Pages

Sunday, January 5, 2014

Day 1 (Part I) : Thailand ~ Misi Memburu Matahari (Edisi Pengenalan)

Dah nama pun edisi pengenalan jadinya bertabahlah nak membacanya ya hehehe.

Trip kali ini memang banyak cabarannya dari mula hinggalah ke hari terakhir. Maklumlah tempat yang bakal kami kunjungi amat sedikit info mengenainya. Terima kasih banyak buat Lily, Zaraab, Liyanatraveller dan Farah sebab sudi membantu saya untuk info-info yang berkaitan.

Sebenarnya saya nyaris-nyaris tarik diri kerana urusan di pejabat. Dalam masa yang sama, tiba-tiba pula berlaku demo di Bangkok; lagilah saya seriau. Saya email Kedutaan Malaysia di Bangkok dan mereka memberi saranan untuk menangguhkan perjalanan kami. Dek kerana itu memang saya ingin tarik diri dari trip ini sebab tahu mak takkan beri kebenaran. Bila difikirkan balik tak sampai hatilah pula sebabnya idea ini datangnya dari saya. Kawan-kawan pula memang dah teruja. Rasa macam tak adil pula kalau saya teruskan dengan niat saya itu. Try slow talk dengan mak untuk kebenaran (nasib baik mak dah biasa dengan nama Pijah kalau tidak tak lepas juga kot :D) dan Alhamdulillah. Tawakal dan doa banyak-banyak moga perjalanan kami ini dilindungi-Nya.

Untuk tiket flight, kami berempat berjaya merembat tiket promo dari KL-Bangkok dengan harga RM97 sekitar Oktober manakala untuk tiket baliknya pula, tiket promo Lion Air yang kebetulan baru melancarkan route terbaru yang menghubungkan Bangkok - KL dengan harga RM95.  Tiket ini pun berjaya kami beli sekitar pertengahan November yang lalu. Plan awalnya memang nak ambil train sahaja dari Bangkok ke Penang (sebab tiket flight Bangkok - KL sangatlah mahal huhuhu). Kebetulan atau sememangnya dah rezeki kami? Entah...

Kami berempat berlepas dengan flight terakhir ke Bangkok dan tiba di sana sekitar jam 11.++pm. 3 orang berlepas dengan MAS dan seorang lagi berlepas dengan AA pada belah petangnya ke sana. Tak kiralah turun di mana, pertemuan kami berlapan adalah di Hua Lamphong. Segala urusan berjalan lancar dan ketibaan kami disambut oleh teman yang dah tiba awal petangnya.

Malam itu kami lepak sahaja di airport dan hanya akan bergerak ke Hua Lamphong pada 2.20am dengan bas no. 29. Sebenarnya ramai yang tak tahu kewujudan bas no.29 ini yang beroperasi 24jam dan salah satu laluannya adalah Don Mueng Airport dengan station terakhir adalah Hua Lamphong. Kredit untuk Irdhi kerana berjaya mendapatkan info ini di saat-saat terakhir. Kalau tidak mau rabak poket untuk ambil teksi huhuhu.

Info untuk public transport
Follow shuttle bus sign and walk to Gate 6. Exit the auto gate and find signboard Don Mueng - Mo Chit Bus:
Bus no. A1
- Don Mueng - Mo Chit Station (BTS) - Chatucak Station - BKK Bus Station (MRT) - Mo Chit Station
- bus service : 9.00am - 11.30pm
- bus fare : 30 baht

Bus no. A2
- Mo Chit Station (BTS) - Chatucak Station - Victory Monument (park at 522 bus station) - Don Mueng.
- bus service : 9.00am - 11.30pm
- bus fare : 30 baht

Bus no. 29
- ini bukan shuttle bus, so perlu menapak ke main road dan tunggu bas ini di bus stop yang ada di luar airport - ikut aje signboard bus dan terus bergerak ke main road.
- ada 2 jenis iaitu aircond (lupa berapa tambangnya) dan biasa (8 baht)
- beroperasi 24jam dan last station adalah Hua Lamphong Train Station.

Satu perkara yang saya ingin kongsikan, sila check keadaan suhu di Bangkok dan bersedialah. Waktu kami di sini, suhu drop hingga mencecah 16 degrees dan kami langsung tak bersedia. Takat bawa sweater nipis, manalah tahan. Ketaq kepala lutut satu badan dari first day sampailah ke last day. Waaa tak sanggup!!! Mujurlah ada yang tak jatuh sakit gara-gara suhu yang agak extreme. Paling sadis, ada antara kami yang langsung tak membawa sweater dan hanya mampu membungkus diri dengan kain pelekat. Memang tak boleh blah - haru ok hehehe!!

Dalam dok menahan ketar di bus stop, tiba-tiba bas no.29 muncul di hadapan kami. Lega tak perlu menunggu lama, kalau tidak ada yang kejunglah kot kat situ huhuhu. Kami tiba di Hua Lamphong sekitar jam 3.00am. Di situ kami bertemu 4 orang lagi ahli jemaah. Lega bila semuanya dah berkumpul. Main gate masih lagi ditutup dan hanya akan dibuka pada 4.00am. Kami ambil keputusan untuk lepak di anak tangga yang ada untuk melepaskan lelah. Sekitar jam 3.45am, kami semua dikejutkan oleh petugas train station dan ada satu pintu kecik dibuka(berdekatan warung bersebelahan main gate). Apa lagi, terus masuklah. Tak tahan ngantuk dan sejuk.
Keadaan dalam bas - bersih sangat-sangat.

