JFC 2013 : Baluran National Park, Situbondo

Wednesday, September 04, 2013

Entry sebelumnya di sini -> JFC 2013 : Ijen yang mempersona

Mini Afrika - inilah gelaran yang diberikan kepada national park ini. Sesuai dengan gelaran yang diberikan, saya membayangkan akan bertemu zirafah berlari-lari anak di savanah atau pak belang yang sedang bersantai di bawah pokok atau pun sekawan zebra seperti di Afrika tu - tak habis-habis dengan imaginasi melampau, kan?hehehe. Tetapi secara logiknya, memang mustahil pun huhuhu. Sebab di sini bukan habitat asal sebahagian daripada haiwan-haiwan itu. Dengan keluasan sekitar 25,000 hektar; satu hari pun tak cukup untuk explore keseluruhan taman negara ini.

Baluran National Park, siapa sangka setahun saya pendam hasrat untuk menjejakkan kaki di taman negara ini dan akhirnya inilah yang berlaku....


Perjalanan dari Ijen - Licin - Banyuwangi hinggalah memasuki daerah Situbondo mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan. Untuk makluman kawan-kawan, Baluran terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Batangan yang terletak berdekatan main gate (terdapat kawasan camping di sini), Bekol yang berjarak 12km dari Batangan dengan perjalanan mengambil masa 45 minit hingga sejam untuk tiba kerana kondisi jalan yang rosak teruk dan Bama yang terletak 3km dari Bekol (kondisi jalannya juga sangat teruk). Gunung Baluran yang menjadi sebahagian landskap taman negara ini juga boleh didaki dengan guide yang boleh diperolehi dengan berhubung terus dengan pihak pengelola.

 
Ini di Banyuwangi. Nampak cantik terus minta pak supir singgah. Di seberang, itulah Bali. Dekat aje; dalam 45 minit dengan feri.

Jika bergerak dari train station Banyuwangi atau main bus station, kawan-kawan boleh menaiki bus yang melalui Situbondo dan maklumkan pada driver untuk turunkan anda di Baluran. Kedudukan Baluran ini betul-betul di tepi jalan besar Banyuwangi - Situbondo; jadinya tak perlu nak risau. Tiba di main gate terus aje ke bangunan pentadbiran untuk mendapatkan tiket masuk ke sini, bayaran masuknya seperti berikut :

Bayaran masuk Baluran National Park
Warga asing : Rp20,000 
Warga tempatan : Rp2,500
Kenderaan roda 2 : Rp3,000
Kenderaan roda 4 : Rp6,000

Buat kawan-kawan yang bergerak menggunakan public transport, sebelum berangkat ke sini make sure contact pihak pengelola bagi mendapatkan transport (ojek atau lainnya) untuk ke Bekol dan Bama. Berapa? Owhh, itu saya tak tahu. Nak jalan kaki pun boleh, tapi giler jauh ok. Dengan suasana sekeliling yang sunyi-sepi, memang satu cabaranlah.

 
Hutan evergreen - laluan yang menghubungkan antara Batangan dan Bekol.

Tiket masuk dah ada, kami bergerak menuju ke Bekol. Fuhh, memang sakit sendi-sendi dibuatnya. Jalan memang hancur dan teruk. Dari satu sudut yang lain, bagus juga keadaan ini dikekalnya kerana pengunjung berpeluan untuk menikmati keindahan dan keunikan hutan disepanjang perjalanan menuju ke Bekol. Untuk akses ini kawasannya digelar sebagai hutan evergreen; kiri-kanan memang hutanlah, apa lagi kan? Sesekali kelihatan ayam hutan terkedek-kedek berjalan di tengah-tengah laluan. Saya nampak burung merak juga. Ishh best betul. Sejam perjalanan, akhirnya saya tiba di Bekol.

 Ketibaan saya di Bekol disambut oleh tengkorak-tengkorak ini hehehe.

Suasana di Bekol sangatlah panas dan terik. Savanah yang terbentang luas berwarna keemasan; menandakan betapa keringnya kawasan ini. Cara terbaik untuk explore kawasan savanah ini adalah dengan menapak. Tetapi awas dengan cuacanya.

 
Berlatarbelakang Gunung Baluran.

Buat kawan-kawan yang berhajat untuk menginap di Baluran, terdapat penginapan di Bekol dan Bama. Untuk harga penginapan boleh check di sini -> Penginapan Baluran. Better call dulu sebelum pergi, takut nanti penginapan takde; mana nak tidur?? Nak pacak khemah, hanya di Batangan sahaja dibenarkan. Lain-lain kawasan, perlu menginap di penginapan yang disediakan.

 
Antara penginapan yang ada di Bekol.

Saya tak singgah lama pun di Bekol sebab nak berkejar ke Bama terlebih dahulu. Dari Bama nanti baru singgah di Bekol untuk sesi memburu binatang.

 
Dalam perjalanan menuju ke Bama, saya nampak ini - rusa weiii!! Terus minta Mas Fredi berenti kenderaan, masuk semak senyap-senyap dan inilah hasilnya. Jadilah, dari takde. Sesungguhnya, saya sangat teruja hehehe

Melepasi savanah, akan ada satu bahagian penuh dengan monyet. Hati-hati. Tak sempat nak melompat turun dari mobil, kami dah dikerumuni oleh monyet-monyet. Dengan pak supir terkejut hahaha!  Memang tak tunggu lah, terus pak supir memecut menuju ke Bama. 30 minit perjalanan (mana taknya banyak sangat stop), kami tiba di Bama. Wow, memang diluar jangkaan saya suasananya. Terkejut dengan fasiliti yang ada dan keindahan pantai di sini. Kehadiran saya di sini disambut dengan punyalah banyak monyet. Tapi yang bestnya monyet kat sini tak heran pun dengan kehadiran manusia. Bagus betul hehehe.


