Pages

Saturday, June 7, 2014

Transjava 2014 (Part XIII) : Museum Sisa Hartaku, Desa Kepuharjo

Transjava 2014 (Part XII) : Sunrise Merapi

Museum Sisah Hartaku - ini merupakan salah satu persinggahan di dalam tour pagi itu. Waktu kami ke sini, memang takde siapa pun kecuali kami berempat (mungkin kerana terlalu pagi). Mengenai bayaran masuk, free. Namun di satu sudut ada disediakan kotak sumbangan untuk membolehkan pengunjung memberikan sumbang seikhlasnya.
Muzium ini dahulu merupakan salah satu rumah milik warga Desa Kepuharjo iaitu Pak Riyanto.  Langkah kami ke dalam museum ini disambut oleh rangka 2 ekor lembu yang katanya memberi makna kepada keluarga Pak Riyanto.

Kali ini biarlah gambar pula yang bercerita..
  
Jam erupsi Merapi; saya sentuh jam tersebut dan terasa tak percaya dengan apa yang saya lihat dan rasa saat itu..
 
Sebahagian dari alatan memasak yang berjaya dikumpulkan.
 
Tasbih..
Tv ini masih sempurna sifatnya...
 Tak tahulah ini tengkorak apa.. Kambing?? Anjing?? Saya takde idea..  
 Ini pula dibilik berasingan.. "Syukuri hidupmu" ...
 VCD/DVD player yang sebahagian daripadanya mencair dan disaluti lava..
 Saki-baki cawan
 Ini diruangan belakang..keluar dari pintu terus kami lari ke depan..haih, anak anjing nak bermanja la pula :D
 Ini diluar muzium..
Kami..

Plan asal, dari Merapi kami akan singgah di Ullen Sentalu, Borobudur dan beberapa tempat lain tetapi kami tersangatlah mengantuk dan penat. Dalam kepala memang fikir nak sambung tidur. Oleh kerana itu, selesai aje offroad, kami minta Mas Irwan hantar kami terus ke hostel. Tak payahlah nak singgah di mana-mana. Penat sangat. Agenda harini memang cancel. Kami minta Mas Irwan datang pick up kami untuk ke airport jam 3.00pm. Biarlah, bagi masa untuk supir berehat sama.

Konon nak tidur, kan? Takde maknanyalah. Sampai hostel, dok bantai berborak dan kami gerak ke rooftop untuk breakfast dan lepas tu terus bersiap. After checkout dan tinggalkan backpack di hostel kami menapak ke Jl.Malioboro. Ada peristiwa di sini. Kami dikejar oleh orang kurang siuman. Siap lari masuk kedai jual bakpia untuk selamatkan diri. Yang bestnya mamt tu pun turut kejar kami sampai ke dalam kedai. Waaaaaaaaaaaaa. Cuak giler kat sini. Bila ditanya-tanya oleh petugas di kedai ini, katanya salah seorang dari kami janji nak bagi duit dekat dia. Hah?? Bila pula?? hahaha. Selagi tak hulur duit, selagi itulah dia dok dalam kedai tu dan kami juga tak boleh nak kemana-mana. Akhirnya, tasyha hulurkan duit kepadanya. Itu pun katanya tak cukup. Nak lagi?? Hehehe. Setelah dihalau berkali-kali oleh petugas kedai, beliau bergerak keluar.

Ingatkan line clear rupanya dia dok pantau kami dari arah bertentangan. Sudahlah!!! Takkan nak jalan, memang tak berani. Jadinya, kami tahan becak dan lepaskan Fieda dan Yana. Yupp, mamat tu memang dok target Fieda. Bila nampak budak berdua tu dah lepas baru dia lepaskan kami dan bergerak meninggalkan kawasan tersebut. Cuak juga, kot2 mamat tu tunggu kami di Malioboro pula huhuhu. Tak lama lepas budak berdua tu lepas, kami berjaya mendapatkan becak untuk kami bertiga. Hah, jangan memain memang kami naik bertiga becak tu. Sian kat bapak tu tapi nak buat macam mana dia juga yang paksa kami bertiga untuk naik becaknya huhuhu.

Apa yang kami cari di Maliboro?? Kembali singgah di kedai outdoor dan kawan-kawan mencari ole-oleh untuk dibawa balik. Saya sendiri hanya beli bag untuk anak buah. Untuk diri sendiri? Memadai dengan poskad dan kenangan. Cukuplah.

***

Nampak gayanya dah boleh tutup buku untuk transjava ini. Trip berikutnya adalah pada bulan September nanti untuk tempoh 2 minggu. Ke mana? Boleh jadi ke mana aje. Dalam tempoh ini, kena duduk diam-diam. Maklumlah cuti saya pun dah dibekukan sampai Ogos nanti huhuhu.

Sekian.

*kalau rajin nanti saya share total hangus untuk trip ini. Kalau rajinlah ye..tak janji...

11 comments:

  1. alamak cuaknya kalau jumpa dengan orang camtu..lebih lebih lagi kat tempat orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih dari cuak mrs.smile...mujurlah ada orang yang sudi bantu kalau tak tahulah apa akan jadinya seterusnya...

      Delete
  2. Kena kejar dengan orang gila? Perghhhh kalo ingat balik mesti gelak sendiri kan zilla

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak kejar, tapi dia ngekor hehehe...haruslah, cikgu..lebih2 lagi kalau diingat reaksi memasing macam mana :D

      Delete
  3. perjalanan yang kedengaran memenatkan tapi menyeronokkan dan penuh dengan adventure. sangat suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima ksih, Shir...bila kita enjoy dgn setiap langkah yang kita ambil, penat tu mmg takkan terasa :-)

      Delete
  4. Gambarnya hitam putih, cantik dan klasik. Segila-gilanya orang, tahu saja kalau urusan uang ya Mbak Zilla..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...urusan uang, langsung jadi bijak mas nggak kira apa statusnya :D

      Delete
  5. mesti ada cerita pasal jam erupsi tu, kan Zilla? tak nak share ke?

    *apa Fieda dah buat sampai jadi target dengan mamat tak siuman tu? menakutkan betul..

    ReplyDelete
  6. admiring ur black & white :)
    kenapa cantik sangat sangat semua gambar kamu ni? hihhihi
    norh jeles tau..

    gila tak cuak kalau kena kejar dgn org gila..tapi mesti tergelak2 sendiri bila dikenang2 kan..

    ReplyDelete
  7. teringat mbah marijah tewas di rumahnya dengan posisi sujud saat merapi erupsi :(

    ReplyDelete