamilah yang paling slow berjalan pagi itu. Sejam berjalan barulah tiba di air terjun.

Jom layan gambar 

 
Mana Bomod-OK? Owhh, ianya terselindung di balik bukit tu. 

Antara trek yang perlu kami lalui. Awas, licin. Trek yang sama digunakan oleh local people yang tinggal di kaki bukit untuk ke pekan Sagada dan aktiviti-aktiviti lainnya.

Dari semak-samun, kami perlu merentas desa ini untuk turun ke kaki bukit. Keadaan perkampungan ini memang bersih dan adanya kemudahan public toilet dan gerai untuk membeli makanan dan minuman.

 
Seterusnya perlu melalui terraces yang ada. Fuhh, memang hijau biji mataku.

 
Ini bukan kabel elektrik tetapi kebal ini mengandungi air. Ianya digunakan untuk membekalkan air kepada penduduk kampung.

Setelah sejam berjalan, mata kami dijamu dengan keindahan Bomod-OK. Subhanallah, memang cantik sangat.



Kami lepak aje di bongkah batuan yang ada sambil layan bekal - roti, serunding, peanut butter. Jadilah untuk mengalas perut sementara nak naik semula ke atas. Kami di sini cuma 45 minit sahaja. Tak boleh nak lepak lama-lama sebab perjalanan kami masih panjang.

 
Our guide yang lelaki tu. Agak pendiam orangnya. Yang sebelahnya tu bukan kekasih gelapnya mahupun wifenya ya. Minah tu jual aiskrim. Tersengih-sengih sebab busy berbalas sms.

Untuk naik ke atas (tempat di mana si 'Jojet' sedang menunggu) kami menggunakan trek yang berasingan dari yang sebelum ini. Trek kali ini kami dibawa melalui batas-batas sawah. Pemandangan jauh lebih cantik di sini cuma saya rasa jaraknya agak jauh berbanding sebelumnya dan ditambah pula dengan keadaan yang panas terik, memang sangat-sangat tak larat.

Sekali lagi, layanlah gambar ya (tetiba pula banyak gambarnya di sini huhuhu).

 
Masing-masing dah tak berdaya saat ini walhal perjalanan jauh lagi.


Tak tahu nak kata apalah. Sangat hebat.

 

 Dating. Budak pompuan tu sedang asyik menyanyi waktu kami melintasinya. Sebenarnya mereka ini bertiga, cuma yang sorang lagi sedang melepaskan 'hajat' di balik pokok-pokok padi tu. Sabar ajelah hehehe.

Akhirnya setelah melalui perjalanan yang sangat memenatkan (termasuklah adegan menyelamatkan diri dari dikejar anjing dengan si Pijah) kami tiba di last point sekitar jam 11.15am. Urat-urat kaki time ne memang tegang giler; sakit. Tak tunggu lama kami terus kembali ke homestay. Misi utama selain makan dah tentu nak samak selipar saya tu. Tepat 1.15pm, kami bergerak meninggalkan Sagada menuju ke Baguio dengan melalui Halsema Highway.

"Ya Allah, selamatkan perjalanan kami. Janganlah ada apa-apa yang berlaku..."

Kalau saya tahu seteruk itu perjalanannya dah tentu dari awal lagi saya dah telan ubat muntah yang diberikan oleh tasyha. Fikir jatuh ke gaung dan mati; kalau boleh jalan kaki, nak aje saya jalan kaki huhuhu. 

