Pages

Sunday, May 11, 2014

Transjava 2014 (Part I) : Sawarna, Banten ~ Kapan Mau Nikah??

26.04.2014 : Jakarta - Sawarna Village, Banten


"permen..permen...sapa mau permen..."

Kepala saya sendiri udah pusing..mata berpinar dan isi perut bila-bila masa akan terbias keluar. Lepas sebiji, sebiji lagi permen (candy) masuk ke dalam mulut saya. Janganlah muntah, mana nak letak muka lepas ni...
 
Jalan ini kira ok lagi sebab keluknya tidak tajam..

"Allahuakhabar...pak, hati-hati...."
 
Saya takde idea route mana yang pak supir ambil. Yang pasti bukan route normal menuju Pelabuhan Ratu kerana route itu menurut pak supir macet teruk. Gara-gara itu kami mengambil jalur alternatif dengan kondisi jalan memang lengkap pakejnya. Massage free sebelum melalui jalan berliku dengan lekuk yang giler tajam. Saya kira, kalau tak hati-hati di situ bisa terbalik mobil yang kami naiki. Untung juga pak supir agak cekap memandu. Tiap kali tiba dihujung lengkuk, ditekan brek dan dilepaskan dengan hati-hati dan tiap kali itu jugalah kami dibelakang akan menjerit; seriau!!

***
Kami bertolak dari UKI, Jakarta Timur sekitar jam 7.00 (lewat 1/2jam dari yang dijadualkan). Trip ini sebenarnya "open trip" yang dianjurkan oleh triphemat.com dengan harga Rp385,000/person (all in). Asalnya 9 orang yang berdaftar tetapi hingga saat kami mahu berangkat yang sorang tu terus hilang tanpa dapat dikesan. Jadinya, hanya kami berlapan sahaja yang mengikuti trip ini dengan ditemani seorang guide dan seorang supir.

Kenapa tidak menggunakan public transport?

Saya ada alasan tersendiri mengapa saya mengikut pakej. Apa yang pasti memang akan ada trip susulan ke Sawarna ini dan sebelum tiba saat itu, saya mahu kenal 'Sawarna' itu dahulu. Akses ke Sawarna bukannya mudah; maksud saya transportnya adalah terhad.

Ada beberapa cara untuk ke Sawarna dengan public transport :

a) Lebak Bulus - Bogor - Sukabumi - Pelabuhan Ratu. Dari situ ambil elf ke Desa Sawarna dengan harga sekitar Rp20,000. Tetapi sila ambil perhatian, elf terakhir berangkat ke Sawarna adalah pada jam 12.00pm. So, make sure tiba di Pelabuhan Ratu sebelum jam 12.00pm. Jika terlepas elf ini, silalah ambil ojek.

b) Jakarta - Serang - Pandeglang - Malimping - Bayah. Dari Terminal Bas Bayah, boleh ambil jeep ke Desa Sawarna dengan jeep di mana jeep terakhir adalah pada jam 5.00pm.

Perjalanan menuju ke Sawarna mengambil masa sekitar 7jam. Untuk ke Desa Sawarna, kita perlu menyeberangi sungai yang mengelilingi desa ini dengan jambatan gantung. Jambatan gantung pun boleh macet tau sebab perlu berkongsi dengan penunggang bermotosikal huhuhu.
Air sungainya dah mirip warna teh tarik; pekat, likat dan bersari hehehe. Walaupun warnanya agak 'menawan' tetapi sungai ini bersih dari sebarang sampah sarap.

Apa-apa hal, kita check in homestay dulu. Keadaan rumah memang agak selesa lengkap dengan semua facilitis dan dilengkapi dengan 3 buah bilik tidur dan 2 bilik air. Kami berlapan disumbat dalam satu rumah; 2 bilik untuk ladies manakala satu bilik lagi untuk 2 orang cowok.
 
Penginapan kami yang warna hijau tu. 

Jangan susah hati bab penginapan di sini. Bersepah homestay, walk in aje.

Settle urusan bilik, lunch, solat dan sebagainya kami trekking menuju ke Pantai Tanjung Layar dan Pantai Pasir Putih hingga sunset (sekitar 1km dari homestay). 
Tempat menarik sekitar Sawarna berserta dengan kos untuk ojek.

Saya jatuh cinta dengan desa ini. Tenang dan aman, rasa macam tak nak balik..

