Part I : JATIM ~ Bromo, aku datang lagi!!!

Tuesday, June 11, 2013

Day 1 : KL – Surabaya – Bromo
Last flight dari Kuala Lumpur dan kami selamat mendarat di Juanda sekitar jam 12.++ am. Terus bergerak menuju ke Cemoro Lawang sekitar jam 1.++am dengan hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan kami.  Menurut supir, Pak Aji hampir setiap hari hujan turun membasahi bumi Jawa Timur huhuhu. Singgah sebentar di Alfamart untuk mencari bekalan makanan dan petrol station untuk mengisi minyak. Untuk makluman, kami menyewa mobil dan supir di sini dengan harga Rp450,000/day. Untuk minyak, tol dan sebagainya kami control sendiri kerana lebih murah begitu.
Sepanjang perjalanan memang memang masing-masing lena tak ingat dunialah. Sedar pun sebab dikejutkan oleh Pak Aji kerana kami sudah pun tiba di Cemoro Lawang. Untuk jeep, kami membayar Rp500,000 untuk ke bromo, savannah, watu singa dan pasir berbisik. Manakala untuk bayaran masuk taman negara, Rp25,000/person. 
4.15am, kami dah berangkat menuju kaki gunung bromo. Teraba-raba dalam kegelapan dan kedinginan. Entah macam mana boleh lupa tentang lampu suluh dan head lamp. Bukan tak bawa, ada aje dalam mobil tu. Jadinya, dalam gelap itu kami menyewa seekor kuda dengan harga Rp100,000/return sebagai penunjuk arah untuk kami bagi mengelakkan tersesat dari laluan utama. 
Akhirnya, setelah beberapa kali berhenti kami tiba di tempat yang dituju. Sunrise? Memang takdelah. Awan tebal tetapi saya tetap enjoy menikmati pemandangan yang ada.
Sunrise yang kurang menjadi..huhuhu..

Kawah sekitar jam 5.++am. Silap langkah, terus masuk ke dalam. Sesekali boleh nampak belerang di bawah tu..
Sepi tanpa pengunjung maklumlah kebiasaannya orang layan sunset di Penanjakan 1 dan 2 dan bukannya di kawah Bromo. 
Bila hari semakin cerah, pemandangan sekeliling semakin menyerlah.

 Satu yang suka tentang Taman National Bromo-Tengger-Semeru adalah keunikan bentuk muka buminya.

Puas di kawah, kami mengambil keputusan untuk turun sebelum hari semakin panas dan pengunjung semakin ramai. Malas nak bersesak.

 250 anak tangga menuju ke puncak.

Layan ajelah ye..

Gubuk pasir..


Dari kejauhan. Pengunjung mulai ramai saat ini.

Plan asal memang tak nak ke Penanjakan tetapi atas persetujuan bersama kami mengambil keputusan untuk singgah di situ. Tambahan bayaran sebanyak Rp350,000/jeep dikenakan. Mujurlah berlima so takdelah terasa sangat. Paling best bila tiba di point view penanjakan, hanya kami berlima sahaja yang ada. Yeayyy!! Sangat selesa nak mengambil gambar..

Ini pintu gerbang bagi view point di Penanjakan 1. Last year ke sini kami hanya berhenti di pertengahan perjalanan untuk mengambil gambar sunrise.

Gambar wajib hehehe.

Indah sekali. Puncak Gunung Batok nampak ratakan? Serius teringin nak panjat.


Semeru yang gagah.

View di kiri saya - tak tahulah gunung apa yang kelihatan itu.

Juga di kiri saya; tanah yang subur untuk pertanian.

View di kanan saya.

Puas di penanjakan, kami meneruskan perjalanan menuju ke savannah pula.
*bersambung...

You Might Also Like

17 comments

  1. wow, awak kira ke brape total anak tangga bromo tu? 250 anak tangga. kalo naik time takde org tentu rasa selamat skit. aritu pegi, penuh sesak then kene pegang betol2 hand rail tu takut tergelincir.

    ReplyDelete
  2. makin hari makin ramai ke bromo. untungla amik gambo tak ramai org kan? hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biqque,
      ramai kan g sana...i olls dah teringin nk p hehehe

      Delete
  3. Bromo again? Wise choice kan? I mean, mula dari Bromo baru ke Penanjakan. Jadi, takder la sesak sangat kan? Suka your pix dengan overall view dari Penanjakan. Clean and clear.

    ReplyDelete
  4. Subahanallah cantiknya permandangan disana Zilla :D

    Happy holiday :)

    ReplyDelete
  5. Subhanallah, indahnya ciptaanNya.

    Yang tengok gambar ni excited, apatah lagi kalau tengok live.

    Waiting for the next post :)

    ReplyDelete
  6. ah..miss this place very much.... nice pic. zila :)

    ReplyDelete
  7. Henry Fox >> takde maknanyalah saya nak kira hahaha..tu dari pembacaan sayalah..tapi ada org kata jumlahnya tidak tepat dan sentiasa berubah..emm entahlah betul ke tidak..


    Biqque >> gara2 AA tu yang ramai ke sana..bromo ne antara tmpt fav syalah..tapi rasanya ini yg terakhir..cukuplah 3 tahun berturut2 sya ke sini..nak explore tmpt lain pula..


    zaraab >> mujurlah percaturan kami kali ini berjaya..best bila tak perlu bersesak..nak buat apa pun senang takde sapa yang menganggu..


    cahaya hidupku >> terima kasih :)


    Matahary >> ayuhlah ke sana..keindahannya lebih menarik untuk dihayati hehehe


    sang pemimpi >> apa lagi, sila repeat utk ke sekian kalinya hahaha...tq ;)

    ReplyDelete
  8. Nice lah view kat Bromo nie. Normally how many days should we allocate for Bromo trip ni?

    ReplyDelete
  9. miz safura >> biasanya cukup semalaman aje di sini..esoknya lepas bromo pakej orang akan bergerak ke next destination..

    ReplyDelete
  10. saya dah tak tertahan nak ke gunung bromo ni...tunggu tiket promo je ni...Insyallah awal tahun depan kalau tak gantung passport la hehehe

    ramai dah sampai...teringinnnnn

    ReplyDelete
  11. Emy >> kalau boleh elakkan p awal tahun..musim hujan di sana..nanti frust hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke....
      kalo cmtu kene tukar route tempat lain la ni :)

      p/s:nak jalan time CNY hehe

      Delete
  12. Gambau tangga kaler kuning tu sangat cun.
    Dulu masa gi memang takde lah nak amek gambau tangga kosong macam tu.
    Selalu penuh dengan orang.

    Semua pic cun lah!

    Psst, kamera apa pakai? Hehe

    ReplyDelete
  13. Salam sis ada email x.nak tanya pasal bromo

    ReplyDelete

Subscribe