Pages

Friday, October 17, 2014

Journey to heaven 2014 (Day 7 - Part II) : Mount Roy, Wanaka, South Island

Entry sebelumnya -> Journey to heaven 2014 (Day 7 - Part I) : Sekitar Wanaka, South Island

Dari Puzzling World kami menuju ke Mt Roy.

Macam mana nak ke Mt. Roy?

Ikut aje direction ke Mt. Aspiring National Park. Lokasinya dari Wanaka dalam 6km. Nanti kita akan jumpa signboard kecik untuk Mt. Roy Peak Track.
Sila alert dengan signboard ne. Kalau orang rabun mcm saya yang pemalas nak pakai spek, sah akan terlepas sebab cinonet sangat signboardnya huhuhu.

Keluar dari kereta, view ini yang menanti kami..

Seram!!

Mana satu puncaknya?

Mana-mana pun boleh hehehe. Sebenarnya ada 2 puncak di sini, satu di belah kiri gambar, dan satu lagi di belah kanan. Puncak tertinggi adalah berketinggian 1,578m di atas paras laut. 

Grade : easy/moderate
Distance : 11km
Time : 5-6j/return

Tiada bayaran masuk dikenakan di sini. Memang best mendaki di NZ sebabnya tak perlu nak bayar apa-apa kecuali nak ambil guide (deposit aje dah NZD1,000). Trek pun memang cantik tersedia, so tak perlu nak risau sangat. Satu perkara yang agak menarik, haiwan terutamanya anjing memang tidak dibenarkan dibawa ke trek pendakia.
Entrance untuk Mt.Roy track. Pagar elektrik tu, awas kejung pula nanti kena renjatan elektrik kalau silap langkah.

Awal lagi kitaorang dah buat silap. Tak perasan adanya proper track. Kitaorang belasah buat trek sendiri ikut trek yang dibuat oleh kambing bebiri hehehe. Nak putus nyawa rasanya hahaa! Tahi kambing sahlah bersepah merata, takde maknanya nak elak. Treknya pula, haih siap merangkak sebab terlalu menegak. Nasib. Dalam dok payah macam tu, akhirnya terjumpa juga kami dengan trek asal yang disediakan huhuhu.
Satu-satunya toilet yang ada. Siap sedialah, buang apa-apa yang patut dari awal.
Di trek kambing hehehe.
Trek sebenar..

Trek di Mt.Roy ini dari awal menegak..menegak lagi...dan terus menegak dan berbentuk zig-zag (bayangkan lah sendiri macam mana). Langsung takde kawasan landai. Memang rasa macam nak terputus nyawa sebab mengah. Tak larat!! Kalau ada kawasan landai tu kira nasiblah.
Jauh lagi untuk ke puncak.
View di belakang kami, yang nampak putih-putih tu, itulah Wanaka.
Trek shortcut yang kitaorang buat sendiri.. Sungguh tak larat.
Kami lagi. Trek nampak best kan? Tapi jangan terpedaya. Mencanak naiknya tu. View dibelakang memang awesome. Inilah salah satu sebab kenapa ramai yang mendaki Mt.Roy, semuanya kerana viewnya yang memukau. 

Kami terus mendaki, cuma sesekali singgah berhenti untuk isi tangki errr minum dan alas perut dengan coklat, epal dan cekedis.
Berbaloi memerah kudrat yang ada demi view sebegini.

Sampai satu tahap, kami sepakat untuk berhenti. Maksudnya cukuplah takat tu. Puncak giler jauh lagi. Masa pun tak berapa nak ada. Tak kisahlah, walaupun separuh jalan sekurang-kurang lepas hajat kami nak mendaki di Mt.Roy dan lihat view Wanaka Valley dari atas. Memang dari awal kami tak letak target untuk sampai ke puncak.
Sebahagian dari Lake Wanaka. 

