Fun.Philippines : Day 7 ~ Back to Manila

Saturday, June 01, 2013

03.05.2013 : Donsol - Legazpi - Manila City

Fun.Philippines : Day 6 - Memburu butanding

Hari terakhir di south Luzon.

Dari homestay kami menaiki 2 buah tricycle menuju ke terminal Donsol untuk mencari public van menuju ke Legazpi dengan harga 60 pesos. Sekali lagi kami agak bernasib baik kerana ngam-ngam sampai di terminal, van menuju ke Legazpi telah pun tersedia. Kali ini tambang van hanya 75 pesos.

 
Mayon menyambut kami pagi itu dengan puncaknya yang tersergam indah - view dari central terminal

9.30am, kami tiba di central terminal. Ada 2 jam lebih untuk pusing-pusing Legazpi sebelum kembali ke airport. Jom cari tricycle!! Memang harulah kali ini, giler-giler punya harga yang mereka offer walhal bukan kami tak tahu berapa harga sebenar untuk city tour. Setelah jenuh bertegang leher di situ, akhirnya kami mengalah dengan harga yang mereka offer iaitu 300 pesos/tricycle untuk ke Cagsawa, Lignon Hill dan airport (sebenarnya boleh dapat dalam 250 pesos/tricycle).

Bayaran masuk untuk Cagsawa adalah 10 pesos/person. Apa yang menariknya tentang Cagsawa ini? Di sinilah salah satu tempat untuk merakamkan keindahan Mt. Mayon. Selain daripada itu, di sini suatu ketika dahulu berdirinya sebuah gereja yang didirikan pada tahun 1724 tetapi telah musnah sewaktu letusan Mt. Mayon pada tahun 1814. Saki-baki yang tinggal hanyalah bell tower dan sebahagian daripada tapak gereja tersebut. 

Bell tower berlatarbelakangkan Mayon.

 
Saya tak tahu macam mana nak describe apa yang saya rasa tiap kali melihat gunung ini; terasa kerdilnya diri. 

      

Antara tapak tinggalan gereja yang ada. 

Dari Cagsawa, kami menuju pula ke Lignon Hill tapi sayangnya tak sempat nak mendaki ke viewpoint kerana kesuntukan masa. Dari entrance ke viewpoint mengambil masa 30 minit. Oleh kerana kami perlu berada di airport sekitar jam 11.30am jadinya kami tak berani nak ambil risiko untuk mendaki. Dari situ kami minta driver tricycle untuk membawa kami terus ke airport.

 
Ini di Lignon Hill - tricycle yang kami naiki - risau jugalah cicir beg hehehe

Legazpi airport - semua urusan dilakukan secara manual. Sebelum masuk, perlu serahkan passport masing-masing. Nama sorang-sorang akan dipanggil untuk memasuki departure hall. Tiba di pemeriksaan kastam, semua beg perlu dibuka. Kalau mereka bagi arahan untuk keluarkan semua barangan, keluarkan ajelah huhuhu. Memang sangkut tang sinilah. Petugas cuma 3 orang, bayangkan mereka check beg satu-persatu beg secara manual. Nak kena susun semula barangan ke dalam beg, haih mau tak naik angin huhuhu. Airport tax, 30 pesos untuk domestik. 12.40pm, kami berlepas menuju Manila dan tiba 1jam 15 minit kemudian - seriau!!huhuhu.

Legazpi Airport

Di Manila kami menginap di Where 2 Next Hostel yang terletak di M.Adriatico Street. Semalam, 600 pesos/person, dorm yang memuatkan kami berenam. Dari airport kami menaiki van menuju ke hostel dengan harga 700 pesos. 


 
Bilik kitaorang. Ngam-ngam boleh memuatkan kami berenam hehehe.

Dapurnya memang lengkap. Boleh memasak di sini tanpa sebarang bayaran tambahan.

Kami ambil sedikit masa untuk merehatkan diri, solat dan sebagainya sebelum kembali dengan agenda asal - Hard Rock Cafe dan SM Mall, Makati. Saki-baki duit pun dah tak banyak so kami ambil keputusan untuk menggunakan public transport sahaja. Option yang ada untuk elak sangkut dalam traffic adalah train. Ingatkan mudah tetapi tetap ada cabarannya. Tambang sekitar 10 pesos - 15 pesos.

Untuk ke SM Mall dari hostel, perlu menapak ke stesen Quirino Avenue dan ambil LRT ke stesen EDSA dengan tambang 10 pesos. Dari sini perlu menapak menuju ke stesen Taft Avenue (tukar line) menuju ke stesen Ayala dengan tambang 12 pesos. Dari situ dah sampai pun SM Mall. Tak payahlah saya cerita apa yang kami buat di SM Mall. Yang pasti jalan-jalan buang masa dan habiskan saki-baki duit. Satu yang kawan-kawan perlu ingat, last train di sini jam 9.30 pm tau. Kalau terlepas, pandai-pandailah korang. 

Jangan lupa print dan bawa - senang nanti nak rancang perjalanan. 

 
Quirino station - ada coach khas untuk wanita tau. So kena beratur di line khusus untuk wanita. Tak beratur dan nak buat konsep aci redah, silap hb memang kena hempuklah sebab ada petugas di sini. 

Kalau kawan-kawan kata MRT di Singapore sangat padat dengan penumpang hah di sini lagi super-duper padat. Tak sanggup woooo...

Kami leka di SM Mall dan akibatnya kami terlepas last train ke Quirino. Mujurlah petugas membantu kami memberikan info. Jadinya, merasalah kami malam itu merasa menaiki jeepney. Memang bestlah hehehe. Tambang cuma 10 pesos. Sampai di Quirino perlu pula menapak kembali ke hostel. Menapak malam-malam di kota Manila, menerbitkan rasa keinsafan di hati kami. Mana ruang yang ada penuh dengan golongan gelandangan yang enak diulit mimpi dengan hanya beralaskan sehelai kain/suratkhabar dan beratapkan langit. Anak-anak kecil tidur dengan hanya berbaju tanpa seluar. Sedih sangat suasananya. Bayi tidur dalam keadaan terbuka sebegitu - haish tak tahulah nak kata apa. Nafas kami pula sesak dengan bau hancing yang sangat menyesakkan...emmm...

*bersambung untuk hari terakhir di Philippines.

You Might Also Like

4 comments

  1. Macam mana rasanya naik tricycle tu..sama macam tut tut ke? tapi kalau tengok gambar nampak macam lagi kecil

    ReplyDelete
  2. mrs smile >> lebih kurang macam beca jugalah.sempit..

    ReplyDelete
  3. Cantik puncak Mayon tu. Langit biru!

    ReplyDelete
  4. Hi, I'm Kirk from Philippines.... hope you had a wonderful stay in Philippines!
    and how's the train experience? :))

    ReplyDelete

Subscribe