Hari terakhir kami bersama-sama Jojet. Agenda pagi ini untuk melihat sunrise di windmills. Untuk itu kami perlu bangun seawal 3.30am untuk bergilir membersihkan diri. Kalau sebelum ini kami ditempatkan di 2 buah bilik yang berasingan tetapi di Klasik Beach kami ditempatkan di dalam satu bilik. Jojet memberi arahan untuk berangkat jam 5.00am dan mujurlah Subuh sekitar jam 4.18am; jadinya kami ada banyak masa untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Gambar ini diambil dalam perjalanan menuju Klasik Beach.
Dari Klasik menuju ke windmills mengambil masa sekitar 30 minit. Keluar dari van, pandang ke atas dan "zupppp..zuppp" terasa seperti bilahnya akan melibas kami yang berada di bawahnya. Tetiba pula terasa seriau hehehe. Ambil gambar sepuas hati di sini sambil menantikan matahari muncul.
"The wind farm, located in the Municipality of Bangui, Ilocos Norte and
officially known as the NorthWind Power Project, is comprised of 20
windmills, each 70 meters high, laid out in a single row along the
shore of Bangui Bay, facing the West Philippine Sea. The clean wind
energy produces 33 megawatts providing 40% of the power needs of Ilocos
Norte" [source : wikipedia]
Sempurna..
Di sudut yang berbeza.
Giler besar
Puas, kami berangkat menuju Vigan City. Kebetulan waktu keluar dari windmills, kami bertembung dengan penjual pandesal dan membeli 2 beg (lupa lah satu beg ada berapa ketul) untuk dijadikan sebagai breakfast kami pagi itu. Sebenarnya sebelum berangkat awal paginya kami cuma sempat mengalas perut dengan hot choc yang dibeli dari mesin dengan harga 50 pesos. Stok makanan (roti) memang dah takde. Tawakal.
Pandesal - salah satu makanan yang popular di Philippines dan biasanya dimakan sewaktu breakfast. Bahan utama untuk membuatnya sama seperti membuat roti di sini cuma bezanya ianya disalut dengan breadcrumbs. Rasanya ranggup diluar dan lembut di dalam. Walaupun dah sejuk ianya tetap lembut. [Picture : credit to Pijah Pelangi]
Dalam perjalanan menuju Vigan. Sungai yang semakin mengering airnya.
Saya takde idea sudah berapa lama musim kemarau ini berlangsung di
Ilocos.
Kami tiba di Vigan City sekitar jam 9.++am. Selain dari keunikan bangunan dan cuaca yang menyengat (panas), di sini merupakan tempat terbaik untuk mencari ole-ole. Sebut aje nak apa, semua ada di sini kecuali POSTCARD hehehe. Jenuh dok singgah dari satu kedai ke satu kedai yang lain semua pakat geleng kepala bila ditanya bab postcard huhuhu. Oh ya, Maybank pun ada di sini sesuailah kalau nak bershopping sakan hehehe. Muslim pun ada tetapi saya tak sure di mana penempatan mereka. Saya tahu pun kerana ditegur oleh seorang pakcik waktu berteduh di pinggir Maybank. Cuma masalahnya saya tak faham apa yang beliau katakan kerana beliau tidak boleh berbahasa Inggeris. Walaupun ada muslim di sini tetapi tiada restoran atau warung makanan halal (tak tahulah pula kalau sebenarnya kami yang tak jumpa huhuhu).
Vigan city. Siapa sukakan bangunan lama/sejarah sini antara tempat yang wajib dikunjungi.
Sisi lain. Sebenarnya di Philippines juga sedang menghitung hari untuk menghadapi pilihanraya. Kalau tak silap saya pada 8 May 2013. Satu-satu tempat ada yang mencecah puluhan calon - sure pening nak pilih yang mana satu huhuhu.
Kami tak pusing habis pun Vigan kerana kesuntukan masa. Dalam pada itu, kmi sempat tapau filet o fish burger untuk dijadikan sebagai bekalan dalam perjalanan kembali ke Manila. Perjalanan yang mungkin akan memakan masa sekitar 7 - 10 jam bergantung kepada traffic. Highway dari Vigan menuju Manila memang berada dalam keadaan yang baik. Sepanjang perjalanan aktiviti utamanya tak tidur, makan. Tak makan, tidur.
Kami memasuki Manila sekitar jam 7.++ dan sangkut dalam traffic jam. Gila-gila punya jam; langsung tak bergerak dan tiba di Makati Apartelle sekitar jam. 10.++pm. Fuhhh, berasap kepala otak dibuatnya. Walhal dari Manila ke Makati takdelah jauh mana pun. Check in dan prepare dinner. Di sini dapur perlu disewa, kalau tak silap 100 pesos. Kami dinner sekitar jam 12.++ tghmalam. Selepasa itu terus masing-masing masuk tidur. Sayangnya, tidak bagi kami. Bilik kami bukan kami sahaja yang menghuni. Nak pejamkan mata pun saya tak berani, terkebil-kebil memandang siling; jantung memang dup-dap dengan lajunya. Sampai satu tahap rasa tak boleh nak tahan dah, terus bisik ke tasyha, dan dia pun merasai apa yang saya rasa. Atas persetujuan bersama, maklumkan pada shahrul dan terus angkut tilam dan bantal ke bilik sebelah. Berenam dalam satu bilik. Betapa terseksanya masing-masing huhuhu tetapi tak kisahlah yang penting dapat rehatkan badan tanpa sebarang gangguan. Pada kawan-kawan, kalau ada option lain carilah hostel lain. Walaupun hostel ini mendapat reviews yang bagus di tripadvisor tetapi tidak pada kami. Lokasinya yang panas dan biliknya yang sememangnya 'panas' memang tak sangguplah.
Makati Apartelle, Metro Manila.
* bersambung untuk Manila - Legazpi - Donsol.
waaaaaaaaa cantik windmills tu! dah terasa mcm kat EU :D semua tu tepi jalan raya and pantai ke?
ReplyDeletewindmills tu terletak di tepi pantai..tapi dari jauh pun dah nampak..
DeleteWoowwww!!! mmg cantik benar view sunset tu ..tak rugi kan bangun seawal jam 3.30 pagi
ReplyDeletePerjalanan 7 - 10 jam..mak aih..fengsan JM dgr..group travel Zila mmg awesome lah..tabik JM tau
err bukan sunset, JM tapi sunrise hehehe...
Deleteberbaloi bangun 3.30 pagi.. memang super awesome lah..
ReplyDeletealahai, ada jugak tamu tak diundang... teruji sungguh
hehehe.Alhamdulillah, berbaloi2 anne..
Deleteaku pun waaaa...juga lah...ada penghuni lain dalam bilik korang, gerun ni...
ReplyDeletehehehe..lawaklah pula rasanya..
Deletesatu pun tak miss entry philiphines uols nie..menarik sangat2 okeh....bestnyer dapat travel sokmo..kalau iols byk cuti...konpem iols join..ader plan nak naik cruise tak??nak itottt
ReplyDeleteterima kasih ct...ala saya pun tak byk cuti bebenornya..setahun cuma 20 hari aje..tapi Msia kan kaya public holiday..kenalah pandai susun so dapatlah travel dalam tempoh masa yang lama tetapi cuma guna sedikit AL...cruise?mana? hehehe
DeleteHmmmm nampak ke penghuni lain dalam bilik tu? Seramnya.
ReplyDeletehohoho..tak nampak dan tak nak nampak, Janggel..tapi saya boleh rasa kehadirannya ;)
Delete