Day 7 : Sumbawa Barat ~ ku lihat laut!

Tuesday, October 15, 2013

17.09.2013 : Sumbawa Barat

Previous entry di sini -> Day 6 (Part II)

Pagi di Sumbawa disambut dengan hujan panas, semakin lebat dan terus lebat. Kami tersadai di masjid. Bila hujan dah beransur reda kami ambil keputusan untuk redah. Destinasi pertama kami, pantai Maluk dengan berjalan kaki dari masjid cuma mengambil masa sekitar 5 minit sahaja.

 
Kredit : Lonely Planet - Indonesia.

Jangan tanya, apa sebenarnya yang ingin kami cari di sini. Saya sendiri pun tidak tahu jawapannya.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian jika ingin singgah di Sumbawa Barat adalah public transport. Sangat-sangat bermasalah. Jika ingin singgah di sini, better bergerak dengan kenderaan sewaan dari Lombok (misalnya kereta dan motor) dan bergerak sendiri. Jika malas untuk drive, mungkin boleh ambil tour package atau pun menggunakan khidmat supir. Kalau tidak, memang masa banyak terbuang di jalan huhuhu.

Beginilah suasana di pekan Maluk.

Kami agak bernasib baik kerana bertemu dengan Mas Agus, anak saudara salah seorang dari pemilik warung di Pantai Maluk. Beliau menawarkan diri untuk membawa kami mengelilingi kawasan sekitar dengan harga Rp50,000/person. Murah sangat lah tu sebab kalau ambik ojek harga sekitar Rp100,000.

Kami cuma ada masa dalam 4 jam sahaja. Ini kerana bas menuju ke Poto Tano akan singgah di pekan Maluk sekitar jam 12.00pm. Jika terlepas, kami perlu menunggu sehingga jam 6.00pm untuk mendapatkan bas berikutnya. Travel memang ada tetapi selagi tidak penuh dengan penumpang (max 13 orang) mereka tidak akan bergerak menuju Poto Tano.

Dek kerana masalah transport inilah, itinerary kami di Sumbawa Barat berubah 100%. Dari ingin bermalam di Kenawa atau sekurang-kurangnya di Maluk, kami batalkan semuanya dah kembali semula ke Mataram pada hari yang sama. Penat pun penatlah. Yang penting sekarang kami mampu sampai di Bali on time.

Pantai Maluk
Kedudukan pantai ini diapit oleh dua buah anak bukit di kiri dan kanannya. Kalau punyai kudrat atau rajin, boleh ajelah nak daki anak bukit tersebut untuk view yang lebih menarik. Buat kami, tak mampulah. Pegal-pegal otot masih terasa. Di sini juga terdapat satu kawasan penetasan penyu tapi waktu kami berkunjung ke sini apa pun tak kelihatan. Mungkin hari masih terlalu pagi, kot??

 
 
Cucaca kurang menyebelahi huhuhu.

Pantai Tropical, Sekongkang
Terletak 15km dari Maluk dengan kondisi jalan bak ular kena palu dan pemandangan menuju ke Sekongkang memang gersang gara-gara musim kemarau di sana. Akses masuk ke pantai ini adalah dari Nomad Surfers atau Tropical Beach Club (hati-hati kadangkala mereka tidak membenarkan pengunjung luar memasuki resort.) Ombak di sini lagi menakutkan.




Pantai Tak Tahu Nama
Masih lagi di Sekongkang. Istimewanya pantai ini kerana terdapat batuan di gigi air. Batuannya tak ubah macam batu sungai. Ombak di sini agak besar dan datang dari pelbagai arah (carca-merba ombaknya, pertama kali tengok ombak sebegitu). Tak lama pun di sini sebab hujan turun huhuhu.


Pantai Rantung, Sekongkang
Dikenali juga sebagai Pantai Yoyo kerana ombaknya yang dikatakan seperti yoyo. Pantai ini sangat cantik tetapi baru aje nak snap gambar hujan turun selebatnya huhuhu.


Teluk Benete, Jereweh
Tak tahu kenapa saya suka suasana di sini. Terasa tenang sekali di sini walaupun panasnya sungguhlah tak tahan. Opps, jangan bayangkan suasana di sini seperti pantai-pantai biasa. Di sini sebenarnya wujudnya pelabuhan milik PT.Newmont.



Dari pelabuhan Benete kami dibawa ke Terminal Benete untuk mengejar bas Taruna Jaya ke Poto Tano, sayangnya bas sudah pun berlalu huhuhu. Nama aje terminal tapi tiada sebarang bangunan di sini. Travel dan ojek hanya menunggu di pinggir jalan untuk penumpang. Oleh kerana bas dah pun berlalu, Mas Agus menawarkan diri untuk menghantar kami ke Poto Tano tetapi di pertengahan perjalanan makciknya call dan kami diminta berpatah balik. Akhirnya, kami kembali ke Terminal Benete dan kebetulan ada sebuah travel sedang menunggu penumpang untuk ke Poto Tano. Sadis, hampir 2 jam kitaorang menunggu dalam travel. Tak sanggup ok; rasa macam duduk dalam microwave huhuhu. Sekitar jam 3.++pm kami tiba di pintu gerbang menuju ke Pulau Kenawa. 

*bersambung untuk Pulau Kenawa

You Might Also Like

10 comments

  1. Ya allah..cantiknya gambar!
    Selamat hari raya zilla..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. mabuk laut dah biqque..kulit semakin rentung dah rentung...tu belum masuk part pulau kenawa, bali, labuan bajo..semuanya berkaitan laut hehehe

      Delete
    2. takpe, tan skit apa salahnyer...hahahaha...yg penting merata dah ni ko explore! jeles!

      Delete
  3. selamat hari raya aidiladha. pertama kali jejak ke blog nie, best sangat : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi miesha

      salam perkenalan & selamat hari raya...terima kasih sudi singgah di sini :)

      Delete
  4. Pantai Maluk and pantai tak tahu nama tu mmg lawa kot.. and best sebab tak ramai orang ..

    ReplyDelete

Subscribe