 
2 jenis penginapan yang ada di pantai Bama.

Pantai Bama, garis pantai untuk mandi-manda cuma sekitar 100 meter sahaja. Selebihnya dah tak boleh nak mandi-manda. Hanya snorkeling sahaja yang dibenarkan bagi memelihara terumbu karang yang wujud di pinggir garis pantai. Untuk snorkeling, bayaran Rp40,000/person dikenakan manakala kalau kawan-kawan berminat untuk mengeliling kawasan sekitar dan paya bakau boleh menyewa boat dengan kadar Rp350,000 (maksimum 10 orang). Waktu saya tiba di sini, ada satu group baru balik dari dive.

Jom kita jalan-jalan sekitar pantai Bama.


 
Pantai ini diapit oleh hutan bakau. Di sini merupakan lokasi terbaik untuk melihat sunrise.





Puas di Bama, saya kembali menuju ke savanah di Bekol. Saya lepak di sini sampai senjalah; leka memburu rusa (memang banyak giler yang keluar time ne). Lupa diri dibuatnya.

 
Err ni kerbau ke seladang ya??

Menapak lagi best...

 
Savanah - kering dan tandus.

 
 Menyaksikan moment indah matahari terbenam di savanah.

 Gambar terakhir sebelum berangkat pulang ke Jember.

Kami berangkat pulang ke Jember sekitar jam 6.00pm. Gelap-gelita dah saat ini. Saat ini juga kepala saya dah start "nyuttt..nyutttt..nyutttt". Makin lama makin teruk keadaannya. Saya diserang migraine.

"rehatlah mbak..."

"berhenti di pinggir jalan, mas..."

Keluar aje dari mobil, memang "uweekkkk" lah. Yupp, itu ubat terbaik kalau diserang migraine. Selagi tak muntah, selagi itulah diri tak mampu bertahan. Masuk mobil saya paksa diri untuk tidur dan memang terlena sungguh. Sedar-sedar pun dah memasuki daerah Bondowoso. Ada lagi sejam untuk tiba di Jember. Sekitar jam 8.30 pm, saya tiba di Hotel Anda. Tumpang membersihkan diri di situ. Sambil menunggu ketibaan Jard, saya singgah di kedai makan berhampiran tapi nan-ado; semuanya dah tutup walaupun hari masih awal lagi. Takde apa yang nak dimakan; jadinya telan air liur ajelah huhuhu. Jard tiba tak lama selepas itu dan sekitar jam 11.++pm, kami bergerak menuju ke Surabaya dengan menaiki travel (private van) dengan tambang Rp100,000 (terminal Bungasih) manakala Jard yang turun di Juanda dikenakan tambang sebanyak Rp115,000. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4jam untuk tiba di Juanda. Kami berpisah di sini kerana Jard perlu mengejar flight awal pagi menuju ke Makassar manakala flight saya pula sekitar jam 4.45pm. Selesai membersihkan diri di terminal Bungasih saya menaiki bas (Rp5,000) menuju ke Jambatan Merah (JMP) untuk mencari kiriman family dan teman-teman.

Info tambahan:
Baluran National Park
Website : Baluran
Tel : +62333461650

Tamat sudah perjalanan saya untuk JFC 2013. Plan asal hanya untuk melihat JFC tetapi melarat ke tempat lain huhuhu.

You Might Also Like

23 comments

  1. uih birunya langittttt! dah sama mcm kat nz! hehehe...u pegi ni masa msia tgh jerebu ke?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. paling banyak yang kelihatan monyet dan rusa je...lain2 takde nggah ada huhuhu

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih, bearcat..mmg saya rekeman pada kawan2 untuk ke Baluran ne...pasti takkan menyesal :)

      Delete
  4. Cantiklah zilla... entrance fee's pun murah je. Klau masuk berkali2 pun takde hal lah..

    *erk, rasanya seladang kot....

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk berkali2?amboi, sehari berkali mau masuk, anne?hahaha

      *mungkin hehehe

      Delete
    2. opps sekali lagi BM yang tonggang-langgang :D

      Delete
  5. Sangat cantik pemandangan. Saya kagum dengan gaya anda travel... Syabas...

    ReplyDelete
  6. Cantik sekali pic .......

    ReplyDelete
  7. Weh time ko pegi ni mcm takde org ke apa? ke korang je? best gile kot..leh berlari2 girang hahaha..leh buat cam savannah sendirik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je orang tapi tak ramai..mungkin sebab dah lewat ptg, tu yang masing2 tak singgah di savanah...

      Delete
  8. Aah.. memang mcm afrika kawasan dia yg jarang ada pokok.. dan tanah luas sejauh mata memandang tu.. memang seronok.. :D

    Sy doakan moga kak zilla di beri rezeki ke South Africa.. boleh try Kruger National Park.. itu yang best sekali among all the National Park di South Africa.. dan jika tidak Pilanesberg National Park pun cantik.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...

      TQ TT..memang teringin sgt nak p Afrika tapi mengenangkan tiketnya yang 'bapoklah maheinya weiii' kenalah peram dulu impian tu hehee

      Delete

Subscribe