Pages

Sunday, June 16, 2013

Part III : Jatim ~ Madura, kami datang!!!

Part II : Jatim ~ Dari Savannah ke Madakaripura

Dah petang sangat dah, sarapan pun tidak lunch apatah lagi. Kesian Pak Aji, supir kami kerana terpaksa menahan perut. Turun dari Madakaripura, kami minta Pak Aji singgah di mana-mana tempat makan dan masjid untuk solat dan mandi. 

"pak, makanannya biar murah dan enak ya..." [banyak songehkan - nak murah dan sedap tu hehehe]

"ia..."

Kami dibawa singgah ke salah sebuah restoran (tak ingat nama) di pekan Probolinggo. Urusan lauk-pauk saya serahkan pada kawan-kawan. Bukan apa, takut nanti selera saya tak sama dengan mereka - saya belasah aje apa yang ada. Menu petang itu memang simple. Telur dadar, tauhu goreng, sayur asam dan rawon. Sedap atau tidak? Emm, Alhamdulillah bolehlah sekadar mengalas perut.

Simple aje lunch kami hari ini. 6 orang makan, baru Rp110,000.

 
Siomay ayam - Rp2,500/pcs. Sedap banget!!

Saya panggil kuih bom tetapi di sana di panggil onde-onde. Intinya kacang hijau - memang kuih fav saya dari dulu, kini dan selamanya. Sebiji, Rp2,000.

Selesai makan, kami singgah di petrol stesen untuk mandi dan solat. Maklumlah dah 24jam tak mandi; memang dah start rasa tak selesa. Perjalanan kami pun masih panjang; nak tak nak memang kena mandi. Settle semuanya kami bergerak menuju ke Surabaya. Sekali lagi, masuk aje mobil semua pakat lena. Sedar-sedar pun dah sampai Tanggulangin, salah satu lokasi yang terkenal dengan produk kulitnya. Menurut apa yang saya baca, kawasan ini memang menjadi tumpuan ramai tetapi setelah kejadian lumpur lapindo, jumlah pengunjung tidak seramai dulu.

"mau makan?"

Errkk, makan lagi ke? Tanya kawan-kawan, semua ok jadinya jomlah makan lagi. Dinner lah kononnya hehehe. Mulanya kami dibawa singgah di R&R dalam perjalanan ke kota Surabaya tetapi macam tak menarik aje tempatnya. Surau yang ada pun dalam keadaan yang kurang selesa. Tak sempat turun pun Pak Aji terus bergerak pergi. Akhirnya kami dibawa ke Ayam Bakar Primarasa. Fuhhh, macam bukan tempat untuk kami aje. Errk, dalam kepala mencongak baki rupiah yang ada; lepas ke tidak nak bayar bil huhuhu.

Bila lihat pada menu yang diberi, macam tak percaya pun ada. Menu paling mahal, ayam/gurami bakar/goreng dengan harga Rp52,500/ekor. Harga lepas diskaun Rp42,000. Biar betul?? Apa lagi, mulalah ketamakan menguasai diri hehehe. Kami ambil dua set ayam bakar dan gurami bakar berserta sambal belacan, sambal mangga dan kangkung. Setiap menu ini semua ada diskaun tau; kami bayar cuma Rp274,500.

Fuhh, serius sedap ok especially gurami bakar. Rasanya inilah gurami yang paling sedap saya pernah makan. Kalau kawan-kawan ke Surabaya, make sure singgah di sini tau!! :D

 Ayam bakar.

 
Must try!! Gurami bakar.

Perut dah kenyang, kami dibawa pusing-pusing kota Surabaya. Janjinya, jam 11.00 pm kami akan bertemu dengan Mr.Wong dan akan konvoi ke Madura. Pusing punya pusing, terlelap lagi. Sedar-sedar pun kami dah lama melepasi jambatan Suramadu yang terkenal itu. Haish, hebat betul penangan ikan bakar ne semua bantai lena hehhee.

Jam 2.30am, kalau tak dikejutkan oleh Mr.Wong memang kami tak akan sedar sampai ke sudah.

"tak penah dibuat orang melawat tempat jam 2.30am..ngantukkkk.."


Yupp, di depan kami kini adalah Api Tak Kunjung Padam. Ianya terletak di Desa Larangan Tokol, Kecamatan Tlanakan, Kabupaten Pamekasan, kira-kira 4 jam perjalanan dari Surabaya. Setelah melihat sendiri apinya, saya tahu kenapa kami harus ke sini waktu awal pagi (selain dapat mengelak untuk bayaran masuk hehehe); kami dapat lihat blue fire yeayyy!!hehehe. Kalau siang hari dah tentulah tak dapat lihat view seperti ini dan sudah tentu perlu berasak dengan pengunjung yang lain.

 
Fenomena alam. Katanya api ini memang tak pernah padam walaupun hujan. Gas sulfur yang keluar dari perut bumi; baunya macam biasalah bau belerang. Kalau datang disiang hari boleh menyaksikan penduduk tempatan membakar jagung dan ikan di atas api ini untuk dijual kepada pengunjung. 

Blue fire lah kononnya :D.


Sayangnya, kawasan ini tidak terjaga rapi. Jelas kelihatan sampah-sarap di sekitar api ini dan keadaan jalan untuk ke lokasi ini pun kurang baik. Harap sangatlah keunikan seperti ini dipelihara sepenuhnya oleh pihak yang berwajib.


Sekali lagi perjalanan kami diteruskan menuju ke Sumenep, kira-kira 2 jam perjalanan dari Pamekasan. Sekali lagi lena tak ingat dunia.

*bersambung.

11 comments:

  1. Waduh..... seronok banget berjalan ia nona Zilla...
    Subahanallah, kagum dgn blue fire tu ;-)

    ReplyDelete
  2. hmm....makan2 terus....tak coba masak di atas api tu ? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan2 tu kan perlu...kalau tak makan, nanti org kata saya kedekut pula hehehe..tak cubalah, Irdhi..tak terfikir pun ala2 blurr..mengantuk..

      Delete
  3. Nampak yummy makanan tu...gurami bakar ayam bakar saya dah pernah makan di Madura, tapi di resto lain. Api tak kunung padam tu saya belum lagi tengok. 4 jam perjalanan tu agak jauh jugalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang yummy pun kak.gurami tu langsung tak rasa 'tanah' dan tak hanyir..memang sedap..mungkin sebab itu restoran ini jadi tumpuan selebriti di sana...

      satu yang akak perlu tahu, jalan ke api ini sgtlah teruk..dah macam naik kuda, gayanya huhuhu

      Delete
    2. temptation nye tgk gurami bakar tu...

      Delete
  4. Sekadar pembetulan, nama jambatan tu Jambatan Suramadu... tak boleh tahan la tengok ikan Gurami tu.. dekat gambar awak nampak lagi lazat. Tengok pepagi ni terus lapar lak dibuatnya... Hehehe

    ReplyDelete
  5. Siomay ayam tu ader ape dlm nya zilla? mcm best je!

    ReplyDelete
  6. mbak zilla xcited aku membacai post kamu ini,....murah, sedap....fuh222222222........x tertahan aku mau pergi rasa sendiri disana..

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
  7. wah...pukul 2 pagi masih berjalan lagi...hehehe...

    ReplyDelete