Lena sepanjang jalan. Sedar-sedar pun bila Irdhi kejutkan untuk lihat sunrise. Fuhh, memang menawan sunrise kat sini, sempurna sekali. Saat ini, train mulai dipenuhi dengan anak-anak sekolah. Seronok memerhatikan gelagat mereka sebelum kembali melayan kantuk mata hehehe.
Kami tiba di last station, Lopburi sekitar jam 7.++am. Simpan beg di tempat penyimpanan dengan harga 10 baht atau 10 sen; ok, giler murah.
Masalah seterusnya, macam mana nak bergerak ke sunflower field? Bertanya pada orang? Itu dah tentulah, kan? Malu bertanya sesat jalan. Respon yang diterima pun sangat baik tetapi yang tak syoknya "kami tak fahammmmmm..". Dah macam itik dan ayamlah hehehe.
Make sure ada gambar sunflower dalam kamera/hp atau print siap-siap gambarnya. Percayalah, gambar tersebut sangat-sangat membantu.
Bergerak keluar dari train station kami disapa oleh beberapa penduduk tempatan yang menawarkan service 'ojek' ke sunflower fields. Dari harga 150 baht menjadi 100 baht; agak murah tetapi tak sanggup; sejuk dan sure kematu montot nanti. Kami ambil keputusan untuk terus berjalan ke depan kot-kotlah ada tuktuk atau pun bus ke sana.
Tiba-tiba kami disapa oleh konduktor bas "pung..pang...pung...pang", satu apa pun kami tak faham. Saya tunjukkan gambar sunflower yang memang sediada dalam kamera. Dia bagi isyarat "tidak..". Oklah, baru nak bergerak ke tempat lain, konduktor tu datang semula dan mengarahkan kami untuk naik basnya. Blur tak tahu apa citer, tapi ikut ajelah. Yakin, konduktor tersebut akan membantu kami. Tambang bas ini adalah 8 baht. Ehhh, ada yang kena 9baht. Saya sendiri kena 9.5baht. Kesimpulannya, tambang suka hati dialah nak letak berapa hehehe.
Oleh kerana ada beberapa teman-teman yang email saya untuk direction ke sunflower field ini, saya try lah untuk memberikan direction. Harap fahamlah ye; serius tak tahu macam mana nak terang huhuhu.
Direction
Direction
1. Dari train station (1), gerak keluar menghala ke (2). Nanti akan jumpa 7Eleven di situ. Bolehlah kalau nak tapu teh tarik dan sebagainya sebagai bekalan. Jalan sedikit ke depan, nanti akan berjumpa bus stop - takde rupa bus stop pun. Sekadar ada satu bangku buruk yang diperbuat dari kayu. Kalau tak sure, tengok jalannya. Kalau penuh dengan tompokan minyak hitam, hah itulah bus stop. Sebelum naik, tunjukkan aje gambar sunflower, nanti tahulah konduktor tu nak turunkan di mana.
2. Perjalanan menuju ke (3) agak memakan masa. Biasalah, dah nama pun bas. Nak cepat, naik teksi (itu pun kalau ada). Nanti dah sampai di bus stop (3), konduktor akan maklumkan pada kita.
3. Ada jejantas (4) di situ, sila gunakan. Jangan pula nak tunjuk hebat melintas sesuka hati di situ, bahaya.
4. Turun dari jejantas jangan pula menghala ke depan (roundabout), ambil arah yang bertentangan. Jalan ke depan sikit nanti akan jumpa satu lorong di antara shop lot yang ada. Masuk aje lorong tu. Teruskan berjalan hingga ke hujung. Ambil kiri dan jalan ke depan sedikit, dah sampai Lopburi terminal bas (5).
Di terminal bas, ada 2 options untuk ke sunflower fields:
a) local bus (warna hijau) dengan tambang 15 baht. Bus terletak di platform 20. Kalau tak sure, tunjukkan aje gambar sunflower di kaunter bas. Insyallah akan ada yang membantu. Sebelum naik bas tu, tunjukkan juga gambar tersebut pada konduktor bas (agar tak tersalah bas), tahulah nanti nak turunkan kita di mana.
b) tuktuk - kalau travel beramai boleh sewa tuktuk sebab boleh share kos sama-sama. Kalau sorang-sorang memang rabak poket sebab mahal hehehe. Harga untuk tuktuk (1/2 day) adalah 1,500 baht. Silalah tawar. Harga terendah yang saya dapat adalah 1,300 baht tapi tak tak jadi naik sebab mahal hehehe.
Perjalanan ke sunflower field, agak jauh sekitar 1/2 jam. Tiba-tiba bas berhenti di satu simpang dan konduktor minta kami turun di situ. Owhh, maksudnya dah sampailah ne. Aura sunflower dah memanggil; kami teruja hehehe.
Apa pun jadi, pastikan cafe ini berada di belah kiri. Kalau dah nampak cafe ini bolehlah tekan loceng atau minta konduktor bus turunkan kawan-kawan kat sini.
Bus stop. Masuk aje lorong tu dan teruslah berjalan sampai ke hujung. Jarak dari sini ke sunflower field adalah 2.8 km.
Kalau jumpa signboard ne, kira betullah jalan yang kawan-kawan ambil.
Jalan ke depan sikit, mata dijamu dengan pelbagai size sunflower. Masing-masing dah start teruja. Sedang kawan-kawan sibuk beraksi dengan sunflower tiba-tiba berhenti seorang warga tempatan. Apa lagi, terus saya bergerak kepadanya dan tunjukkan itinerary kami kepadanya. Tak disangka-sangka beliau mempelawa kami menaiki kenderaannya. Rezeki jangan ditolak, betul tak? Saya panggil kawan-kawan dan kami bergerak menuju ke lokasi yang sebenarnya hehehe.