Kami cari tempat best untuk picnic. Tapi, macam mana nak picnic kalau merata penuh ngan tahi biri-biri kering. Bau abaikan ajelah, anggap ajelah bau-bauan yang ada tu bau alam hehehe. Jumpa pokok renek yang boleh kami berlindung dari matahari, bentang emergency blanket dan  buka bekal memasing; nasi impit dan kuah kacang hahaha.
Sebagai kenangan hehehe
Dalam geli-geleman dok berpicnic di kawasan biri-biri tapi nasi impit tetap licin hehehe [pic : fieda]

Perut dan kenyang, bergambar pun dah puas. Jomlah kembali ke pangkal jalan. Nak turun patutnya bestkan sebab trek memang menurun tapi yang tak syoknya, kena berlari untuk kurangkan 'sentapan' di lutut. Betis memang dah start pegal-pegal. Jari kaki saya sendiri dah start melecet, sakit. Kalau berjalan sah terasa sangat sakitnya. Nak tak nak memang kena berlari turun.
Jom turun!
Pandang belakang, haruslah ucap selamat tinggal untuk Mt.Roy. InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi.
Ingatkan tugu apalah yang derang letak kat sini, rupa-rupanya tu kubur. Cantik giler view dari sini.
View sebahagian dari Mt. Aspiring (agaknya lah kot hehehe).

Kami berjaya tiba di parking lot dengan selamatnya. Alhamdulillah. Walaupun, kaki dah start sakit-sakit tapi secara peribadi saya sangat enjoy dan puas. Dari Mt.Roy kami kembali meneruskan perjalanan.

* bersambung untuk perjalanan menuju ke Queenstown

18 comments:

  1. Zilla,
    PITAM tengok gambar2..kalau bebetul dkt sana tak sure lah mcm mana perasaan.Pengsan,bangun,pengsan balik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dayah, kalau ada kat sana nak pengsan tak sanggup..rugi!! hahaha

      Delete
  2. hi zilla...it is a good review of yr nz trip. best jer baca blog u ni...gambar pun blh memukau kolbu...hihihi. keep on writing...tak sabar nak baca lagi...setiap hari jenguk blog u. anyway blog u ni jadi guide for my trip to nz nnt. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon, terima kasih sudi singgah blog saya...harapannya begitulah, moga apa yang saya kongsi kat sini dpt mbantu kawan2...

      Delete
  3. Wah, gambarnya macam wallpaper di computer dekstop :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. err takde maknanyalah, Indra...wallpapaer utk dekstop sendiri boleh lah hehehe

      Delete
  4. klu N tunggu kt bwh je la..xsnggup nak naik mencanak begitu...

    tapi view die mmg puas hati giler tgk kan..cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. paksa rela ne Ann, sebab nak tgk view punya pasal hehehe...

      Delete
  5. Di trek kambing hehehe.

    * muka sekor2 pn dh cm kambing.... "tercenggang tgk makin mencanak naik"

    tp yg best nye sesat, dpt tgk arnab liar lari bertempiaran. gebu2 arnab nye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..trek kambing, muka kambing, badan pun bau kambing :D

      Delete
  6. penat takpe janji view awesome! fuhhhh~ bikin panas je nk pegi nz lgi nih. waktu ni tgh hari ke zilla?

    ReplyDelete
    Replies
    1. arghh John tak larat..cukuplah sekali tu..habis jari2 kaki melecet..giler punya trek hahaha...ahhh dah tghari time ne...tu yg terik semacam je gambar2 tu :D

      Delete
  7. Oh I miss New Zealand, such a beautiful country...everywhere you go, and the people are so nice.
    We visited NZ in end of 2011 and early 2012 and by far is our most favorite country that we had visited.
    Traveling Cows in NZ

    ReplyDelete
  8. alamak nasib baik cepat perasan track tu..
    tapi subhanallah puas hati dapat tengok view mcm tu

    ReplyDelete
  9. pics zilla mmg cantik2!! boleh buat wallpaper kt lptop.. hihii.. mmg berbaloi2 gagahkan diri panjat! =D

    ReplyDelete
  10. Masih dalam mode monelan air liur. Tabung New Zealand terpaksa di set upkan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  11. Masih dilema nak naik ke tak.. Hmm adakah sesukar plawangan sembalun??

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik je, tak salah mencuba..treknya mcm dalam gambar...sembalun tu kira utk hardcore sgt..yg ne simple je tapi trek panjang...

      Delete