Pages

Tuesday, May 13, 2014

Transjava 2014 (Part II) : Karang Taraje, Legon Pari & Goa Lalay, Sawarna

26.04.2014 : Sawarna - Jakarta


Dah hampir 2 minggu, mudah-mudahan kesihatan akan beransur ok...

***

Entry ini sangat panjang dan banyak gambar...

Hari kedua di Sawarna merangkap hari terakhir kami di sini. Plan hari ini nak tengok sunrise di Karang Taraje. Demi sunrise kantuk mata pun sanggup dilepaskan. Lepas Subuh kami trekking menuju ke Karang Taraje dengan jarak lebih kurang 2km dari homestay kami. Haih, ingatkan treknya mudah tapi majoriti daripada kami sekurang-kurangnya sekali jatuh mencium tanah (termasuklah saya) kerana treknya yang licin.

Target saya memang nak kejar sunrise. Tak kisahlah kawan-kawan dibelakang dok berposing sana-sini; memang jauh mereka ini tertinggal. Sayangnya sunrise tak kelihatan kerana awan agak tebal pagi tu. Sunset tak dapat, sunrise pun tak dapat; kiranya memang bukan rezeki saya dan kerana itu "sawarna, tunggu aku kembali...".
Layan beberapa keping gambar di Karang Taraje.
Bukit karangan..
Karang Taraje ini merupakan bukit karangan yang tinggi dan luas. Jadinya untuk ke atas, ini aje caranya; panjat anak tangga buluh.
Nyaris ditampar ombak keras pantai selatan. Mujurlah sempat melarikan diri saat ini. Pesan guide "awas, sekali kamu terpeleset ke bawah nggak ada siapa yang akan sudi menyelamatkan kamu..."
 View yang sememangnya ohsem..patutlah ramai yang jatuh cinta dengan keunikannya..
 Gelagat kawan-kawan saya..

Gara-gara air laut semakin pasang dan membajiri karangan, guide mengarahkan kami untuk turun dari situ dan kembali ke Legon Pari.
Sebenarnya untuk ke Karang Taraje kita akan bertemu dengan pantai Legon Pari terlebih dahulu. Tetapi kerana berkejar untuk sunrise, kami memang tak stop pun di Legon Pari. Jadinya, sebelum ke Goa Lalay kami ambil keputusan untuk lepak dulu di Legon Pari; santai-santai di sini sambil layan breakfast.
 Pantai Legon Pari
  
Layan coklat panas dan bakwan atau kalau di Msia kita panggil jemput-jemput sayur.

Perut dah kenyang, kami bergerak menuju ke Goa Lalay pula (1.4km dari Legon Pari). Haih, trek memang hancur teruk tetapi yang menariknya sebahagian dari trek perlu melalui sawah padi yang sedang menguning, memang cun (teringat trekking menuju Bomod-Ok tempohari huhuhu).
Sebahagian trek, ini ajelah gambar yang ada sebab lepas tu kamera kena simpan kemas-kemas dalam beg; treknya teruk sungguh.

Saya ada terbaca di dalam satu blog, di Gua Lalay ini sebenarnya didiami oleh king cobra. Sejujurnya saya takut nak masuk tetapi saya segan nak bagitahu kawan-kawan yang saya tak nak masuk. Jadinya, dengan "duggg..dappppp...dugggg..dappppp" dan "Bismillah.." saya pejamkan mata dan ikut ajelah yang lain masuk ke dalam gua. Kami terus masuk ke dalam dan tiba-tiba pak guide berhentikan kami "ada ular air....". Kami yang perempuan ne mulalah merapat dan dok push pak guide bawa kami keluar manakala Vishnu pula sibuk dan masuk lebih dalam. Ya udah, dok "pung..panggg...punggg..panggg" di situ akhirnya ladies memang nekad untuk keluar tanpa Vishnu dan pak guide. Tak sanggup nak membayangkan yang bukan-bukan huhuhu. [gambar-gambar dalam gua semuanya berada di dalam kamera mas Bentung].
Gua Lalay [source : Bantendiscovery].
 Jambatan gantung antara trek yang perlu ditempuhi untuk ke Gua Lalay. Ada yang histeria haritu sebab takut melintasi jambatan gantung hohoho.
 
Jom kembali ke pangkal jalan homestay.  Betisku udah start sakit-sakit saat ini huhuhu.

Kami bertolak kembali ke Jakarta selepas Zohor (sekitar jam 12.30pm). Separuh dari perjalanan saya pengsan kepenatan. Sedar bila mobil udah memasuki Sukabumi gara-gara super-duper macet di sana sampai supir terpaksa mencari jalan alternatif untuk mengelak macet di situ. Melintasi Bogor, jalan agak clear cuma bila dah memasuki Jakarta, biasalah sekali lagi kami tersangkut dalam macet hingga ke UKI. 

Asalnya malam itu mbak Aliya ajak saya bermalam dirumahnya tetapi malas nak menyusahkan orang saya akhirnya nekad untuk ke 16 Degrees Hostel di Cikini Raya, Jakarta Tengah. Mulanya risau jugalah dengan kos teksi tetapi oklah kot dari UKI ke Cikini, kos teksi sekitar Rp49,000. Dahlah main serbu aje 16 Degrees, mujurlah ada 2 katil yang kosong. Dah tak kisahlah macam mana keadaan biliknya, asal dapat bilik untuk mandi dan solat itu dah lebih memadai. Untuk penginapan ini saya akan buat entry berasingan.

Pengsan malam tu tanpa makan malam; zzzZzzzzzzzzzzz

Info tambahan :
Pakej Sawarna - > triphemat.com
* Untuk pakej ini kawan-kawan dikehendaki untuk transfer downpayment sebanyak 20%.

*bersambung untuk hari seterusnya.

11 comments:

  1. Zilla, nanti kalau nak repeat jgn lupa ajak eh

    * kesat liur, meleleh tgk gambar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM, nak p sinun bila?? kalau betul nak p saya boleh arrange kan sebelum awak ke sana...tapi kita naik public transport..amacam?? ;-)

      Delete
    2. nak ikut jugak!!!
      walaupun cuti dah nyawa2 ikan... haha

      Delete
    3. nak ikut bleh ? huhu...cambes..

      Delete
  2. Ayat guide, xde yang sudi selamatkan kamu. Ngeri ok. Tengok ombak tu pun dah kecut perut xtaula kalau in real.

    Btw, get well soon Zilla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sentap jugalah dgn ayat tu, BB hehehe tapi sebenarnya bila tgk ombak yang bsar nak p dekat pun tak berani..takut tersadung ke apa tak pasal2 je nanti huhuhu...

      Delete
  3. Kira berani lah Zilla ni.. kalau akak masuk gua yg advanture macam ni dah lama surender .. duduk tunggu kat luar jer lah..

    Subahanallah cantik sungguh pic yg zilla hidangkan untuk menjamu mata akak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nggaklah kak..kecut perut dan dari mula dok membayangkan akan terpijak ekor ular atau ular dok bermain2 di betis huhuhu...

      *terima kasih kak...

      Delete
  4. Bestnyaaa...Gambar cantik2 belaka...;)

    ReplyDelete