26/4/2013 - 27/4/2013 : KL - Clark - Banaue
Setelah setahun menanti, akhirnya hari yang dinantikan pun tiba. Atas kertas, 8.45pm sepatutnya dah berlepas menuju ke Clark tetapi nan-ado. Pesawat delayed hampir satu jam dan akibatnya semua plan kami menjadi lintang pukang huhuhu. Kami selamat mendarat di Diosdado Macapagal International Airport dengan dua kali percubaan tepat jam 1.20am. Grrr, kecut perut dibuatnya!! *takut. Mujurlah takde apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku saat itu kalau tidak tak tahulah apa nasib kami saat ini huhuhu.
Tak payah terang pun, korang sure dah tahu apabendanya ini...
Tersentak!! Hanya 3 kaunter imigresen sahaja yang beroperasi lewat pagi itu sedangkan line giler punya panjang. Haih, nasiblah. Sekitar jam 2.30am, barulah semua urusan berjaya kami lepasi dan ketibaan kami pagi itu disambut
Saya ada sebutkan tadi mengenai Parana Tours, kan? Oklah, sebenarnya untuk 4 hari pertama ini kami mengambil private pakej (untuk lebih selesa). Untuk perjalanan 4 hari 3 malam, kami ditawarkan harga sebanyak 7,000 pesos/person all in (tidak termasuk makan), lebih kurang dalam RM520 dengan deposit sebanyak 10% perlu dilakukan beberapa minggu sebelum berangkat. Bab deposit ini memanglah risau sebab macam-macam perkara boleh terjadi tetapi kami tawakal ajelah. Malas dah nak fikir. Alhamdulillah, mereka ini memang boleh dipercayai dan service yang diberikan memang terbaik dan kami agak berpuas hati untuk itu.
Destinasi pertama kami hari ini adalah Banaue dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 - 8 jam. Masuk aje van, memang dah tak ingat apalah. Semua lena tak sedar diri. Plan awal nak layan sunrise (sekitar 5.45am) di Banaue Terraces memang tak kesampaian. Kami singgah di pekan Solano untuk breakfast dan tiba di Banaue sekitar jam 9.++am.
It's time for breakfast. Kami dibawa singgah di Jollibee. Dalam banyak-banyak menu yang ada, hanya pancake sahja yang kami yakin untuk dimakan *oppss, sila makan tanpa was-was ok. 1 set (pancake + hot choc berharga 49 pesos)
Memasuki Banaue, serius tak tahu nak gambarkan macam mana keindahannya. Memang "wow" setiap masa. Cantik sangat-sangat ditambah lagi dengan udaranya yang dingin dan segar, memang hilang serabut dikepala dibuatnya.. Haish, layan ajelah gambar. Nak bagi gambaran lebih-lebih nanti merepek pula jadinya hehhe.
3 gambar di atas merupakan rice terraces di Banaue. Terdapat 4 viewpoint untuk menyaksikan keindahan terraces ini di mana semakin tinggi kita naik semakin superb viewnya. Specialnya Banaue rice terrace ini berbanding tempat lain adalah ianya telah diusahakan sejak 2,000 tahun dan telah diisytiharkan sebagai salah satu tapak warisan dunia - UNESCO.
"The Ifugao, once headhunters, built the terraces and were as skilled at carving wood as they were at carving terraces" [source : Lonely Planet]
Berhenti di salah satu selekoh untuk ke toilet dan snap pictures.
2 pictures di atas merupakan pemandangan biasa yang akan dilihat sepanjang Dalton Pass menuju ke Sagada.
Kami tiba di Sagada sekitar jam 11.++am. Terus check in di homestay tak tahu nama (bersebelahan Gecko Restaurant) - semuanya diuruskan oleh pihak Parana.
Our homestay. Anak ownernya giler handsome ok. Tiap kali dia tersenyum, saya masing-masing dok ternganga dan terpaku hehehe.
Our room - satu bilik dikongsi bertiga.
Info tambahan:
Terdapat beberapa cara untuk ke Banaue dengan menggunakan public transport:
1. Direct bus Manila - Banaue dengan tambang 450 pesos dan masa perjalanan sekitar 9jam. Ohayami Trans (night bus) bertolak setiap hari dari terminalnya yang terletak berdekatan University of Sto. Tomas. Better beli tiket awal sebelum sold out
2. Kalau terlepas direct bus, naiklah 'bas loncat' dengan routes Clark - Dau - Tarlac - San Jose - Solano - Lagawe - Banaue *pitam!!! hehee
*bersambung untuk hanging coffin dan caving activities.
ya Allah cantiknya rice terraces tu zilla..
ReplyDelete~zellyn hazel~
lawa tapi 7 jam? erk
ReplyDeleteLawanya rice teres tu. Walau di pinggir bukit, masih boleh bercucuk tanam padi.
ReplyDeleteName homestay tu yabami inn..n bukan jojet namenye.. Gorgejit..hebat betul name macm mat salleh..kalo aku duduk sebelah die kat dlm van tu, confirm2 aku lepuk2 die..boleh die suruh kite try makan 'menda' tu..rase nk bantai laju2
ReplyDeletewoww!! erk.. memang wowwww lah!!! tak tau nak kata apa dah..
ReplyDelete*erk... gmbr anak owner homestay tu takde ke? mesti terkedu sampai tak larat nak angkat kamera nih, hehehe..
:D
zellyn >> tu baru gambar, kalau real lagi cantik..dgn air terjunnya, rumah dilereng2 gunung..fuhh sbiji macam di alam fantasi *opps saya tau review ini sgt over bunyinya hehehe
ReplyDeleteSupermeng Malaya >> tu kalau dapat driver yg hebat kalau dpt driver ala2 siput sidut, mau berdarah hidung dibuatnya :D
Janggel >> mmg konsep di sana begitu..even lalu highway dgn ketinggian 7400m ASL pun kiri kanannya masih ada yang bercucuk tanam...
tasyha >> maknanya betullah macam dlm itinerary tu?aku ingatkan mr 'jojet' tu angkut kita ke lain homestay hehehe.part nama tu sgtlah America-no ekeke..lidah aku berbelit nak sebut 'Gorge-Jit'..takpe, kan kalau aku panggil 'Jo-Jet'..lebih kemelayuan gitu hehehe..bab dia beria2 minta kita rasa 'benda tu' mmg tak boleh blah..walhal byk lagi benda lain yang boleh ditry di sana..hairan, kenapa mesti 'benda tu' juga...huhuhu
anne >> err nak "wow" jugalah (walau tak tau pangkal cerita hehehe)
*segan lah nak curi ambil anne..tapi wajahnya mmg dah tersemat di jiwa ne..senyumnya itu..errr *opss jgnlah ada yg jeles dgn statement ini :D
cantik sgt paddy terrace tu..patut la listed dlm UNESCO list kan...tak pernah tahu pun filipin ni ada tempat cun mcm ni....hehehe
ReplyDeleteDJ >> untuk rice terraces tu harus bagi extra kredit pada tasyha.dia yang study pasal tempat ne..philippines byk tempat cantik lagi menarik cuma yang tak larat lokasinya ya jauh2..tak larat nak berlama2 dalam bas huhuhu
ReplyDeletetak da gambar si hansem tu ke ;)
ReplyDeleteChibi >> takdelah..tak sampai hati nak ambil gambar sebab ensem sgt ahaha..
ReplyDeletesubhanallah...cntik nye rice terraces tu... x sangka kt Philipines pon ade padi bertingkek2....ingtkn kt Indonesia je... kagumnye...cmne ek tanam padi mcm tu???
ReplyDelete