Part II :Jatim ~ Dari savannah ke Madakaripura

Thursday, June 13, 2013


Dari penanjakan, kami bergerak menuju ke savannah. Sungguh saya teruja dapat kembali ke sini tetapi sayangnya saya dikecewakan kemudiannya. Savannah pada saya sudah semakin hilang serinya. Tempat yang sama saya jelajahi last year tetapi entahlah; saya terasa sangat asing. Boleh baca pengalaman saya di sini - > Savannah 2012. Hanya 4 keping gambar sahaja yang saya rakamkan sebagai kenangan, selebihnya saya duduk di bangku berdekatan sambil melayan pop mie dan memerhatikan gelagat teman-teman yang asyik berposing sana-sini. Sungguh, takde rasa untuk itu. Sedih dengan keindahan savannah yang semakin terhakis.

Sila pelihara keindahannya sebelum semuanya hilang.


Sekejap aje pun kami di savannah, kami terus bergerak ke Pasir Berbisik. Konon nak singgah di watu singa tapi supir kata tak cantik. Alih-alih bila tengok gambar Mr Wong, semua menyesal sebab tak singgah hehehe. Pasir Berbisik, kekecewaan saya terubat. Subhanallah, sunyi dan sepi; jauh dari hiruk-piruk kota; suasana inilah yang saya impikan. Kalau dapat bina sebiji rumah di tengah-tengahnya mesti syok, kan?? *berangan ajelah hehehe.




Puas bergambar, kami mula kembali ke pangkal jalan. Dah lewat sangat ne. Pesan Mr.Wong,  jam 9.00am dah kena berangkat ke Madakaripura tapi jam 11.00am kami masih lagi berada di Bromo, apa citer? hehehe

Selamat tinggal Bromo. Misi saya dah tercapai. Moga keindahannya akan terus terpelihara kerana saya tidak berhajat untuk kembali lagi ke daerah ini. Cukup-cukuplah.

Destinasi seterusnya Madakaripura waterfall. Dari awal lagi kami dah diingatkan kalau cuaca mendung jangan teruskan perjalanan tetapi bila supir memberi jaminan semuanya ok kami mengambil risiko untuk menapak ke air terjun. Pesan Mr. Wong, tak perlu ambil guide Berjalan aje mengikut trek yang ada dan menyeberangi 6 anak sungai dan kami akan tiba di air terjun. Tetapi bukan senang nak lawan cakap dengan guide ini. 

"maaf pak, kami tak perlukanbapakami bisa gerak sendiri.."

"cuaca tidak baik ini..nanti kepala airnya datang, bahaya.."

"enggak apa-apa pak..kalau cuacanya kurang baik kami akan kembali semula..."

"enggak..."

Asyik, enggak-enggak-enggak..apa pun tak jalan. Dari cakap elok-elok, tak faham juga, darah saya makin naik.

"ya udah, kalau tak mahu kamu pulang aja..pergi dari sini..

Ewahh, ko sapa nak halau kitaorang. Melampaulah, kan? Kalau betul pun, tak boleh cakap elok-elok. Kami buat selamba aje dan teruskan perjalanan meninggalkan bapak yang dok membebel entahapapaentah di belakang. Tiba-tiba, bila kami paling belakang muncul pula orang lain yang try untuk mendesak kami untuk menggunakan khidmatnya.

Tapi, kami buat tak tahu ajelah kewujudannya. Tak layan pun hingga tiba di satu pondok menjual cekodok (jgn tak tau, tengah hutan tu pun ada orang jual cekodok), kami cakap baik-baik dengan beliau. Mujurlah bapak yang ini faham apa yang kami maksudkan dan kami dilepaskan dengan baik.

Akhirnya kami tiba di air terjun yang dimaksudkan. Subhanallah, tak terkata dibuatnya. Indah sangat. Sila bawa baju hujan kalau ke sini. Kalau tak bawa pun, ada aje yang menjual baju hujan dan sewa payung di situ. Harga? Entah, tak tanya sebab kami bawa baju hujan dari sini.

Memang tak banyak gambar yang dirakamkan di sini. Sayang kamera woooo. Mau meraung kalau rosak.

Cukuplah sekeping aje. Malas nak edit gambar hehehe.

*bersambung

You Might Also Like

18 comments

  1. Subahanallah cantik sungguh permandangan disana... menghijau jer, terasa tenang kan dekat dengan ciptaan Allah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yati, bayangkan di satu sudut, semuanya gersang tetapi di sudut yang lain tumbuh2an boleh hidup subur..tak tergugat langsung dgn keadaan muka bumi yang berpasir...terasa kerdilnya diri...

      Delete
  2. Subhanallah cantik. Dah berapa kali pergi ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. err bromo dah 3x kak tapi savannah dan adik-beradiknya baru 2x...rasanya cukuplah, dah tak larat nak merepeat tmpt yg sama je

      Delete
  3. savanah x secantik dulu? pegi sampai watangan/kursi x? hopefully belah2 tu masih hijau.

    watu singa neh agakla hit and miss...sbb x semua driver bawak pegi. ari tu masa 2nd time pegi..singgah di watu singa..but bile 3rd time pegi..driver tak bawak pulak..nk kata besar sgt pasir berbisik sampai x jumpe xdela pulak kan..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak gayanya macam tulah..watangan tak sampai lagilah AJ so tak boleh nak komen lebih2 hehehe..

      watu singa tak ramai supir yang nak singgah..sebab tu ramai yg tak tau kewujudannya..stress sungguh sebab tergoda dgn usul supir walhal nak ke pasir berbisik tu mmg akan lalu watu singa ne dulu huhuhu

      Delete
  4. kagum weh...cantik bangat gambar nya...

    ReplyDelete
  5. zilla, awak guna Mr Wong aka Pak ALan ke???... dia tu memang semuanya x bleh..kah2..best apa g bromo, saya sudah 2x ke sana next year pn mau ke sana jgak..air terjun tu best sgt ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Alan??entahlah..saya tak guna dia tapi saya dan dia sama2 buat itinerary utk trip saya ini..so apa yg saya buat, saya akan minta pandangan dari dia based on masa yang saya ada...lagi pun dia mmg dok situ jadinya byk tempat2 yang supir lain tak tahu, dia tahu....

      kalau dah 3 tahun turut2 p sana, tak lalu lah pula rasanya..cukup2lah tu..1st time saya p bromo tengah meletus..sempat merasa mandi debu..2nd time p bromo dah ok sedikit dari batuk2nya tapi tak sempat nak ke kawah dan madakaripura...3rd time ne dah cover semuanya..so cukuplah..boleh tutup buku...lepas ne boleh explore banyuwangi, pacitan, malang selatan dan sekitarnya, Insyallah kalau ada rezeki :)

      Delete
    2. Pak Alan tu nama glamor wong.. hehe..

      Delete
  6. Baju hujan nya harga rp5000 kalau tak silap. Lagi murah beli situ drpd saya beli kat malaysia. Last2 tertinggal dalam kereta. Sabau je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke?aritu dia offer 8k...pandai ekk..berbeza2 harganya..hehehe

      Delete
  7. zilla, nak gambar lagi.... tak puas tengok.. erk, nak gmbr waterfall tu.. hehe
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak lagi??err kena godek baliklah gmbar2 yang ada hehehe..nanti ya anne, malas betul nak pilih dan edit gmbr ne

      Delete
  8. Mr. Wong tu Pak Wong yang asalnya orang Malaysia eh?

    ReplyDelete

Subscribe