Hari terakhir kami di Manila. Bangun, breakfast dan terus bergerak ke Robinsons. Opps bukan untuk shopping tetapi untuk mencari setem di bookstore - info dari beberapa orang yang katanya perlu ke kedai buku untuk beli setem. Oleh kerana hari masih awal, kami lepak di luar sahaja sambil cuci mata - macam-macam ada ok.
Satu yang saya tak gemar tentang Filipina adalah kawalan keselamatan yang mereka lakukan. Nak masuk shopping complex pun kena berscan bagai. Nak masuk LRT/MRT/komuter pun perlu melalui prosedur yang sama; letih nak berhadapan dengan situasi begini. Mujurlah di Malaysia tidak perlu berhadapan dengan situasi begini kalau tidak entahlah. *opps, cukup-cukuplah membebel huhuhu.
Dah lah perlu menunggu lama sekali bila dah masuk di bookstore boleh pula derang minta kami ke post office. Fuhh, letih ok!! Jenuhlah tawaf Robinsons tu untuk cari post office, buang masa sungguh!!huhuhu.
Setem dah ada, kami terus bergerak menuju ke Philtranco Terminal di Pasay dengan 2 buah teksi (150 pesos/taxi). Driver kata 20 minit boleh sampai tetapi nan-ado. Traffic kurang lancar pagi tu dan paling kami angin apabila diturunkan diterminal yang salah. Tak tahulah kalau kami yang salah cakap atau sememangnya dia yang pekak huhuhu. Walhal sebelum berangkat tu pun pekerja di hostel dah pun memaklumkan padanya ke mana tujuan kami. Dalam perjalanan pun berkali-kali kami bagitahu padanya untuk turunkan kami di terminal bas Philtranco, Pasay dan bukannya sebarangan terminal huhuhu.
"Mana basnya..mana bas???"
"inilah terminal basnya.."
Ini bukan terminal yang kami maksudkan. Bas memang banyak tetapi bukan direct bus ke airport.
"ambil bas ini, turun di Dao..dari situ ambil teksi ke airport.."
Walaupun dah pagi tetapi banyak 'ayam' yang berkeliaran di sini.

Antara pemandangan yang dapat dilihat sewaktu menuju ke Pasay.
"Mana basnya..mana bas???"
"inilah terminal basnya.."
Ini bukan terminal yang kami maksudkan. Bas memang banyak tetapi bukan direct bus ke airport.
"ambil bas ini, turun di Dao..dari situ ambil teksi ke airport.."
"apa???!!!"
Serius memang payah berkomunikasi dengan mereka ini. Bukan sebab bahasa tetapi putar-belit mereka. Memang mencabar kesabaran sungguh lebih-lebih lagi mereka ini jenis mendesak. Setelah berkali-kali bertanya akhirnya barulah mereka memberitahu di mana letaknya terminal bas Philtranco. Nun di seberang jalan sana, perlu menapak dalam 15 minit. Ciss, sangat ok!! Kenapalah driver teksi tu buat kami begini?? Bukannya kami tak nak bayar pun tambangnya atau sememangnya beliau tidak berpuas hati kerana kami meminta beliau menggunakan meter?? Haih, entahlah.
Dah tak boleh nak buat apa. Kami harus berkejar ke terminal bas Philtranco. Sudah jatuh ditimpa tangga. Bila tiba di sana kami dimaklumkan bahawa bas jam 11.30am baru aje berlepas waaaaaaaaaaaaa. Bas seterusnya, 2.30pm. Hah?? Terduduk kami saat ini. Mana sempat nak kejar flight huhuhu.
Terminal bas Philtranco di Pasay.
Suasana di terminal bas.
