Pages

Thursday, October 17, 2013

Day 7 : Sumbawa Barat (Part II) ~ Pulau Kenawa

Entry sebelumnya di sini -> Day 7 : Sumbawa Barat (Part I)

Pulau Kenawa atau Pulau Kanawa?

Kalau google majoriti info yang muncul adalah berkenaan dengan Pulau Kanawa. Untuk Kenawa memang tak banyak. Awalnya memang saya keliru; adakah kedua nama ini merujuk kepada pulau yang sama? Bila saya luaskan aktiviti carian saya, nah ternyata kedua pulau ini adalah dua pulau yang berbeza.

Pulau Kenawa terletak berdekatan dengan pelabuhan Poto Tano, Sumbawa Barat manakala Pulau Kanawa terletak di Labuan Bajo.

Berbalik ke cerita asal, untuk ke Pulau Kenawa ini pengunjung perlu meminta izin dari Pak Arif, petugas UPTD Dinas Perikanan tetapi sampai ke sudah kami tidak bertemu dengan bapak ini walaupun waktu tiba di pintu gerbang ke Kenawa ada seorang ibu yang dok terjerit-jerit memanggil nama beliau untuk memaklumkan kedatangan kami.

Tiada siapa di jeti. Mungkin sudah lewat petang. Tiba-tiba muncul Pak Tedy yang kebetulan ke situ untuk melihat botnya.

"pak, berapa ya untuk ke Kenawa"

"Rp450,000"

"Rp300,000, bisa pak"

"kalau berlima ia pasti bisa"

Hohoho, nasib bertiga begitulah. Malas dah nak buang masa kami setuju ajelah. Perjalanan dari jeti menuju ke Kenawa mengambil masa cuma 15-20 minit. Keadaan laut yang surut dan tenang tiba-tiba berubah saat kami tiba di pertengahan perjalanan. Ombak semakin besar dan ganas. Saya pejamkan mata dan cuba untuk tenangkan diri sambil berdoa agar semuanya selamat.

 
Kenawa di kejauhan

Menurut Pak, 3 hari sebelum kedatangan kami ke sini keadaan angin dan laut berubah dari kebiasan. Atap botnya yang sebelum ini lengkap hingga ke hujung, hilang kesemuanya gara-gara angin kencang beberapa hari sebelumnya. Janganlah perkara yang sama terjadi pada kami hari ini...

Keadaan bot semakin terumbang-ambing. Perjalanan semakin panjang kerana bot perlu melawan angin yang bertiup kencang dan arus yang datang secara bertentangan. Sepatutnya kami mendarat di jeti tetapi pendaratan terpaksa dialihkan kerana bot tak mampu melawan arus untuk menuju ke jeti. Tak kisahlah yang penting semuanya selamat.

Akhirnya, pasir putih Kenawa berjaya kami jejaki. Alhamdulillah.

Bot kami petang itu; bumbung semua dah hilang

Satu yang perlu diberi perhatian kalau berhajat untuk singgah di pulau ini adalah pastikan membawa bekalan air bersih dan makanan dengan mencukupi. Pulau ini tidak berpenghuni jadinya tiada sumber air bersih mahupun warung makanan di sini. Namun terdapat beberapa buah pondok yang boleh digunakan untuk berehat dan toilet yang sangatlah azab keadaannya.

Apa-apa hal pun, solat perlu dilangsaikan sebelum menjamu selera dengan nasi putih dan telur dadar yang kami tapau dari salah satu gerai di Poto Tano. Angin di sini sangatlah kencang. Rasa nak melayang badan dibuatnya. Settle semua urusan waktunya untuk menjelajah pulau idaman ini.

Benda pertama yang saya lihat adalah SAMPAH-SARAP. Rata-rata blog yang saya singgah memuji keindahan pulau ini. Dek kerana itulah saya memendam impian untuk ke sini. Serius, saya memang kecewa dengan pemandangan ini. Keindahan yang dimiliki telah dicemari oleh sikap pengunjung yang memandang sepi betapa pentingnya menjaga keindahan pulau ini. Saya tidak bermaksud untuk menceritakan kejelikan pulau ini tetapi apa yang saya cuba sampaikan adalah sayang kalau sikap begini diteruskan. Tempat yang indah kalau ditimbunkan dengan pelbagai sampah-sarap, bayangkan apa akan jadi di 10 atau 20 tahun akan datang. Yang rugi, bukan kita juga ke? Jadinya, fikir-fikirkanlah.


Niat untuk camping di sini kami batalkan. Niat untuk memanjat satu-satunya puncak tertingi di pulau ini juga kami batalkan kerana angin yang terlalu kuat dan cuaca agak kurang bagus yang membataskan pergerakan kami. Jadinya kami hanya melayan sendu keindahan pulau ini di pinggir pantai sahaja hinggalah matahari terbenam.

Jom layan gambar.

Puncak tertinggi di sini
Sebahagian pondok yang ada
 Satu-satunya jeti yang ada di sini.
 Pulau berhampiran (lupa apa nama pulau ne). Menurut bapak, view di pulau ini jauh lebih indah dari Kenawa.
Ada berani yang nak mencuba? hehehe
Sunset yang kurang menjadi kerana awan tebal. Kelihatan puncak Rinjani di sisinya.

Perjalanan pulang juga terpaksa menempuh ombak yang tinggi. Siap menjalankan operasi menyelamatkan bot yang hanyut walhal kami sendiri tak tahu akan selamat atau pun tidak hehehe. Operasi gagal kerana ada pihak lain yang tiba-tiba muncul dan cuba mendapatkan bot tersebut. Tak kisahlah, yang penting sekarang nak sampai ke darat secepat mungkin. Perut kami dah semakin kecut.

