Pages

Wednesday, May 8, 2013

Fun.Philippines : Day I (Part II) - Echo Valley, Lumiang & Sumaging Cave

Fun.Philippines : Day I (Part I) - Banaue Rice Terraces & Dalton Pass
 
Selepas lunch, kami meneruskan perjalanan menuju ke Echo Valley untuk melihat hanging coffins yang disebut-sebut itu. Jalan masuk ke Echo Valley Lookout Point terletak di kawasan perkuburan di belakang gereja St. Mary. Untuk itu, kami perlu menapak sekitar 10 minit melintasi perkuburan yang ada. Cuma bila dah sampai lookout point, saya sedikit frust. Maksud saya, hanging coffins nampak halus sangat di mata saya - kedudukannya agak jauh. Untuk ke gua di mana terletaknya keranda tersebut, kami perlu turun dan trekking melalui trek yang telah disediakan tetapi dek kesuntukan masa hajat untuk melihat dengan lebih dekat tidak kesampaian huhuhu.

Jom layan gambar







Dari Echo Valley kami bergerak menuju ke Lumiang Cave dan Sumaging Cave.
 
Tak tahulah kenapa si 'Jojet' berkali-kali bertanyakan soalan yang sama kepada kami. Siap suruh kami fikir semula keputusan yang kami ambil untuk masuk ke Sumaging Cave. Biarlah diracun dengan racun yang paling hebat sekali pun, keputusan kami tetap sama nak masuk ke Sumaging juga hehehe. Alang-alang dah sampai, kenapa tak mencuba, kan? Hakikatnya, rama-rama memang sedang galak menari dalam perut - takut!! Mampu atau tidak kami melepasi connection cave dan terus ke Sumaging, itu terserah kepada rezeki.

Untuk Lumiang dan Sumaging Cave ini bayaran masuk dikenakan sebanyak 300 pesos/person. Harga ini untuk guide. Tanpa guide tiada siapa pun dibenarkan masuk. Seorang guide akan menjaga 2 orang peserta. Untuk itu, ada 3 orang guide yang akan mengawal dan menjaga kami agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Alatan seperti headlamp, glove (takde pun takpe), makanan dan minuman memang tidak disediakan. Jadinya bersedialah. Selipar dan kasut tidak dibenarkan untuk dipakai atas faktor keselamatan - kena berkaki ayam huhuhu.

 
Pintu masuk Lumiang Cave. Ada beratus keranda di sini dan kami tidak dibenarkan mendekati dan mengusik keranda yang ada. [kualiti gambar kurang baik - guna kamera cap ayam]

Inilah gua yang paling mencabar pernah kami masuk. Rasa macam nak mati!! Luka dan lebam sana-sini. Cukuplah sekali ini sahaja kami explore kedua-dua gua ini, tak nak dah masuk walaupun ada orang yang nak sponsor hehehe.

Melepasi connection cave, kami perlu berjalan menuruni cave dengan berpaut kepada batuan yang ada di dinding gua. Terlepas aje, confirm jatuh ke gaung. Di sinilah part yang paling saya takuti. Tak fikir dah pasal gayat ke apa, yang penting biarlah semuanya selamat huhuhu. Alhamdulillah, kami berjaya melepasi cabaran dan berjaya memasuki Sumaging Cave. Sumaging, penuh dengan keunikan struktur/formasi batuan pelbagai bentuk. Sangat cantik tetapi banyak bahaya yang menanti dalam diam - awas!!!

Tepat jam 7.45pm, kami berjaya keluar dari perut gua dengan tempoh masa 4j 30 minit. 30 minit awal dari jangkaan 'Jojet' yeayyy!!hehehe. Kepenatan di tahap maksimum dan kelaparan.



 
   


Puas!!!

*bersambung untuk hari kedua untuk memburu sang mentari di Kiltepan.

19 comments:

  1. Hanging coffins? hmm...macam di Tana Toraja ya...btw, bila ke Toraja? hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...mcm kaum Toraja...mgkin ade sgkut paut kah??

