Transjava 2014 (Part XII) : Sunrise Merapi

Thursday, June 05, 2014

05.05.2014 : Jogja - KL


Hari terakhir. Flight kembali ke KL jam 5.++pm. Masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya.

****

Baru 2jam terlena, alarm hp dah pun menjerit. Aduhhh, rasa macam nak campak je hp ke dinding; memekak sungguhlah, orang ngantuk... Tak nak p boleh tak?? huhuhu

Agenda pagi ne nak layan sunrise. Plan asal nak layan di Punthuk Setumbu tapi bila tengok gambar-gambar sunrise dari balik Merapi kami terus tukar fikiran. Mas Irwan (supir kitaorang) booking tour Merapi. Itu pun katanya harga sekitar Rp400,000 - Rp500,000. Doklah merayu dengan beliau untuk dapatkan harga Rp400,000; akhirnya berjaya - serius tak tahu berapa harga asal untuk tour ini.

Takde nak mandi-mandi dah. Basuh muka, bersiap dan terus berangkat. Hanya kami bertiga aje pagi ini. Ada yang demam dan seorang lagi tak berapa nak sihat. Tak mengapalah. Masuk mobil, terus kami hanyut, sedar-sedar dah sampai pun Kg Kinahrejo di mana tour ini bermula. Kami berangkat menuju Batu Alien untuk sunrise selepas menunaikan solat Subuh.
View Merapi yang menyambut kami pagi itu

Sayang, tanah Jawa telah memasuki fasa awal kemarau. Jadinya, keadaan tak berapa nak clear; kabut agak tebal. View Jogja tak berapa nak kelihatan. Mujur jugalah matahari tetap menebarkan cahayanya.
Terus menanti akhirnya cahaya yang terhasil pagi itu sangat memukau. Ini pengalaman pertama saya untuk sunrise seperti ini. Menurut guide kami pagi itu, kalau langit clear cahaya yang terhasil akan membentuk warna-warna pelangi dan terus terpantul di Merapi tapi sayangnya kami tak dapat moment itu kerana kabut.
Tak tau nak kata apa..indahnya...
Kami bertiga sahaja pagi ini.
Akhirnya, muncul juga. Tu pun sat je dah hilang huhuhu.
Dulu, ada air terjun di sini tetapi lepas letusan 2010 inilah hasilnya.

Sebenarnya untuk sunrise, bukan di sini lokasi terbaik. Biasanya pengunjung akan dibawa ke area batu panas (tak ingat samada batu atau apa tapi belakangnya memang panas) tetapi kerana Merapi berada di tahap siaga II (pagi itu), kami tak dibenarkan menghampiri kawasan tersebut. Tak kisahlah asalkan tak perlu nak melalui peristiwa 2011huhuhu.

Settle sunrise, kami berangkat untuk off-road pula.
Kami lagi.
Kecut jugalah perut tapi best. Cuma kejap sangat tak berapa nak puas hehehe.

Kami tiba di satu kawasan lapang (tak tahulah apa nama tempatnya, tak ingat pun nak tanya) untuk view Merapi. Guide kami memang photographer hebat, sat di suruh beraksi begini, sat lagi begitu. Haih, first time dalam sejarah saya beraksi begini sebabnya saya memang jaraaaaaaanggggggg dan tak berapa sukaaaaaa sangat nak bergambar. Layan  ajelah walau tak berapa nak ikhlas huhuhu.
Merapi yang aktif.

*bersambung

You Might Also Like

26 comments

  1. Cantiknya sunrise kat merapi tu.

    ReplyDelete
  2. memang indah..untungnya zila dapat pergi :)

    ReplyDelete
  3. waw sangat2 indah merapi nih, punthuk setumbu lagi best zila melihat borobudur dari kejauhan sudah pernah kah? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. puthuk setumbu udah pergi 2 tahun lepas, dede..ini 1st time untuk sunrise di merapi..

      Delete
  4. cantiknyaaaa pancaran sinaran sunrise tuuu.....fuhh....

    ReplyDelete
  5. Subahannallah Zilla .. memang cantik sungguh sunrise itu.. Akan minta izin simpan gambar tu ye :)

    ReplyDelete
  6. Naik Jeep itu mengerikan..Mbak Zilla. takut jatuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...nggak jatuhlah, 'sabuk pengaman' nya kan ada...dipakai aje agar nggak bisa jatuh hehehe

      Delete
  7. eh... 1st time tengok sunrise camni. cantiknya subhanallah... bertuah zilla dapat tengok depan mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm lukisan waktu sekolah2 dulu..mcm tu lah rupanya kalau kena lukis matahari, betul tak?? ;-)

      Delete
  8. View gunung ni lah favorit tiap pagi.. heheh. cantiknya sunrise tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh, emang rumahnya dipinggir merapi atau apa ini?? :D

      Delete
  9. Klasik tol gambar bayang bertiga tu...he..he.. zilla memang suka mountain climbing ya...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak..segan haih!! :D

      nampak gayanya begitulah kak..dah terbiasa dgn aktiviti seperti ini dari zaman sek lagi..

      Delete
  10. Kita terpesona keshahduan dan keindahan kekadang kita lupa maha penciptanya subhanAllah.

    ReplyDelete

Subscribe