Bapok lah weiii besar giler bunganya.. Lebih besar dari saiz muka kitaorang huhuhu...
Dari main road saya memang tak galakkan kawan-kawan menapak sampai ke dalam. Nama aje 2.8km tapi dengan kenderaan pun tetap terasa jauhnya. Oh ya, di main road tu pun sebenarnya ada aje orang yang akan offer kenderaan ke ladang. Cuma saya tak tahu berapa harganya.
Memasuki kawasan ladang. Rasa macam nak melompat turun je sebab tak sabar hehehe.
Tiada sebarang bayaran dikenakan ke atas pelawat. Namun mereka ada tampal note (yang tak tahu apa maksudnya) dan bakul di satu sudut untuk pelawat memberikan sumbangan sebanyak 5 baht. Nak bagi atau tidak, terserah...
Sungguh, tak tipu..Saya memang teruja!!
Cantik sangat tempat ni, dengan angin yang bertiup kencang dan langit yang membiru; rasa tak nak balik. Kawan-kawan yang lain memang dah hanyutlah, hilang di balik rimbunan bunga. Saya dan Pijah, memang dah tahap mabuk gambar. Maksud saya, kami dah mati akal macam mana nak merakamkan keindahan bunga ini dan akhirnya kami lepak di balik rimbunan pohon. Syokk ok. Kami hanyut di situ hehehe..
Jom ikut saya lawat ladang.
Inilah kenderaan yang kami tumpangi. Sangat terhutang budi dengan beliau.
Dari situ, kami selusuri jalan sambil berharap bas akan lalu dan membawa kami semula ke pekan Lopburi. Tapi yang ada cuma kelibat tuktuk. Hentam ajelah, kan? Kami tahan tuktuk dan maklumkan kepada konduktor tuktuk (mujurlah boleh faham basic English) untuk turunkan kami di train station. "Ok..", lega tak perlu nak transit di terminal bas hehehe. Tambang tuktuk adalah 15baht.
Sampai train station, try dapatkan tiket paling awal ke Bangkok. Sayangnya tiket tidak dijual sehingga 20 minit terakhir sebelum ketibaan train. Pulak dahh?? Train akan tiba dalam 12.20pm, Maknanya kami ada dalam 45 minit lagi sebelum tiket boleh dibeli. Tak tahu nak buat apa, akhirnya saya, Pijah dan Meda bergerak ke wat yang terletak di hadapan train station untuk cuci mata.
*bersambung untuk lawatan ke wat
gilanya saya tengok....next trip mesti terjah....ramai pi sana sekarang.
ReplyDeleteEn.Khai, cepat2 tgk tiket utk hujung tahun ne hehehe
Deletecantiknya..sunflowers in the sun..
ReplyDeletesunflowers in the sun ~ emm, tringat sesuatu pula jadinya dgn ayat ini...
Deletewahhh cantiknyaa pemandangan!
ReplyDeletegambar no.9 cantik!
nana, kalau real lagi cantik tau...rasa macam nak pitam tengok ladang berwarna 'kekuningan' saujana mata memandang...Subhanallah, tak terkata indahnya...
Deletewalaupun tak faham, dorang sangat2 membantu...
ReplyDelete*10baht tu bukan seringgit ke?
tq betulkan..tak perasan tang kesilapan tu wpun dah beberapa kali baca sebelum publish...
DeleteOMG cantiknya sunflower tu.. tapi nak balik semula ke stesen bas tu pon mencabar jugak kan.
ReplyDeletebalik semula ke stesen bas? maksudnya dari mana tu?
Deletebrapa jam perjalanan lopburi - bangkok?
ReplyDeletememang cantik sangat sunflower tu against the blue sky... :)
dalam 3 jam lebih jugalah utk tiba di bangkok//
DeleteLepak bawah rimbunan bunga tu mmg syokk. Rakam dgn mata je la akhirnya.haha. Cun la gambar no 8, unik sebab dia hijau lg yg lain dah kuning.
ReplyDeletehahaa..betul tu pijah...satu alasan lagi sebenarnya nak nyorok dari terik matahari hehehe...
Deletealaaaaaaaaaaaa tak lari2 buat vidclip ke dalam barisan bunga2 matahari tu? hehehe! nak pi la nanti :)
ReplyDeletebiqque, nah tgk kat sini hehehe http://seceriawarnapelangi.blogspot.com/2014/01/vlog-thailand-bangkok-lopburi.html
Deleteperghhh!! cantiknya, tengok dalam gambar pun dah nampak cantik apatah lagi kalau kat sanakan
ReplyDeletesgtlah cantik sampai tak tahu nak ambil gambar macam mana lagi...hehehe
Deleteaaaaaaaahh iri Zilla iri!
ReplyDeletemesti best. nak try pegi jugalah hehehe saya x sabar nak merakam gambar bunga kegemaran maryam eisya dalam novel cinta top secret. hehe
ReplyDeleteKak . Anje nk tny . Kalo anje ambk train pdg bsaq terus ke hua lamphong ke ? Da direct ke lobpuri terus ? Then lepas kita melawat sunflower farm ni . Dia akn return balik or ? Da pergi mana plk?
ReplyDeleteHi Anje,
DeleteYupp nak naik train dari padang besar mmg kena turun hua lamphong..lebih mudah begitu..turun di hua lamphong, terus p kaunter utk beli tiket ke lopburi pula...utk balik, ada je train..tapi anje kena check train schedule dulu..so boleh plan berapa lama nak lepak kat ladang tu..misal kata terlepas train, ada je bas dan minivan ke bangkok..
utk train schedule, anje boleh check kat sini http://www.railway.co.th/checktime/checktime.asp?lenguage=Eng