28.04.2014 : Bandung
Transjava 2014 (Part III) : Penginapan di Jakarta & Bandung
Bandung - heaven untuk kaki shopping. Hakikatnya, kota ini menawarkan lebih dari itu.
Saya singgah di kota hanya untuk mengambil hiking shoes dan sleeping bag yang saya kirim pada adik saya, Wawa yang kebetulan berada di Bandung sebelum berangkat ke Jogja.
***
Transjava 2014 (Part III) : Penginapan di Jakarta & Bandung
Bandung - heaven untuk kaki shopping. Hakikatnya, kota ini menawarkan lebih dari itu.
Saya singgah di kota hanya untuk mengambil hiking shoes dan sleeping bag yang saya kirim pada adik saya, Wawa yang kebetulan berada di Bandung sebelum berangkat ke Jogja.
***
Bangun pagi tu, tak tahu nak buat apa sebab saya janji dengan Wawa untuk berjumpa dengannya sekitar jam 11.30am di Pasar Baru. Nak lepak aje dalam bilik, boleh mati kutu. Teringat saranan Dede Ruslan, katanya kalau ke Bandung jangan lupa singgah di Dago Pakar. Mujurlah pulsa masih berbaki, saya on mobil data dan terus google info berkaitan Dago Pakar. Tengok gambar dari blog
[Sumber : Ratu Villa]
Gerbang Taman Hutan Raya.
Melepasi gerbang masuk, saya dah cuak errr memang dah diluar imaginasi. Kesimpulannya memang tak berani nak jalan sorang-sorang; benar-benar hutan ini. Pak ojek turunkan saya di Gua Belanda. Selebihnya saya perlu trekking untuk ke Curug Omas. Cuak, err masuk hutan sorang-sorang?? Itu Pasti, itu tidak akan berlaku. Saya offer dengan pak ojek, untuk jadi guide saya haritu. Biarlah keluar duit lebih asal saya ada teman. Kawasan hutan ini, tak boleh nak memandai sendiri. Sekali lagi tawar-menawar berlaku, pak ojek akhirnya setuju dengan offer saya Rp70,000 untuk jadi guide. Namun, saya markup kepada Rp100,000, dengan syarat bawa saya ke Curug Dago.
Gua Belanda. Ada juga Gua Japan namun berada di lokasi yang berasingan (saya tak singgah pun, malas).
Hutan pokok pine.
Akhirnya, dengan perjalanan hampir 30 minit kami tiba di Curug Omas.
Sedikit info mengenai Curug Omas ini.
Opps, jangan happy dulu sebabnya kalau nak tengok curug ne kena menapak pula ke jambatan kedua. Buat makluman kawan-kawan, kawasan sepanjang lokasi ini telah dipagar kerana banyak yang telah terkorban dibawa oleh arus saat mandi-manda di sini.
View ini yang menyambut saya. Cantik, cuma yang tak berapa nak cantiknya sampah yang dibawa oleh sungai ini huhuhu.
View jambatan kedua dari jambatan pertama.
Jom ikut saya ke jambatan kedua.
Syukur untuk cuaca yang indah pagi itu.
Inilah Curug Omas dari jambatan kedua (yang kelihatan itu, jambatan pertama). Tinggi air terjun ini dan memang lencunlah dibuatnya. Kalau berhajat nak ke sini silalah bawa baju hujan..
Tak lama pun di jambatan kedua. Tudung pun dah lencun. Mujur jugalah saya pakai windbreaker so untuk pakaian, semuanya selamat. Seterusnya, jom ikut saya kembali ke jambatan pertama dan cuba seberanginya. Apa yang pasti, memang gayat bila berada di tengah-tengahnya huhuhu.
Gerai makan pun banyak di sini.
Dalam 1/2 jam jugalah saya di sini. Puas sebab impian tercapai. Cuma satu aje yang saya harapkan, buatlah sesuatu dengan timbunan sampah-sarap yang dibawa arus sungai. Sayang, mencacatkan pemandangan.
Seterusnya saya minta pak ojek bergerak ke Curug Dago. Tak jauh pun, sekitar 10 minit sahaja dari hostel penginapan saya. Kita tengok pula macam mana keadaannya. Indah bagai dikata atau sebaliknya...
Curug Dago
Persepsi pertama bila tiba di Curug Dago, frust. Selain dari perlu menuruni anak-anak tangga yang anggap curam dan bikin gue semput keadaan curug itu sendiri. Airnya dah seperti warna teh tarik. Menurut pak ojek, longkang-longkang dari kediaman berhampiran dihubungkan terus ke curug. Namun, walaupun airnya sekeruh itu tetap menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk memancing, berkelah dan sebagainya. Tak lama pun saya di sini, tidak ada hati untuk berlama. Saya ambil keputusan untuk kembali ke Dago Inn untuk menukar tudung dan selepas itu, ambil angkot terus ke Pasar Baru untuk bertemu Wawa. Setengah hari menghabiskan masa dengan Wawa dan rakan-rakannya shoppig dan sebagainya (tetiba rasa dah jadi tour guide lah pula huhuhu). Malam itu cuma lepak di hostel, layan tv bersama Mama Sharifah.
*bersambung
Tak pernah dengar tempat ini.. canti juga.. gambarr...
ReplyDeleteayuhlah miftah..explore tempat lain pula....merapi dan kawasan sekitarnya udah boleh tutup buku :D
DeleteHebat anda...
ReplyDeletetidak...saya tidak layak utk itu..ramai lagi yang lebih hebat dari saya...
Deletelawa gambo air terjun zilla
ReplyDeleteterima kasih, SM
DeleteCantik nya gambar2 air terjun !
ReplyDeleteBaru first time dgr psl tempat ni, harus singgah kalau ke Bandung.
wajib singgah kalau ke Bandung, Jea...alang2 dah sampai FO di Jl. Dago tu lajak je terus ke depan..dah dekat sangat tu ;-)
DeleteCantik banget air terjun tu... cekap betul Zilla explore tempat2 menarik...
ReplyDeletekawasan sekitarnya pun cantik, En.Mie...kawasan ini mmg terjaga..cuma sayangnya sampah sarap yang dibawa oleh air sg tu yang tak terkawal..sayang sungguh!! :-(
DeleteAdehhhh...meleleh tgk gambar super cantik. Daebak!!
ReplyDeleteterima kasih, cikgu!!
DeleteSelalu klau baca blog org g bandung mesti citer shopping idak pun tangkuban perahu or kawah putih. Bila tgk trip zilla mmg ada kelainan coz Jm pun x tahu akan kewujudan tempat ni. Sbb tu Jm ckp klau travel ngan zilla mesti best :-)
ReplyDeletesaya adalah manusia yang sgt membosankan jadi jgn sekali-kali membayangkan seperti itu, JM...kalau google, byk tempat menarik di sekitar kota Bandung itu sendiri cuma jarang kurang diberi pendedahan kecuali info itu kita perolehi dari local...
DeleteMbak Zilla memang selalu beda dalam menentukan destinasi pengembaraan. Terbaik.
ReplyDelete