Pages

Wednesday, October 15, 2014

Journey to heaven 2014 (Day 7 - Part I) : Sekitar Wanaka, South Island

06.09.2014 : Wanaka - Queenstown

Journey to heaven 2014 (Day 6 - Part II) : Fiordland National Park, South Island

Hari-hari terakhir di South Island. Esok dah nak balik *sebak!!

Tak puas, kalaulah boleh tinggal terus di NZ..

Untuk aktiviti di Wanaka memang saya nak ucap terima kasih banyaklah pada kekawan sebab sanggup tukar itinerary untuk saya *terharu. Walaupun tak sempat nak terjah Glenorchy (ne memang betul2 nanges sebab tak p) tapi saya betul-betul puas hati. Sekurangnya, ada alasan 4 tahun lagi saya nak repeat South Island; 3 benda yang nak sangat saya buat di sini, trekking di Milford Track & di Mount Aspiring National Park dan explore Glenorchy.

***

Hari yang sangat baik di Wanaka pagi ini tapi suhu memang drop habis. Merasalah sentuh fresh snow (terasa nak buat ABC je) di sini (walaupun tak banyak tapi jadilah..). Pagi ini perlu bersedia lebih sikit sebabnya kami nak mendaki Mt. Roy. Nasi impit dan kuah kacang kami dah masak siap-siap malamnya sebelum tidur. Pagi ini cuma nak goreng karipap dan sediakan breakfast untuk alas perut sebelum mendaki.
Cherry blossom di hadapan hostel.

Part paling best, walaupun nak mendaki gunung (estimate 5-6j/return) kami boleh singgah macam-macam tempat pagi tu hehehe. Siap ke Albert Town sebab tergoda dengan view yang terpampang di airport dan try cari satu lokasi menarik untuk Lake Hawea (tapi tak jumpa) serta singgah di Puzzling World, Wanaka.
View di Lake Wanaka. Dah start busy di sini maklumlah dah masuk spring.
B&W di Lake Wanaka.

Seterusnya kami bergerak mencari lokasi misteri di Albert Town. Singgah dulu di Lake Hawea Dam. Ada satu tempat cantik kat area empangan ne. Patutnya boleh turun di situ tapi entahlah tak jumpa pula pintu masuknya di mana. Frust sedikit hehehe.
Lake Hawea Dam - sini pun dah jadi tempat ternak biri-biri. Agak-agaknya dah berapa banyaklah bebiri yang terjun bunuh diri di sini huhuhu.

Dari empangan kami berpatah balik ke Albert Town. Ini memang aci redah ajelah sebab tak tahu di mana lokasi misteri untuk view memukau. Kami main masuk je simpang yang ada, alih-alih tersesat kat resort apatah. Stop situ untuk ambil gambar (jadilah dari takde, kan?).
Kawasan resort - nampak tak rumah di balik pokok-pokot tu? Hah, 20 tahun lagi  tu bakal jadi milik saya hehehe * berangan
B&W basikal tua - ehhh ada juga ekk basikal tua di NZ huhuhu
Tu semuanya ladang biri-biri.
Dot..dot yang kelihatan, tu semua biri-biri.


Dari Albert Town kami kembali semula ke Wanaka tapi sebelum tu sempat singgah di Puzzling World. Untuk PW, sorrylah memang takde gambar. Sila tengok entry zaman tok kaduk untuk entry mengenai Puzzling World.

*bersambung

6 comments:

  1. Ya Allahhhhh..cantik sgt!!!
    Untungnya kalau travel cuaca cerah cenggini kan...ingin nak jejak kaki sini..tapi tak taulah bila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kali ini cuaca sgt menyebelahi..cuma sekali jelah sempat rasa ujan renyai2..waktu singgah di te anau odw ke wanaka..selebihnya langit memang biru...nz, tak sahlah kalau tak ripit :D

      Delete
  2. pendeknya entry. tak puas baca... semoga cepat sambung. hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. John, takde mood dan malas..tu yang pendek sependek pendeknya hehehe

      Delete
  3. Tulah Zilla.. pendek sangat kali ni. baru tengah senyum tengok gambar yang cantik-cantik dah habis. Cepatlah sambung.

    ReplyDelete
  4. keterujaan sangat nie nak pegi sana!
    untung biri biri tu dapat duduk tempat cantik cengini huuuh..
    motip dengan biri biri pun nak jeles hahaha

    ReplyDelete