Day 6 : Wisata Lombok (Part II)

Thursday, October 10, 2013


Previous entry di sini -> Day 6 : Wisata Lombok (Part I)

Tanjung Aan
Dari Batu Payung, kami kembali menuju ke Tanjung Aan. Satu yang perlu diberi perhatian jika berkunjung di Tanjung Aan dan Pantai Kuta adalah jangan sentuh barangan yang ditawarkan oleh penjual-penjual yang ada di kedua-dua pantai ini jika memang berhajat untuk tidak membelinya. Silap haribulan kalau tak jadi beli, mau ada yang bergaduh nanti. Mereka agak agresif di sini dan kerjanya memang akan mengekor ke mana sahaja kita pergi. Jadinya, buat tak tahu ajelah. 

Untuk melihat pemandangan indah Tanjung Aan, panjat aje satu-satunya anak bukit yang ada di situ. Emm tak perlu kudrat yang melampau pun untuk sampai ke atas. Rendah aje pun, tak perlu nak bersusah payah. Cuma kena hati-hati sebab sedikit licin. Pemandangan di sini memang sangat memukau; tak tahu nak cerita macam mana.





Pantai Kuta
Opps jangan ingat Bali aje ada Pantai Kuta, di Lombok juga ada. Nama lain untuk Pantai Kuta ini adalah Pantai Mandalika.

Ada satu lagenda terkenal berkenaan dengan Pantai Kuta ini. Pantai Kuta/Mandalika ini mendapat jolokan nama dari seorang puteri dari Kerajaan Tonjang Beru yang bernama Puteri Mandalika. Saat diberi pilihan untuk memilih salah seorang dari 7 pengeran untuk dijadikan suami, beliau mengambil keputusan untuk tidak memilih sesiapa pun. Untuk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah beliau telah terjun ke laut dari salah satu tebing yang terdapat di pantai ini dan menjelma menjadi cacing laut atau nyale. 

Rentetan dari lagenda tersebut setiap tahun sekitar bulan Februari atau Mac (tanggal 19-20 bulan kesepuluh kalendar Sasak) akan diadakan pesta rakyat "Bau Nyale" di mana penduduk setempat akan beramai-ramai ke pantai dan mencari nyale. Jumlah yang berjaya ditangkap menurut mereka akan mewakili rezeki yang bakal mereka perolehi. Menurut Pak Aziz lagi (guide kami), beberapa hari sebelum nyale ini timbul kawasan di sini akan dilanda ribut.




  

Pantai Mawun
Pantai Mawun dari Pantai Kuta mengambil masa sekitar 30 minit perjalanan. Agak jauh dan jalannya pun sepi. Suasana yang sangat berbeza kalau hendak dibanding dengan akses ke pantai-pantai di Bali. Entah mengapa, saya harap suasana seperti ini kekal sampai bila-bila; sekurang-kurangnya keaslian pantai-pantai di Lombok akan terus terpelihara (paling penting, mata pun tak rabak dengan aksi-aksi yang tak sepatutnya hehehe).



Sebentar sahaja di Pantai Mawun kerana kami perlu kembali ke Mataram untuk mengejar sunset di Loang Baloq. Perjalanan yang sangat panjang; bangun-tidur-bangun-tidur pun tetap juga tak sampai (punyalah slow supir bawa kereta huhuhu). Ada hikmahnya juga sebab langit dipenuhi dengan awan tebal. Bayang sunset pun tak nampak huhuhu. Bila tiba di Loang Baloq, Pak Aziz minta kami turun untuk ambik gambar di Loang Baloq (walaupun sunset tidak kelihatan) tetapi takde seorang pun yang berminat nak turun. Jadinya, kami meminta Pak Aziz kembali ke kota.

Sate Rembiga
Sebelum ke guesthouse kami singgah dulu di Sate Rembiga, salah satu dari kuliner yang wajib dicuba kalau singgah di kota Mataram. Lokasinya berhampiran dengan airport lama Selaparang. Apa yang istimewanya di sini, dah tentulah satenya. Satu hidangan (10 cucuk) berharga Rp15,000 manakal lontong (nasi impit yang dibalut dengan daun pisang) berharga Rp6,000.

Apa yang istimewanya sate ini? Dah tentulah bumbu atau rempah yang digunakan. Manis-manis pedas; kalau tak mengalir air hidung waktu menikmati sate ini memang tak sahlah hahaha! Selain dari rasanya, sate ini dimakan tanpa sebarang kuah. Dagingnya yang moist dan segala rempah yang diperap digunakan menjadikan sate ini enak dimakan begitu sahaja. Cara makannya pula, sebelah kanan pegang sate manakala belah kiri perlu memegang lontong. Satu gigitan sate dan satu gigitan lontong bagi seimbangkan rasa pedas tu. Ikut hati memang tak cukup 10 cucuk tu; nak aje saya tapau buat bekal keesokan harinya tetapi malu dengan kawan-kawan hehehe.