Mungkin kerana masih awal pagi, orang pun masih tak ramai urusan di kaunter sangatlah mudah. Tak payahlah nak tanya jam berapa train berangkat sebabnya semuanya dah dipaparkan di skrin. Bagitahu aje ke mana destinasi dan berapa orang, terus petugas kaunter printkan tiket, buat bayaran dan teruslah bergerak ke gerabak keretapi.
Jadual keberangkatan antara Bangkok - Lopburi. Boleh juga check di sini -> Railway Thai

Destinasi kami adalah Lopburi. Saya memang dah survey dan dah plan untuk ambil first train ke sana. Harga tiket adalah 28baht (3rd class) dan waktu keberangkatan adalah 4.20am. Untuk makluman kawan-kawan, train yang bakal kami naiki ini adalah train yang hanya menghubungkan antara Bangkok dan Stesen Lopburi sahaja. Kelas train yang berangkat pada satu-satu masa adalah berbeza dan harga juga berbeza. Make sure kawan-kawan tahu kelas apa yang akan berangkat pada sekian-sekian waktu, so takdelah terkejut kalau harga tiket tak sama dengan harga yang kami perolehi. Perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 3jam. Yeayyyy, masa untuk tebus tidur :D

*bersambung

22 comments:

  1. Aik nasib mak dah biasa dgr nama Pijah, ni mesti kes slalu dgr Jijah kadang2 je Pijah,haha. Sy pun nyaris gak tak pergi trip ni, tp nasib sume keje setel so dpt la jumpa si matahari. hoyeay...haha. Pasal bas 29 tu baru tau gak yg dia 24 jam, mmg credit la kat irdhi tau sal bas tu. Trip best with new friends,hehe.

    ReplyDelete
  2. hahaa...asalkan belakangnya 'Jah', Insyallah lepas hehehe...
    trip ini mmg byk halangan kan pijah? suka-duka, sakit hati semua ada..sampai tahap tak tau nak kata apa lagi dah sebab 'terduduk' dgn apa yang berlaku...namun tetap best sebab saya enjoy dgn semua aktiviti yg kita lakukan..cuma tulah, sayang korang tak rasa naik gajah dan rafting kat river kwai..next time, Insyallah kita p lagi..angkut ahli2 yang lain pula :D..

    yehh, kredit utk 'baby' tu ahakk!!tak boleh blah ada org panggil dia 'baby' hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah ada nama Pijah, terus dapat green light... hihi. untung jugak ada bas no 29...
      trip ni mmg enjoy walaupun separuh perjalanan je dgn korang...

      *baby? untunglah... kikiki

      Delete
    2. anne, family saya memang dah biasa dengan nama2 derang ne; jijah, pijah, shahrul, adik, yana...dah byk kali travel dgn derang ne..dah selalu sgt sebut nama2 mereka ini...so senang sikit nak dapat kebenaran sbab family saya dah kenal mereka2 ini...

      bas no.29 tu, saya anggap sebagai rezeki buat kami ;-)

      Delete
  3. masih permulaan lagi...yang ini jadi apa? http://mystoriesmories.blogspot.com/2013/12/thailand-lost-in-translation-trip.html

    yang diganggu bapak2 di stasiun Hua Lamphong tu tak masuk cerita ke? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp,..entry tu kan takde apa2 info di dalamnya..kiranya 'pra-pengenalan' lah...

      malaslah saya nak masukkan ke semua kisahnya...kalau saya ceritakan semuanya mau 3hari 3malam pun belum tentu habis cerita utk edisi pengenalan sahaja.. ;-)

      Delete
  4. pasal baby tu...kalau tak sejuk waktu tu, saya boleh tahan....salah saya tak percaya kata kawan di BKK yang bilang BKK in winter...tau begitu, saya bawa light jaket dari rumah...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time kalau p mana2, make sure bawalah sweater..tak kiralah musim panas sekali pun lokasi yang dituju sebab kadangkala kita tak tahu apa yang bakal berlaku...pakai atau tidak, itu lain cerita...biar beg berat sedikit, tak mengapa..utk kemudahan kita juga, kan??

      Delete
  5. Sis zilla..blh bg specific date x u pegi lopburi tu bila,tergugat iman tgk sunflower tu takut pi sn nati snflower nan hado huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pasti beberapa hari sebelum krismas, hehehe...

      Delete
    2. Ok tenkiu sis ;-) excited taw nk posing hindustan kt sini jgk hehe

      Delete
    3. amboi dah siap berangan nak posing macam mana hahaha...saya sebelum pun ada gaklah niat nak berlari2an di celah pokok tapi bila dah sampai tempat kejadian, tgk kekawan haih, malulah hehehe..kalau p sorang2 mungkin impian saya tu dah jadi kenyataan :D

      Delete
  6. banyak betul duit gi travel. jeles~~

    ReplyDelete
  7. As salam..sorry nak tnya awak turun don mueng ke? Kalau dr sukumvit ada bas x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp, saya turun di don mueng...kalau dari suvarnabhumi mmg takde 24j bus..kena ambil teksi...utk detail mengenai public bus boleh tgk di sini

      http://www.transitbangkok.com/bangkok_buses.html

      Delete
  8. Buleh tau tak, masa ni pegi bulan berapa...kalau pegi bln 12 ade tak bunga matahari tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pergi pertengahan bulan 12...kalau ikutkan msim utk matahari ne dari bulan nov - jan...

      Delete