Entry kali ini memang banyak gambar.
Hari ini kami akan berangkat pula ke Legazpi dengan menaiki pesawat dari Cebu Pasific (RM250/return). Tiket ini dibeli beberapa bulan sebelum berangkat. Sekitar jam 10.00am, barulah kami bergerak menuju ke Ninoy Aquino International Airport, Manila dengan menaiki 2 buah teksi (220 pesos/taxi). Selain dari pesawat, ada aje bas yang menghubungkan Manila dengan Legazpi via Naga tetapi perjalanannya mengambil masa sekitar 10 - 12jam; hohoho, tak sanggup!!
Manila - Legazpi mengambil masa lebih kurang 1j 15 minit. Tak sempat pun nak lelapkan mata dah pun tiba di Legazpi.
Mendarat dengan selamat di Legazpi, Alhamdulillah.
Legazpi Airport
Dari Legazpi kami akan bergerak menuju ke Donsol. Awalnya ingatkan nak sewa private van tetapi harganya yang mereka offer 5,000 pesos/return. Fuhhh, nak kaya cepat ke apa?? Harga yang tak logik langsung walhal jarak antara kedua tempat ini cuma memakan masa sekitar 45 minit - 1 jam sahaja. Memang tak mampulah nak ambil private van. Sebelum berangkat ke Philippines kami sempatlah membuat research tentang public transport yang ada. Banyak boleh jimat.
Untuk ke Donsol, kami perlu menaiki tricycle menuju ke Central Terminal dengan harga 50 pesos/tricycle. Harga memang tak boleh nak tawar lagi. Kalau nak dapat harga yang lebih murah mungkin boleh try cari tricycle di luar airport atau pun kalau nak lebih jimat boleh aje jalan kaki sebab kedua tempat ini cuma sekitar 3 km sahaja.
Kesian uncle ni kena buli dengan kitaorang - wajah sebenarnya biarlah menjadi rahsia hehehe.
Tiba di Central Terminal terus kami mencari van
menuju ke Donsol. Oh ya, satu yang tak bestnya mengenai public van
ini adalah ianya tidak akan memulakan perjalanan selagi vannya tidak penuh (memuatkan 13 org penumpang). Memang buang masa. Tambang cuma 80 pesos/person tetapi kami meminta
driver van menghantar kami terus ke homestay jadinya tambang menjadi 100
pesos/person. Hampir 2 jam kami menunggu tau. Sempatlah pergi cari bahan mentah untuk dimasak malamnya. Sila ambil perhatian, Donsol hanyalah sebuah perkampungan kecil jadinya barangan keperluan sangatlah terhad. Lebih baik shopping terlebih dahulu barangan yang diperlukan di Legazpi sebelum berangkat ke Donsol.
Inilah dianya Central Terminal; 3 in 1 terminal di mana public van, jeepney dan bas dengan pelbagai destinasi boleh kita perolehi di sini.
Terminal van.
Alas perut dengan donut aje.
1jam perjalanan kami tiba di Villa JoLee Lodging Inn. Seperti biasalah ambil 2 bilik dengan harga 350 pesos/person. Bilik sangat selesa; suasana pun best sangat. Pantai terletak di belakang guesthouse. Masyukk wooo hehehe. Oleh kerana dah lewat petang kami hanya bersantai sahaja petang itu di pantai sementara menunggu Maghrib.
Our room.
Layan gambar...
Pasir di sini berwarna hitam tau.
Saya suka suasana ini - tenang dan damai.
Spaghetti seafood - bahan asasnya kami bawa dari Malaysia,manakalanya frozen seafood (sotong dan udang) berserta sayuran kami beli di mini market yang terdapat di Legazpi. [Picture : credit to Pijah Pelangi]
Tomyam putih ini pun kami masak sendiri. Makanan ini kami share dengan tuan rumah; siap berebut rasa macam terharu sangat lebih-lebih lagi bila mereka kata inilah makanan yang paling sedap mereka penah rasa. Kalau tengok menu mereka cuma nasi putih dan sejenis lauk sahaja - bersyukurlah sangat-sangat dengan rezeki yang ada. [Picture : credit to Pijah Pelangi]
Perut kenyang suka hatilah, kan?hehehee. Adik-adik bertiga mengisi malamnya dengan membuat foot massage (200 pesos) manakala kitaorang pula sekadar lepak di bilik. Serius, saya suka suasana di Donsol.
Selamat malam dunia!!
*bersambung.
suka tengok langit kat sana! cntek yg amatttt! ;) sunset tu awesome!
ReplyDeletebetul tu, Henry..bersih tanpa awan..cuma tak tahan panas aje hehehe...sunset pun best cuma mataharinya tak berapa bulat..tapi suasananya mmg bestlah...
Deletenak tergelak plak tgk zilla panggil john tu henry hahaha...ok mmg cun gile sunset! tak sabar! tak sabar! sila sunset gempak2 nanti kalo i pi filipina :D
Deletekamar tu, murah la dapat 350 peso/orang...
ReplyDeletetak diving di Donsol?
memang murah, Irdhi..berbaloi2 lah kata org di sini hehhe...
Deletediving?mahal wooooo...
Mendarat dengan selamat?? tapi cuak la jugak time nk landing tu,hahaha. Sy pun suka environment kat Donsol, tenang, pilihan yg tepat kita extend stay kat donsol, 2 hari dpt tgk sunset + food yg sedap lg terbaik, mmg heaven. hehe. Thanks pd chef2 hebat. haha.
ReplyDeletekira selamatlah Pijah..1st & last naik cebu pasific.lepas ne tak nak dah, cuak hahaha...kan? mujur jugalah bilik takde sapa2 booked...yupp bab makanan mmg bestlah..tidur dalam kekenyang heeheh
DeleteBestnya,tapi kami batalk tiket....sebab isu Lahad Datu tengah hangat ketika tu.an
ReplyDeleteakak, nampak gayanya kita berada dalam keadaan yang sama..mulanya memang berat nak p, takut tapi lepas contact embassy kita di sana dan dimaklumkan keadaan terkawal kitaorg ambik keputusan utk p..Alhamdulillah kak, memang dah rezeki kami...
DeleteWah cun nye sunset..
ReplyDeleteterima kasih kepada cuaca hehehe
DeleteWow pasir hitam tu yang macam kat Langkawi tu eh? Lawanya sunset.
ReplyDeleteerrr tak pnh tgk pasir hitam kat langkawi tu..so tak boleh nak komen hehehe..ala kalau tgk pun tak berapa hitamlah janggel..nama aje hitam hehehe
Deletecantiknya sunset tu...tak sabar nak tunggu next entry
ReplyDeletedah lama tertangguh sebab takde mood hehehe
Delete