Halsema highway merupakan salah satu highway yang paling merbahaya di dunia. Ianya sepanjang 150 batu dengan puncak tertingginya adalah terletak di 7400 ft.above sea level. Fuhh, gayat ok. Nak pandang ke luar pun tak sanggup. Dari Sagada ke Baguio sepatutnya mengambil masa sekitar 6-10jam tetapi bayangkan betapa lajunya si Jojet memandu, kami tiba di Baguio dalam masa 5 1/2jam sahaja!! Memang GILER!! Sepanjang perjalanan saya dok tahan isi perut yang bila-bila masa akan keluar. Selagi ada kenderaan dihadapan kami, semuanya dipotong. Tak kiralah betapa tebalnya kabus, betapa lebatnya hujan di luar kelajuannya tetap sama. Kalaulah berlaku kesilapan sedikit, memang ke gaunglah jawabnya. Pada kawan-kawan yang berhajat ke Philippines, trylah melalui Halsema Highway hehehe.

 Halsema Highway [sumber : google]

Nak tahu di mana penghujungnya highway ini? Ok, bila bertemu dengan tol dan kelihatan "Welcome to Benguet", bolehlah ucapkan selamat tinggal kepada Halsema dan silalah bernafas seperti biasa hehehe. Dari Benguet terus ke La Trinidad untuk singgah sebentar di strawberry farm atas request shahrul. Saat ini, buka aje pintu van saya dah tak fikir panjang. Kesengsaraan perlu ditamatkan hehehe. Muntah!! Serik!! Start dari saat itu, apa jua makanan yang masuk dalam perut semuanya akan keluar kembali. Mood memang ke laut saat ini.

*bersambung untuk Baguio - Ilocos Norte.

You Might Also Like

9 comments

  1. highway gmbr last skali tu mmg cun! penah tgk kat website mana ntah... tp mmg scary. mcm litar lumba pn ade gak.

    nak tanya mcm mana edit gmbr supaya size kecik tp x nmpk pecah? thnks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. style pemanduan mereka pun sgt scary, Henry..kalau sapa2 nak try skill memandu bolehlah try di Halsema hehehe..

      saya guna photoscape dari resize, editing semuanya di situ..

      Delete
  2. lawanya air terjun tu zilla...

    err.. tengok highway bersimpang siur tu kecut perut. huhu

    ReplyDelete
  3. erk! tak terkata bila tengok gambar rupa paras highway tu...
    bukan takat keluar isi perut, jantung pun mesti berkali2 gugur..

    ReplyDelete
  4. saya pun suka guna photoscape, tp cmner waterfall tu jadi cmtu ek?? cun betul. Adakah factor camera? cmner awk setting komen yg boleh reply kt bwh tu ek?? makaseh..hehe

    ReplyDelete
  5. Macamana bunyi nak nyebut Bomok-OK tu?
    4km++??? Jauhnyaaaaa! Tapi takpe berbaloi kan bila dah jumpa . Cantik gambar.

    Highway macam tu? kompom pitam

    ReplyDelete
  6. PM >> kalau tgk depan mata lagi cantik..selain Bomok-OK, ada satu lagi air terjun yang menjadi tumpuan pelancong tapi saya lupa la pula namanya apa...

    anne >> pendek kata, memang tak sangguplah!! :D

    zila >> utk waterfall tu, kena guna slow shutter speed + tripod..kalau takde tripod, kenalah tahan nafas dan keras diri seketika..sebab kalau bergerak sedikit pun, gambar akan goyang..sebagai tambahan alatan, ada filter khas utk smooth kan pergerakan air...lupa namanya apa hehehe...


    serius saya lupa macam mana saya setting..ada sapa2 yang boleh tolong jawabkan bagi pihak saya? atau pun zila boleh tgk di sini -> http://www.spiceupyourblog.com/2010/03/reply-button-option-blogger-comments.html

    Janggel/Rain >> sila guna halkum dan sebut 'oookkkk' hehehe..lebih kuranglah tu..berbaloilah walau tulang-temulang rasa macam nak tanggal hehehe...

    ReplyDelete
  7. okey..highway tu seram..ni akibat tanak buat earthwork ni hehe..

    ReplyDelete
  8. wah best highway ni if buat racing hehe. mcm kat NZ, ada satu tempat camni, kitorang penah lalu, best gak.

    ReplyDelete

Subscribe