Layan.
Sekitar 20minit berjalan, kami tiba di Tanjung Layar. Wahhhh, macam dalam mimpi lah pula. Mana taknya dah berkurun kami plan nak ke sini akhirnya semuanya dah ada depan mata (hakikatnya saya sendiri saat ini huhuhu). Awas, jejeran pantai di sini merupakan sebahagian daripada rangkaian pantai selatan yang terkenal dengan mitos Nyai Roro Kidul. Menurut mitos, kalau ke daerah pantai selatan elakkan berbaju hijau (apa akan jadi kalau berbaju hijau?? sila Google sendiri, saya malas nak cerita - dah terkena pun waktu di Pantai Timang hehehe).

Sekali lagi layan.
 
Batuan hitam yang berada di kiri-kanan Batu Layar itu merupakan karangan laut yang membentuk benteng di perairan pantai Tanjung Layar ini. Nampak dekat, tapi jauh tu. Saat ini air pasang, jadinya kalau nak ke Batu Layar perlulah redah air. Kedalaman sekitar dada saya. Cuma satu yang agak menakjubkan dasarnya bukan pasir tetapi kawasan landai seperti di simen (err tak tahu nak citer macam mana).
 
Sebelum langit bertukar menjadi gelap.
Close up untuk karangan yang ada. Guide tak benarkan kami mendekati karangan ini kerana ombak di sini terlalu kuat. Katanya, baru-baru ini ada seorang pengunjung di'tampar' oleh ombak yang keras hingga jatuh ke belakang. Gara-gara tamparan itu, pinggang beliau patah. Kalau berhajat nak dekat, saya rasa mungkin waktu air laut surut.
Mampu shoot dari jauh ajelah huhuu.
Disuruh si 'kayu' beraksi inilah jadinya, tegak macam tiang bendera. Tapi bukan itu tujuan utama saya share gambar saya di sini. Sebenarnya nak tunjuk 'lantai' bersimen di pantai ini.

Kami tak lama pun di Tanjung Layar sebabnya tetiba hujan turun selebat-lebatnya. Lama jugalah berteduh di salah satu warung yang ada tetapi hujan takde tanda nak berhenti. Akhirnya kami ambil keputusan untuk bergerak ke pantai Pasir Putih. Hujan pun hujanlah huhuhu. Apa istimewanya pantai ini? Selain dari ombaknya yang menakutkan dan arusnya seolah-olah seperti raksasa yang ingin menyedut kalian ke dasar perutnya, pasir di pantai ini sangat halus dan padat. Pijaklah sedalam mana pun, takdenya meninggalkan kesan tapak kaki masing-masing. Tiba di sini, masing-masing terus jadi kanak-kanak riang sampai kena hambat dengan pak guide untuk kembali ke pinggir pantai kerana menurut beliau ombak yang terhasil saat itu merupakan arus deras yang bila-bila masa akan menarik kami terus ke tengah laut.  Hohoho, memang takutlah dengar pak guide cakap begitu, so saya dan yang lain sekadar menjadi 'dugong' beberapa meter dari gigi air hehehe.
Sebahagian dari kawan baru saya. Mereka ini tersangatlah sporting dan otak sangat giler-giler.
Ombaknya pantai selatan.
Suka pasirnya tapi tak suka ombaknya huhuhu.

Puas bercanda di pantai, kami diarahkan balik. Tu pun masing-masing berkeras tak nak balik sampai kena tipu dengan pak guide. Katanya bisa mandi di pantai di hadapan tetapi jalan punya jalan dia bawa kami jauh dari pantai. Masing-masing tarik muka tak puas hati saat ini tetapi bila pak guide bagitahu dah nak Maghrib dan kami wajib balik ke homestay barulah masing-masing mengangguk tanda setuju.

Sementara menunggu giliran untuk toilet, kami sempat berbual panjang malam itu...

"kamu udah nikah?"

Dah masuk topic yang paling saya menyampah..

"emm, belum..."

"kapan mau nikah?"

"emm, nggak tau..."

"aduhh, aku penasaran....kamu nggak punya cowok?"

"ia adalah cuma yg specialnya nggak ada..hilang dibalik gugusan awan.."

"aduhh, parah..."

"sejujurnya.............."

Habis ayat itu, terus saya ambil sebaldi air hujan yang ditadah oleh bapaknya tuan rumah dan terus burrrrrrrrrrrrrrrrrr; mandi hujan lagi (konon nak tunjuk hebat)..gara-gara itu, 2 hari selepasnya tekak saya mula sakit-sakit dan jatuh sakit hingga ke hari ini...

* hari-hari berikutnya, saya tetap diajukan soalan yang sama "kapan mau nikah" tiap kali ketemu orang baru dijalanan...haishh, ambil earphones sumbat telinga dan jom layan dangdut *erkkkk!!!lalalalala....

