Pages

Wednesday, May 14, 2014

Transjava 2014 (Part III) : Penginapan di Jakarta & Bandung

Transjava 2014 (Part II) : Karang Taraje, Legon Pari & Goa Lalay, Sawarna

Tiada perancangan khusus untuk penginapan. Saya book di tempat lain dan bila hari kejadian saya ke tempat lain dengan mengikut kata hati saya.
Ini bukanlah kali pertama saya menginap di sini; dah jadi customer tetap pun.Penginapan di sini memang sentiasa penuh kerana lokasinya yang dekat dengan Stasiun Gambir. Jadinya, baiklah book awal-awal, tak perlu nak buat konsep 'aci-redah' sebab silap haribulan mau kena cari hostel lain.

Oleh kerana saya memang tak plan nak menginap di sini, jadinya saya sekadar mencuba nasib. Kalau takde bilik, memang saya ke Jl.Jaksa atau pun kekal dengan plan asal untuk  menginap di Hunny Backpacker. Seperti yang dah saya cerita di last entry, kebetulan ada dua katil kosong (sayangnya private room dah full). Satu di normal dorm (katil double-decker) dengan harga Rp120,000/night dan satu lagi di capsule dorm dengan harga Rp150,000/night. Fikir berkali-kali akhirnya saya setuju untuk lepak di capsule dorm (konon nak lebih privacy). 
My bed

Ini pengalaman pertama saya bermalam di capsule dorm. Emm, apa yang pasti memang selesa habis. Nak buat apa pun takde mata yang memerhati. Cuma satu yang tak best, saya tak kenal pun siapa teman-teman sebilik saya (macam mana nak kenal, kalau kerja membuta sampai ke pagi hehehe).
Locker juga disediakan manakala untuk menyimpan backpack, ada ruangan disediakan di bawah katil masing-masing.
Nampak aje kecil tapi hebat. Mula-mula pasang juga sebab takut panas alih-alih tengah malam terus off suis..Giler sejuk derang pasang aircond huhuhu.
Breakfast percuma.

Untuk makluman kawan-kawan, hostel ini memang dekat gilerlah dengan Taman Marzuki Ismail. Kalau nak ke Stasiun Gambir, ambil aje bajaj dengan harga Rp15,000 - Rp20,000 (pandai-pandailah tawar). Kalau nak ke Grand Indonesia dari sini pun boleh. Macam biasa ambil bajaj dengan kos sekitar Rp25,000 - Rp30,000. Untuk ke Tanah Abang atau nak ke Kota Tua, naik aje komuter dari Cikini Station (menapak dalam 10 minit).

Kalau dari Gambir Station ke hostel ini, bagitu aje pak supir bajaj atau pak ojek nak ke Texas Chicken, Cikini. Tahulah nanti pak supir tu nak berhenti di mana. Kalau sebut nama hostel memang jenuhlah, kecuali pak supir memang dah biasa dengan hostel ini hehehe.

Dari Jakarta kita ke Bandung pula.

Awas, hostel ini hanya untuk perempuan sahaja kecuali kawan-kawan menyewa keseluruhan hostel ini. Itu pun hanya untuk family, dengan kawan-kawan berlainan jantina jangan haraplah. 

Buat makluman kawan-kawan, hostel ini terletak di seberang Terminal Dago. Cara terbaik untuk ke sini adalah dengan menaiki angkot (Rp3,500/one way) untuk route Stasiun Hall (station keretapi Bandung) - Dago. Nantinya minta aje driver angkot tu stop di Terminal Dago (tak bagitahu pun takpe sebab memang last station adalah di Terminal Dago). Namun, last angkot dari Stasiun Hall ke Dago adalah pada jam 6.00pm dan first angkot menuju ke Stasiun Hall adalah pada jam 4.00am. Kalau terlepas, silalah naik teksi bermeter dengan kos tidak lebih dari Rp50,000 (saya tempohari kena Rp39,000).
Agak keliru sedikit dengan arahan yang diberikan dalam webnya. Kalau kawan-kawan teringin nak menginap di sini, ikut ajelah map yang saya lukiskan ne. Make sure masuk lorong di sebelah kedai handphone. Masuk aje lorong ne, dah boleh nampak bangunan Dago Inn.

Di sini, saya ambil single room dengan harga Rp75,000/night (lepak di sini 2 malam). Lagi satu yang kawan-kawan perlu tahu mengenai hostel ini, tidak boleh walk in. Bilik kena book dari awal dan bayaran penuh perlu dilakukan untuk 'lock booking'. Saya tempohari agak bernasib baik (syukur semuanya dipermudahkan) sebabnya saya dah pun berinteraksi dengan Farah (pemilik hostel ini) lewat sms dari awal. Mungkin kerana itu, beliau 'sudi' menerima saya sebagai salah seorang tetamunya.
 
Kamar saya, bilik memang bersih dan simple (paling penting tilamnya empuk giler :D). Berbaloi-baloi...
Cuma ada gobok kecil untuk simpan barangan peribadi.

Kemudahan di sini agak lengkap dengan kemudahan dapur dan laundry (Rp20,000/kg). Kemudahan internet memang takde di sini, kalau nak pakai sangat boleh singgah di cyber cafe hehehe. Breakfast juga tidak disediakan tetapi kawan-kawan boleh ke Terminal Dago kerana setiap pagi bermula dari jam 4.00am (kalau tak silap saya) ada pasar pagi dengan pilihan pelbagai pilihan juadah. Tepuk dada, tanya selera aje nak try mana satu (jangan lupa try karipap yang dijual disini; giler sedap ok, menyesal beli sebiji je huhuhu!!)

* untuk penginapan di Jogja, Ranu Regulo dan Bromo tunggu next entry.

4 comments:

  1. motif letak gambar meterai tu?haha. simpan elok2 meterai tu, nanti sampai masanya boleh guna kan,hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenet bengong malam tadi, pijah..rasanya dah save as draft tetapi pelik macam mana blh terpublish..mujur pijah tegur, kalau tidak mmg tak sedar pun meterai tu dah muncul kat sini huhuhu...

      Delete
  2. murahnya penginapan. bisa dijadikan rujukan nanti. thanks

    ReplyDelete