Hari baru di Busan.
Agak sejuk pagi ini. Lepas settle solat Subuh, saya tarik selimut semula dan sambung tidur. Sedar dalam 6.30am, terus bersiap. Sat lagi nak gerak ke airport untuk jemput kawan-kawan yang akan tiba sekitar jam 8.30am (waktu tempatan). Sebelum bergerak keluar sempatlah saya layan breakfast terlebih dahulu untuk mengalas perut. Check out dan berangkat ke airport dengan subway.
Kali ini saya beli 1 day pass sebab hari ini memang banyak berjalan/turun/naik subway. Lebih jimat dengan 1 day pass ini sebabnya penggunaannya adalah unlimited. Jadinya, jom kita p airport.
Macam mana nak beli 1 Day Pass? Apa-apa hal, pilih bahasa yang kita fahami dululah. Pilih English (1). Bahasa dah settle, lihat ke di hujung screen, nanti akan nampak 1Day Pass. Klik aje button tu (2). Nanti akan keluar arahan untuk payment. Ikut aje arahan yang diberikan.Kalau takde wang kecil, ada mesin tukaran wang di setiap stesen. So boleh tukar wang di situ.
Cinonet aje saiznya. Kalau salah letak memang jenuhlah nak mencarinya huhuhu
Hampir sejam jugalah saya menunggu baru nampak kelibat kawan-kawan saya tu. Saya sempat berkenalan dengan Asma, yang baru 2 bulan menetap di Korea kerana mengikut husbandnya yang ditukarkan di sini. Macam-macamlah tips yang diberikan termasuklah dalam memilih mineral water. Jangan main sambar aje, kena tengok betul-betul apa isi kandungannya kerana menurut Asma ada sesetengah mineral water dicampur dengan sedikit alkohol. Setelah bertukar email dan nombor telefon kami bergerak meninggalkan airport.
Destinasi seterusanya adalah Haeundae (Ha-yun-de). Ada 3 cara untuk ke Haeundae dari airport:
Airport Light Rail/Subway
Gimhae Airport - Sasang Station, transfer ke Line 2 - Haeundae Station [1,900 won]
Airport Limousine
Get a Haeundae Bound Bus 1 or 2 at Limousine Bus Stop on 1st floor [7,000 won]
City Bus
Take bus 307 at the bus stop on 1st floor - get off at a last station [2 hours / 1,200 won]
Kali ini kami memilih subway tetapi dengan 28 perhentian, memang tak sangguplah. Mual tekak dibuatnya. Tiba di Haeundae Station kami hanya perlu mencari Exit 1 dan hostel memang depan mata (itu pun kalau perasanlah hehehe). Menapak dalam seminit dah pun sampai. Lokasi The New Day Hostel ini memang strategik.
Hostel ini terletak di tingkat 5.
Reservation untuk penginapan dilakukan sekitar bulan Jun lagi. Seperti biasa, dorm memang menjadi pilihan sebab murah dan kami pun berlima, boleh lepak dalam satu bilik aje (dengan extra bed). Untuk harga dorm, 19,000 won/person dan kami diminta membayar deposit sebanyak 30,000 won untuk confirm booking. Apa yang menariknya di sini selain daripada perasaan seperti berada di rumah, perkakasan memasak untuk muslim juga telah diasingkan di dalam satu bekas dan di simpan di ruangan khas. Jadinya, tak perlu nak rasa was-was.
Jom jalan-jalan sekitar hostel.
Ruangan lepak/bersantai.
Dapur - masaklah sepuasnya
Gunalah sepuasnya..
Bilik mandi ne agak scary sikitlah. Mana taknya perlu dikongsi ramai-ramai. Ishh tak sangupp!! Untuk elakkan adegan mandi beramai-ramai, biasanya kitaorang ambil turn untuk jaga diluar. Siapa yang mandi, lock dari dalam so orang lain tak boleh nak masuk. Ada satu lagi cara, ke tingkat 7. Di situ pun ada bilik mandi. Yang bestnya tak perlu nak masuk beramai-ramai dan tak ramai pun yang menggunakan toilet di tingkat tersebut. Bolehlah nak mandi sepuasnya.
Ruangan lepak di tingkat 7. Best dan tenang. Siap ada piano, gitar dan komputer berserta internet connection.
Wifi di setiap bilik - best!! :D
Inilah bilik kitaorang.
* bersambung untuk Jagalchi Market
Bagusnya ada pinggan mangkuk prepared only for muslim!
ReplyDeletekredit utk itu, janggel...
Deletebilik mandi mmg scary laaa.....hahahaha
ReplyDeletehahahaha...ngan adik beradik sendiri pun tak penah buat sesi mandi beramai2, kat korea pula kena...ishh mmg tak sangguplah hahaha...yg bestnya bukan kami ajelah yang demand bab mandi ne, pelancong lain pun sama gak..siap berebut siapa nak masuk dulu..tapi rasanya owner dah alert lah pasal benda ne..derang tak sangka yang kita (malaysian) takde sesi mandi-manda secara berjemaah..
Deletebest kat korea ni sbb tak kedekut wifi plus makin banyak hostel/GH yg amek berat tentang pelancong muslim. kudos tu them!
ReplyDeletebetul tu John...tak payah nak sewa modem dan sebagainya sebab wifi free merata2..
Deletewow...best nye....:)
ReplyDeletemmg best!!! :D
DeleteCool.. nampak bersih and very need.. siap ada utensil muslim lagi tu.. :D
ReplyDeletebab2 kebersihan, derang mmg juaralah TT..extra credit (lagi) utk mereka :D
DeleteMenarik. Cuma bilik mandi tu agak menakutkan hihi.
ReplyDeletehahaha..pejam mata ajelah :D
DeleteMase aku dok survey2 hostel kat Busan aritu, banyak yg mmg bilik mandi jenis yg open takde cover mcm kat atas tu... mane sanggup nak mandi vogel2 even sesame pompuan kan....
ReplyDeletehahaha...mmg dak sangguplah!!
DeleteZilla...live from busan ni...kami kat mapo sebelah jagaichi...tapi ambik hotel..ada tak gbar mineral water yg boleh diminum tu
ReplyDeletewahh nekcik, bestnya...gambar mmg takde...kami tanya juga jenis2 mineral water yg perlu dielakan..Asma bgth, belek dekat label nya..kalau ada % tu katanya cuba elakkan....utk jus epal pun perlu alert..lain2 jus katanya, Insyallah ok...
DeleteTq zilla..alhamdulilah..selalunya bli banana milk...nak balik dah esok
Deleteala.. kak long apakah itu tgn yana mcm tengah mengurek.. haha
ReplyDeleteZilla. Exit 1 tuh ada lift tak or menapak jugak...
ReplyDeletesorry owen, saya mmg tak perasan langsung kwujudan lift..nanti saya tanya kekawan kot2 derang perasan...
Delete