Macam tak percaya pula dapat jejakkan kaki ke Korea . Rancang lain tapi lain pula yang jadinya. Takpelah, dah takde rezeki nak ke Kathmandu, dapat ke Korea pun kira dah happy sangatlah walaupun hampir-hampir juga nak tarik diri. Untuk penerbangan pergi dan balik ini, saya berjaya rembat dengan harga RM553.
Flight ke Busan berlepas on time. Perjalanan sepanjang tempoh 6 jam lebih tu pun ok. Sesekali gegar tu, perkara biasalahkan dan saya bantai membuter sepanjang tempoh perjalanan tersebut. Sesekali tersedar pun sebab orang sebelah memekak. Selamat mendarat di Gimhae International Airport lebih kurang jam 3.15pm. Urusan imigresen semuanya berjalan dengan lancar. Settle semua urusan, saya melenggang mak temah lah keluar dari airport menuju ke subway station.
Pengalaman pertama berada di Busan tidak seteruk yang saya bayangkan. Rasa selamat bergerak sendirian. Keluar dari arrival hall dah nampak di mana subway station. Fuhh, memang legalah. Destinasi pertama saya adalah Sukbak Guesthouse yang terletak berdekatan dengan Busan Station.
Direction
Gimhae Airpot (Light Rail Transit) – Sasang Station, transfer ke line 2 (1,300 won) - Seomyeon Station, transfer ke Line 1 - Busan Station, Exit 7 (1,400 won).
Dari Exit 7 ke Sukbak Guesthouse takdelah jauh mana pun. Dalam 5 minit jalan dah pun sampai.
Password untuk main door dan locker memang dari awal dah pun diberikan kepada saya melalui email. Kunci bilik dan semua dokumen yang berkaitan pula ditinggalkan di dalam locker yang dah ditampal dengan nama saya. Memang takde siapa yang bakal menyambut kedatangan kita di hostel ini. Jadinya, inilah masanya untuk menghakmilikkan hostel ini menjadi milik kita hehe. Opss sebenarnya yang saya maksudkan adalah pandai-pandailah bawa diri masing-masing di sini. Namun, saya sempat juga bertemu dengan ownernya yang tiba lewat malam itu.
Dapur yang simple dan kemas.
Ini aje yang saya angkut dari KL. Barangan selebihnya akan tiba keesokan harinya hehehe.
Seperti biasalah, dorm menjadi pilihan saya dengan harga 15,000 won/night. Harga ini dah termasuk breakfast. Saya cuma semalam sahaja di sini sebabnya esok hari saya akan berpindah ke The New Day Hostel, Haeuande bersama-sama teman-teman yang lain. Dari segi kebersihan, memang terbaik. Sangat-sangat bersih. Ownernya pun bagus walaupun dari segi komunikasi memang agak terhad. Extra kredit untuk ownernya yang handsome!! ;-)
Inilah bilik saya yang terletak di aras 2. Buat makluman kawan-kawan, aras 2 ini hanya dikhas untuk wanita sahaja. Lain-lain jantina memang tidak dibenarkan masuk.
Sambil fikir-fikir apa aktiviti nak dilakukan malam ini sempatlah saya layan menu paling nikmat di dunia 'mee maggi..cepat dimasak..sedap dimakan.." hehehe.
Kalau pekena ini, bakal mak mertua lalu di belakang pun dah tak sedar - nikmat hahaha..
Perut dah kenyang, saya terus bersiap. Tak ke mana pun cuma jalan-jalan sekitar Busan Station dan Chinatown sahaja. Itu pun tak lama sebab tak larat, penat. Sempatlah singgah beli poskad sebelum kembali ke hostel dan zzzzzzzzzzzzzz.
Sempat layan water fountain di hadapan Busan Station.
Pertunjukan ini adakan setiap hari bermula dari jam 9.00pm - 10.00pm.
* bersambung
Wah jalan lagi zilla ni... Korea pulak ye... tmpt idaman akak jugak ni... bawa ole2 utk akak ye ;-)
ReplyDeleteala kak, ne kira entry tertangguh...dah berkurun tapi baru nak update...sebelum ke korea aritu pun sempat ke jakarta tapi gambar2 semua terdelete so terpaksalah skip jakarta teruskan dgn korea...
Deleteole2?maaf kak, saya memang tak shopping..apa pun saya tak beli kecuali biskut pratzel (macm takde jual kat sini,kan??hahaha)..Insyallah, dlm masa terdekat ne saya ke sana lagi..nanti saya belikan ole2 utk akak ya :-)
Kat Busan kad T-money boleh digunakan ke...macam kat Seoul tu..
ReplyDeleteboleh tapi tapi utk topup mmg masalah...takde mesin utk topup T-money...tanya org pun, derang kata mmg takde...tapi waktu singgah di pejabat pos, kitaorg ada jumpa mesin utk topup T-Money...tapi ah satu kerja pula nak cari post office, kan??
Deleteyeahhh entry korea. * saranghae*
ReplyDeletehahaha..nak habiskan cepat2 sebelum habis 2013 *harap2lah :D
Deletei like... kami makan hari 1st kat Busan di lotteria dkt dgn hostel tuh... hehe... nice looking hostel and debak la jalan sorg2 :)
ReplyDeleteshrimp burger, kah?? :D
Deletebusan best..jln sorang2 pun tak rasa takut sebab takde sapa nak kacau..org2nya pun baik2...
Kredit super extra untuk owner yang hensem tu...memang bonus! Suka lah tengok hostel kat South Korea. Diorang buat biz sungguh2.
ReplyDeleteMS memang kagum dengan hostel2 kat korea decoration dioarng memang suweeet jer.......
ReplyDeletetak sabar tunggu next entry dari zilla
bagusnya! siap hadkan aras untuk perempuan je.
ReplyDeleteAsalam Zilla..nekcik kat itaewon sekarang ni dan akan ke busan esok for 3 nites..insyaallah..so tq for sharing
ReplyDeleteWah Nekcik lamanya kat Koya... untunglah tak payah nak fikir2 minta cuti bagai...
DeleteHa..ha Mie...org pencen..2 mlm jer lagi...nak gi jagaici market nii..cari ikan
Deleteassalam..shida pun akn ke sn nov ni..amik guesthouse ni jg..tp bile payment nak buat ye..macam pelik sikit cara check in and check out die kan..
ReplyDeleteHi shida
DeleteTempohari sya booking melalui booking.com..so x perlu deposit...sampai sana last day sebelum check out baru bt full payment...
Mmg byk hostel di sana guna cara yg sama..yakin kot dgn customer hehehe
tq ye zilla for info..alhamdulillah, diorang dah reply email shida..excited terus..lega hati ni..
ReplyDeletetula shida book 3 guesthouse kat korea..semua guna booking.com je..senang..hehehe
alhamdulillah...make sure print semuanya ya shida especially password tu..karang tak blh nak masuk pula hehehe...
Deletedgn booking senang sebabnya kita blh cancel/change hostel bila2 masa ;-) nak pegi bila ne shida??