** bersambung.

20 comments:

  1. mesti dalam bus penjual bilang..."cangcimen, cangcimen, kacang kuaci permen"...:D Baru tau saya ada paket ke Sawarna...

    Jangan pakai baju hijau, apalagi lelaki jejaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cangcimen?? hahaha...habis semua digabungkan..kalau disuruh teka apa itu cangcimen mesti pecah kepala saya memikirkan apa dia..sama juga seperti GARUDA..saya membayangkan pesawat nasional di sana tetapi bila tanya orang rupanya ringkasan utk satu kawasan perumahan di sana :D

      utk paket sawarna, ada tapi tak banyak..ala tak payahlah ambil paket, baik pergi sendiri lebih puas hati...

      saya tahu mengenai baju hijau itu tetapi tak tahu pula kisahnya utk jejaka..harus saya google mengenainya hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. sangat cantik En.Mie...cuma tak sanggup perjalanan ke sana tu, sgt menyeksakan :D

      Delete
  3. baru tau mitos baju hijau... =D

    zilla, lantai simen tu mcm batu eh?wah pelik tu...tak pnah jumpa lg macam tu....karangan tu pun peliknya timbul2 di permukaan...tp mmg cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius ini nggak tau mengenai mitos itu?? kalau ke prangtritis hati2 ya ;-) kisah nyai roro kidul itu sgt femes, DJ..ada certain2 date akan diadakan upacara untuknya dan salah satu lokasinya adalah di pantai prangtrtis di Jogja..mgkn DJ boleh google mengenainya...

      kalau ke Karang Taraje, kita boleh panjat karangan ini..next entry saya akan share mengenainya...

      Delete
  4. Lantai simen... huhuhuu... tengok gambar pun dah jatuh cinta kot aman damai jer.. sungai macam teh tarik susu pekat tu pun nampak bersih tapi ada ikan ke dalam tu? huhuhu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaflah TT, memang tak tahu nak guna istilah apa utk 'lantai simen' tu :D err bab ikan tu tak pasti pula, ada kot...cuma tak nampak pun sapa2 dok mancing kat situ, yg mancing kat tepi laut adalah...

      Delete
    2. Oh okay understood :D nanti kalau ada rezeki kat sana boleh sendiri try ada ikan ke idok huhuhu :P

      Delete
  5. Ombak pantai selatan memang sangat kuat mbak Zilla. sudah banyak wisatawan meninggal, terseret ganasnya ombak pantai selatan. Saya pernah sekali dulu ke Bayah dari Bogor naik public transport, susahnya minta ampun....kapok ngak mau sekali-kali lagi. ngak ada direct bus ke sana. Btw baru tahu ada paket wisata ke sawarna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu gunadi..jadinya kalau mau mandi2 di pantai selatan harus hati2....saya blh bayangkan gimana keadaannya..dgn macet, kondisi jalan, aduh mmg perit, kan?? :D

      Delete
  6. Sampai jugak Zilla ke pantai Timang.... nmpk gaya kena repeat g Jomblang skali lagi la ni, pastu boleh singgah pantai timang. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia, PM..jarangnya dari Jomblang bukannya dekat..jauh giler dan kondisi jalan agak teruk...tak ramai supir yang tahu lokasi timang ne, PM..kami sendiri pun 2x sesat barulah bertemu dgn pantainya...view mmg ohsem, berbaloi dgn perjalanannya...wajib repeat, PM :D

      Delete
  7. ya betul zilla...kapan mau nikah? alergik betul dengan soalan tu... pengalaman sekali dulu nak ke nol km di pulau sabang, jenuh nak hilang pening kepala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. grrr..kapan mau nikah?? emm, doain aje saya..Insyallah, bila tiba saat itu pasti saya jemput :D

      Delete
  8. pantai roro kidul takleh buat main..mmg ganas ombaknya.. penah pegi pantai parangtritis kat jogja..mmg takutttt

    ReplyDelete
  9. Hiksss baru 17 thn ya so mana boleh nikah lg pak belum cukup umur ahaha zilla. .zilla
    7 jam perjalanan tu waduhh boleh dpt rasa kesusahan dgn jln macam tu kan
    Ape? Trip permulaan so ada chance lah Jm join trip ngan zilla nanti :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee..memain aje tu JM...umur dah nak masuk 80 dh ne ;-)
      tu baru ke Sawarna, JM...kawan saya kata kalau ke Ujong Kulon, treknya lagilah haru...sampai saya pun dok pikir berkali2 ne, nak p ke, tidak...seriau dgn jalan hehehe...

      *ada rezeki, Insyallah boleh je..tu pun kalau sudi nak mengadap saya yang hati kering ne..

      Delete