Pages

Monday, October 21, 2013

Baru pulang dari Jakarta. Kerja paling gila penah saya buat bersama adik-adik. Apa yang berlaku, nantilah saya kongsikan di sini. Banyak entry tertangguh yang saya tak tahu bila lah akan diselesaikan ke semuanya. Makin hari makin busy dengan pelbagai benda.

***

Berkenalan dengan Didi, cowok manis dari pendalaman Jatim. Kami bertukar cerita tetapi ada satu soalan yang sampai saat ini saya masih memikirkan jawapannya..

"apa yang kamu cari selama ini, Zilla"

Saya terkaku dengan persoalan tersebut. Otak saya bekerja untuk mencari jawapan terbaik buatnya dan akhirnya saya menghadiahkan senyuman yang paling ikhlas buatnya kerana saya tidak bertemu dengan jawapan untuk persoalannya. Saya tidak tahu...

"maaf, saya nggak punya jawapan itu persoalan itu...apa yang pasti, saya akan berhenti jika saya udah ketemu sama jawapannya.."

Dia menghadiahkan satu tawa halus buat saya yang membuatkan saya terpana...

"doa saya untuk kamu, Zilla...andai udah ketemu dengan jawapannya, jangan lupakan saya ya..."

dan saya terus tersenyum..

Andai kamu tahu, sejarah hidup saya...

Saat ini, saya masih tertanya-tanya di manakah pengakhiran pencarian saya ini..

***

Hadiah saya buat teman-teman, view di Flores atau sebenarnya di Taman National Komodo. Owhh, tak tahulah kenapa saya rindu sangat dengan tempat ini walaupun sebenarnya macam-macam jadi sepanjang 2 hari berkampung atas bot - ambil mood dulu sebabnya entry berikutnya adalah mengenai taman negara ini (tapi tak tahulah bila akan dikongsikan di sini hehehe).

 

10 comments:

  1. hehe..dalam betul bicara neh.
    btw..x dpt contact zilla masa di JKT. msg bounce. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan ne sama naik dgn soalan bila nak kawin hehehe...stress ok!! :D
      kadangkala kita tak perlukan alasan utk berbuat sesuatu..perjalanan itu salah satu dari sesi pembelajaran; belajar tentang kehidupan..tapi ialah, bukan senang kan nak bagi orang faham..jadinya, senyum ajelah..itu yang terbaik hehehe...

      hp off dan bateri pun tinggal cukup2 makan...sorry ya agip..takde rezeki nak bermsg2 :D

      Delete
  2. erm... Zilla, kadang2 kita memang tak punya jawapan untuk soalan sebegitu. tapi walau apapun setiap perlakuan, perbuatan dan apa yang kita lakukan berkaitan rapat dengan jawapan yang kita cari. apapun biar apapun sejarah lalu hidup tetap diteruskan dengan gembira.

    err... kebahagian tak akan datang bergolek kalau tak dicari kawan... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kawan..saya setuju 101% hehehe.

      kebahagian mmg tidak datang bergolek..namun dengan apa yang kita miliki saat ini seharusnya kita berbangga dan bersyukur kerana kita tetap punya kebahagian walaupun tidak seperti yang lain...

      hidup untuk disyukuri bukan utk disesali, tak begitu?? ;-)

      Delete
  3. Subahanallah. Cantiknya permandangan itu. Tak sabar tunggu entry sterusnya zilla
    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini antara pemandangan terhebat yang pernah saya saksikan, kak...matahari turun dibelakang saya dan pada masa yang sama bulan naik di hadapan saya..betapa terujanya saya, kak..tak terluah rasanya...

      *sabar ye kak..tak berani nak janji bila hehehe

      Delete
  4. susah sebenarnya nak cari jawapan utk persoalan tu... dan juga sukar untuk mencari garis penamat...
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu anne..akan tiba satu saat, semuanya akan terhenti dengan sendirinya :-)

      Delete
  5. kalau MS ditanya dengan soalan yang serupa pun, MS tak tahu macam mana nak menjawab....
    pendapat MS ada sesetengah perkara yang memang kita tak mampu nak menjawabnya walaupun sudah ada jawapan, susah untuk dihuraikan :P

    ReplyDelete