Bapak menawarkan kami bermalam di rumahnya atau pun beristirehat sebentar di rumahnya. Terharu dengan kebaikannya tetapi kami tolak dengan baik. Bukan tak sudi tetapi kami ingin sampai awal di Lombok. Kononnya malam tu juga nak berangkat dengan feri ke Bali tetapi bila call Lombok Guesthouse untuk mengambil pakaian kami (laundry di sini) kami dimaklumkan pakaian kami belum ready. Jadinya, nak tak nak kena bermalam di Lombok jugalah.

Dari jeti ke pelabuhan Poto Tano berjarak lebih kurang 1km. Dekat aje pun. Feri penyeberangan ke pelabuhan Kayangan beroperasi 24 jam dengan kekerapan berangkat adalah setiap 2 jam. Harga tiket adalah Rp19,000/person (untuk yang berkenderaan, harganya adalah berbeza). Kami agak bernasib baik kerana feri telah pun tersedia.
 Selamat tinggal Poto Tano.

Kami tiba di Kayangan sejam kemudian. Sepatutnya ada bas menuju ke Mataram tetapi takde idea mana nak cari. Kami sendiri pun dah kepenatan. Jadinya, bila wakil travel menawarkan perkhidmatan menuju ke Mataram kami setuju ajelah (share dengan penumpang lain) dengan harga Rp60,000/person terus ke Wisma Nusantara II. Perjalanan mengambil masa 2 jam tetapi pengsan kepenatan, tau-tau dah sampai je huhuhu.

Tiba di Wisma Nusantara II, bilik murah semua dah penuh. Yang tinggal bilik, separa murah Rp70,000/night. Nak tak nak setuju ajelah. Masing-masing dah terlalu penat untuk menapak ke hotel lain. Jadinya, selamat malam dunia!! Pengsan hingga ke pagi tanpa sempat mengisi perut.

Info tambahan:
Pak Tedy (bot Kenawa)
Tel : +62852056045652

Wisma Nusantara II
Jl. Beo No. 10-12
Cakranegara, Lombok
Tel : +6281806634698

* sambungan perjalanan menuju ke Bali - kesabaran ku teruji.

18 comments:

  1. amboi, toilet open air...hehe
    respek la korang sebab pergi tempat2 rare..
    kanawa island tu nampak isolated sangat macam dalam cerita "Lost"

    ReplyDelete
    Replies
    1. dzu, kenawa atau kanawa? hehehe
      agak2 berani tak nak 'membuang' kat toilet tu? hahaha

      Delete
  2. gambar no 7 MS sangat suka..cantik view dia!
    mintak ampun gambar no 10 MS memang tak sanggup...
    kalau darurat sangat untuk hajat kecil maybe mampu kot...tapi WAJIB berkelubung dgn kain batik :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau darurat pun saya tak sanggup tak guna MS hahaha..gambar no 7 tu, seperti bangunan kecil kan? tu pun toilet juga cuma keadaannya mmg teruk..

      Delete
  3. aduyai sayang nye sampah merata2...cantik tu pulau tuuuu...ok, part toilet cangkung tu kelakar! ko mampu?? hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, biqque...selagi sikap tak diubah memang tak panjanglah hayat pulau ne huhuhu...

      *terkesima tgk toilet tu tau...hahaha

      Delete
  4. best..naik bot yang tiada bumbung..lebih-lebih lagi hujan rahmat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baiklah tak hujan..kalau hujan memang sah saya cancel ke pulau hehehe...

      Delete
  5. Perghh...jamban tu mmg terbaekkk laaa zilla!

    ReplyDelete
  6. besarnya matahari...itu zoom ? anyway..memang sangat disayangkan perilaku pengunjung begitu...di beberapa tempat seperti gunung dan pantai banyak yang dijadikan tong sampah raksasa...ckck...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg pasti mmg saya zoom sedikit hehehe..sayangkan, yang rugi kita juga..huhuhu

      Delete
  7. Toilet tu mmg ikut cara zaman purba.. cuma tak payah gali lubang hahaa..
    ke sebab angin kuat sgt smpai dinding semua hilang :P
    Sampah sarap mmg mcm tu.. kalau tak amik tindakan tegas.. saang nyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kurang satu kerja, kan TT?? tak surelah TT, tapi ada satu lagi toilet di hadapannya..cuma yang itu strukturnya mmg lengkap kecuali air...

      mungkin sebab pulau ini bukan di bawah siapa2, tu yang pengunjung pun lepas laku..almaklumlah takde orang nak pantau..agaknya lah hehehe...

      Delete
  8. tu belum lagi drama sebelum turun ke bot, bila ingat balik boleh gelak sorang2.. kikiki.
    *erk, bilik kat wisma nusantara tu Rp140k/night, share berdua jadilah Rp70k/night

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau tak drama anne..bayangkan kalau kita terjun dan salah parking terus debuss masuk ke laut tau...hahaha..yg bapak tu pun agak2lah nak suruh kita terjun, tinggi tu...hilang anggun masing2 hehehe...

      *owh ye lah..itu harga per person..sendiri buat nota, sendiri pening..macam mana tu? hehehe

      Delete
    2. kalau terus masuk air saya tak kisah sangat. tapi takutnya kalau sebelah kaki tersangkut dalam bot, separuh lagi jatuh dalam air.. lagi haru.. nasib baik masa balik air dah pasang.. kalau tak bertambah drama.. hahaha

      Delete
    3. kalau betul jadi macam tu, memang lawak lah anne hahaha...mesti jadi bahan kita nanti hehehe...

      Delete