Perut dah kenyang, kami bergerak menuju ke Lombok Guesthouse di Jalan Pariwisata. Di sini saya, Anne dan Anhar akan berpisah dengan yang lainnya huhuhu. Setelah selesai urusan check in dan urusan laundry kami bergerak menuju ke terminal bas Damri. Yupp, masanya untuk berangkat ke Maluk, Sumbawa Barat.

Kami tiba di terminal bas sekitar jam 8.00pm. Bertanya di kaunter sayangnya tiket bas ke Maluk dah pun sold out (bas berangkat jam 9.00pm). Kami dah terpinga-pinga saat ini. Kalau takde juga tiket memang kena kena fikirkan backup plan lah. Atas pertolongan petugas Damri, mereka memasukkan kami di dalam senarai menunggu. Kami perlu menunggu dalam 30 minit untuk memastikan samada kami berjaya mendapatkan tiket atau pun tidak. Agak nervous jugalah. Dalam tempoh itu kami bergilir-gilir ke toilet dan solat agar tiket yang kami nantikan tidak diberikan kepada orang lain. Sekitar jam 8.45pm, tiket berharga Rp80,000 diserahkan kepada kami. Alhamdulillah, memang dah tercatat kami akan singgah di Sumbawa. Waktu itu memang kelam-kabutlah sebab bas dah ready untuk berangkat. Sekitar jam 9.00pm, bas berangkat menuju destinasi.

Untuk tiket Damri bas di Lombok, ianya perlu ditempat at least sehari sebelum berangkat.

Ringkasan perjalanan untuk ke Maluk, Sumbawa Barat adalah seperti berikut:

Mataram - Pelabuhan Kayangan : 2 jam
Penyeberangan ke Poto Tano : 45 minit - 1 jam
Poto Tano - Maluk : 3 - 4 jam

Info tambahan:
Lombok Guesthouse
Jl. Pariwisata No.82
Mataram
(Seberang Kantor BPN Kota Mataram)
Tel : +62370633431 / +6281936736754
FB : Lombok Guest House

Sate Rembiga
Jl. Dr. Soetomo,
Timur eks Bandara Selaparang
Mataram
Waktu operasi : 2.00pm - 9.00pm

*bersambung

You Might Also Like

17 comments

  1. masyaAllahhhhhh cantiknyerrrrrrrrr! kena pegi ni! haih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. biqque, kalau nak p bgth..nanti saya share tempat2 yang sesuai utk couple; pulau honeymoon dan gumuk pasir di tengah lautan ;-)

      Delete
  2. Subahanallah .. sungguh cantik permandangan Di lambok ye zila ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat2 cantik kak..tak tahu nak describe macam mana...kamera pun tak mampu nak capture keindahannya

      Delete
  3. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. sedap mmglah sedap tapi kalau sapa yang tak tahan, harus cirit dibuatnya hehehe

      Delete
  4. Cantiknyaaaaaaa, really hope one day boleh sampai ke sini. Satu soklan nak tanya, kena bawak lelaki ke if nak dtang ke sini? *sorry for typical question tau*

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde lelaki pun takpe, miz..Insyallah, selamat aje...

      Delete
  5. subhanallah.... cantik sungguh langit membiru.. laut dia pun mcm best... boleh mandi-manda ke kat laut tu? public toilet ok tak? ada resort ke? (sori, byk pulak soklan... hehehehe.....)

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh aje kalau nak mandi-manda..nak snorklg pun blh..toilet? emm kalau kat batu payung, apa pun takde...kalau kat tanjung aan, toilet ok..di kuta tak perasan pula toiletnya manakala di mawun, toiletnya sangat azab..dari luar pun dah berbau busuk huhuhu...resort di kuta ada...tapi di sekitar pantai2 ini byk je guesthouse..

      Delete
  6. Nampak sate tu memanggil2 je... ish kena cari la sate ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..saya pun tengah 'giler' dgn sate ne..aduihhh dapnya :D

      Delete
  7. cantikya pantai tu...nampak dalam gambar kawasan sekitar dia pun bersih nampak macam diorg jaga
    sedapnya satey tuuuuuuuu...memang wajib cuba kalo ke sana!!!!

    ReplyDelete
  8. masyaallah cantiknya..macam lukisan kan...

    ReplyDelete

Subscribe