      Delete
  2. Foto terakhir : percaya atau tidak, bulatan-bulatan orbs yang ada di gambar adalah energi dari "makhluk halus" yang ada dan tertangkap kamera...:(

    ReplyDelete
  3. giler mencabar...yang masuk celah batu tu, tah muat ke tak kalau aku yang masuk, huhu...aku pun sebenarnya suka yang extreme macam ni, tapi fikirkan orang rumah, so kena cari yang kurang extreme sikit...

    ReplyDelete
  4. Jurnal Awak >> saya tak penah sampai lagi ke Toraja jadi tak boleh nak komen lebih2 hehehe..bila??tunggu awak belanja..aci tak? hehehe

    *grr ne mesti byk sgt tgk nonton siri 'ghostbusters' kan? hehehe

    Orga >> ku pusing kiri, ku pusing kanan, ku tahan nafas akhirnya berjaya juga masuk hahaha..sadis, sangkut tang montot walhal org lain elok je lepas masuk hehehe...kalau ke sagada, try lah masuk gua ne..sgt best especially bila tgk formasi batuan di Sumaging rasa berbaloi2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi, itu betul lah...tak kan mungkin kamera buat bulatan-bulatan sendiri...dan kamera juga tak kena air atau rusak...believe it or not...:)
      tak aci...bayar masing-masing....hehe

      Delete
    2. hehehe..ialah, saya percayalah ;)..hoh,ingat nak sponsor sebab asyik bertanya. :D

      Delete
    3. err...perjalanan ke sana jauh la...lebih jauh dari Langkawi ke Lahad Datu..jadi, mesti bayar masing2...hehe...

      Delete
  5. lawanya tempat ni... tapi kecut perut jugak bila ingat masuk dlm gua.. 4 jam++ tu zilla... betul2 hebat korang :)

    ReplyDelete
  6. PM >> mmg extreme..sekali masuk dah tak boleh nak patah balik.larat atau tidak, kena juga teruskan perjalanan..tak hebat pun PM, ada yang lebih hebat..ada yang buat dalam masa 3j sahaja..

    ReplyDelete
  7. Speechless part kena berkaki ayam selama 4 jam setengah tue. :0 Phew!

    ReplyDelete
  8. alamakkk kalo aku masuk confirm mcm tak lepas je kat celah batu tu. tersekat kat perut nnt. hehehe. scary tak lalu tepi keranda tu?

    ReplyDelete
  9. babe, u pegi tak Boracay or Puerto Princesa? if u do, pls blog about it ya, nak tau susah ke tak, brapa lama, and which one lagi practical...tx babe.

    ReplyDelete
  10. Paling x lupe bile sorang minah tu, tergelincir jatuh tangga way down to the cave.. then, shahrul jerit macam nk mati masa die kate nampak 'ular putih'.. semua muke cuak.. hhahhhhaa.. kelakar + penat nk mati..

    ReplyDelete
  11. Jurnal Awak >> pandai ya cari alasan..dah sukat berapa km langkawi-lahat datu?hahaha

    Zara >> agak sengsara berjalan tanpa selipar.utk lumiang memang terasa sakitnya sebab lantai guanya tidak rata dan berbatu berbeza dgn sumaging, lantainya sgt licin dan basah..

    Henry Fox >> kena cuba dululah baru tau lepas ke tidak hehe..emm takde rasa apa2 pun..mungkin sebab terlalu nervous nak masuk gua :D

    Biqque >> maaf, kitaorang tak p pun kedua2 tempat tu huhuhu

    tasyha >> sapa minah tu? sungguh aku dah lupa..part ular putih tu mmg tak boleh blah..mujur tak runtuh dinding gua haritukan hehehe.

    ReplyDelete
  12. sekejap je...tengok peta dah nampak berapa km Langkawi - Lahad Datu...hehe...

    ReplyDelete
  13. Jurnal Awak >> ciss, eksen ya :D tak acilah tgk peta..harus turun padang nak sukat sendiri hehehe

    ReplyDelete
  14. berbaloi2 lah kalau penuh rama2 bersarang dalam perut, lebam sana sini... sebab hasilnya memang priceless.

    ReplyDelete
  15. Wah keranda tu tergantung gantung yer...
    macam sempit je lubang tu.. kompom tersepit nih.

    ReplyDelete