Dari situ macam-macam yang kami usahakan. Guard di terminal bas memberi jaminan kawannya sudi menghantar kami ke airport dengan vannya tetapi sampai ke sudah bayang kawannya tu tak kelihatan. Grrrr!!! Dalam masa yang sama kami berpecah, ada yang kembali semula ke terminal awalnya untuk mencari private van yang boleh memuatkan kami berenam. Ada memanglah ada tetapi tang harga sangat-sangat mencekik darah - mungkin mereka ingat yang datang bercuti ke sana semuanya kerja mencetak duit kot huhuhu. Tanya teksi, mereka minta sehingga 6,000 pesos. Amboi, memang nak kaya cepat nampaknya!!! Sungguh tak kuasa nak layan. Mati akal, kami kembali bertemu teman-teman yang lain di terminal bas.
Jam dah bergerak ke angka 1.++pm, kami masih di Manila. Akhirnya atas usaha teman-teman yang lain, kami berjaya mendapatkan driver yang sudi menghantar kami ke airport dengan bayaran 3,300 pesos (300 pesos tu untuk tol). Mahal memanglah mahal tetapi dah takde pilihan. Saki-baki pesos yang ada kami kumpulkan semuanya. Alhamdulillah, lepaslah kami menyewa van tersebut. Mujurlah dalam mengejar waktu kami berjaya sampai di airport on time (err ngam-ngam sebenarnya). Sangat terhutang budi dengan uncle lupa nama dan wifenya yang sudi membantu kami. Paling tak boleh lupa bila mana isterinya turut sama dalam perjalanan ini dan sanggup berhimpit dengan beg-beg kami bersama-sama adik di bahagian belakang van. Airport tax 450 pesos. On time kami berangkat meninggalkan Clark.
8 hari perjalanan; kali ini pengalaman yang kami tempuhi sangat berbeza dengan apa yang kami pernah tempuhi selama ini. Peluang untuk melihat kehidupan di luar sana yang kadangkala tidak seindah yang kita nikmati di sini membuka mata kami. Philippines, terima kasih untuk pengalaman berharganya. Insyallah, panjang umur dan kalau ada rezeki pasti kami akan kembali lagi.
* banyak kejadian dan pengajaran yang kami lalui tetapi tak semuanya boleh saya share di sini.
Sekian.
Satu yang kawan-kawan patut tahu bila berada di kawasan yang padat dengan penduduk; kawasannya sangat kotor dan berbau hancing - nak bernafas pun korang tak lalu. Jangan terkejut kalau waktu berjalan di pinggir jalan-jalan tiba-tiba kelihatan mereka membuang air hanya di situ, di kawasan yang terbuka; tak kiralah lelaki mahupun wanita, sama sahaja.
Bye-bye Clark.
8 hari perjalanan; kali ini pengalaman yang kami tempuhi sangat berbeza dengan apa yang kami pernah tempuhi selama ini. Peluang untuk melihat kehidupan di luar sana yang kadangkala tidak seindah yang kita nikmati di sini membuka mata kami. Philippines, terima kasih untuk pengalaman berharganya. Insyallah, panjang umur dan kalau ada rezeki pasti kami akan kembali lagi.
* banyak kejadian dan pengajaran yang kami lalui tetapi tak semuanya boleh saya share di sini.
Sekian.
entry ke philippines nie nampak sangat menguji mental dan fizikal..setuju dengan zilla pengalaman berjalan nie banyak membuka mata dan minda kita tentang tempat orang..
ReplyDeletealamak...perempuan pun kencing sembarangan? OMG...
ReplyDeletemrs. smile >> mcm2 ada....utk pengalaman berbeza, trylah ke sana..pengalaman kami berhadapan dgn pengemis, memang menitik air mata..kalau jln2 berdekatan landasan keretapi, macam2 ragam ada di situ yang diluar jangkauan kita..
ReplyDeletekadangkala kita rasa berat sgt tiap kali diuji dgn pelbagai ujian..walhal di luar sama ada ramai manusia yang diuji dgn ujian yang jauh lebih hebat dari kita..emm...
irdhi >> terkejut??
di sini pun macam2 sama dhaifnya..tapi tak pernah pulak tengok perempuan kencing di sembarang tempat..laki2 banyakla...:)
ReplyDelete