Pages

Monday, November 3, 2014

Cuti-Cuti Malaysia : Rainbow Waterfall, Sg.Lembing, Pahang

Memburu pelangi di Rainbow Waterfall merupakan salah satu dari aktiviti wajib di Sg. Lembing.Oleh kerana lokasinya yang berada di tengah hutan, jadinya banyak operator di pekan Sg. Lembing menjalankan aktiviti off road dengan menaiki 4WD. Rata-rata operator menawarkan harga yang sama iaitu RM40 (transport, food & guide) dan RM45 (transport, food, guide, insurance).

Untuk ke air terjun, kami (saya dan Jard) minta pihak Time Capsule arrange untuk kami (senang cerita). 5.45am, kami dah dibawa bergerak menuju ke pekan Sg. Tembeling untuk breakfast terlebih dahulu. Hah, yang ne tak masuk dalam pakej tau. Banyak sangat masa, sempatlah untuk ke masjid untuk solat terlebih dahulu. Untuk breakfast, ada je warung yang boleh kita masuk. Kuih di sini, masih lagi RM1/3 biji (KL, jangan haraplah..). Saya cuma beli samosa ikan untuk dijadikan bekal dalam perjalanan. Lagi pun sebelum berangkat, kami dah alas perut dengan kopi dan biskut. Cukuplah tu.

6.35am, barulah kami bergerak menuju waterfall bersama-sama 12 orang yang lain. Mereka kata perjalanan ambil masa 45 minit je tapi 45 minit tu baru sampai di Xscape..
Singgah di Xscape Resort untuk foto-foto. Fuhh menggoda penginapan di sini. Cuma bila tau harga/night, gue pengsan...
Matahari yang mula munculkan diri. Best place untuk lihat sunrise adalah di Bukit Panorama.
                                     
Sebahagian dari trek yang kami lalui...
Owhhh ok, pengal-pengal satu badan..mujur kitaorang berdua dok seat belakang, adalah tempat bersandar...wpun jalan sikit punya teruk, tapi tido tetap tido hehehe..

Kalau tak silap saya, dalam 1.5jam jugalah perjalanan kami menuju last stop (termasuk berhenti di Xscape). Tiba di last stop, kami di offer untuk menggunakan kasut yang disediakan oleh mereka. Sayang nak basahkan sandal, saya terima ajelah offer yang diberi cuma satu tak syok, kasutnya dah bercampur-campur. Sebelah saiz lain, sebelah lagi saiz lain; hentam ajelah labu.

Jom trekking. Kami dimaklumkan trekking dalam 20 minit sahaja untuk tiba di waterfall tapi sejam berjalan baru sampai. Siap macet lagi tu hehehe.
Tak tau pun kena seberang sungai. Separuh badan lencun hahaha! Awatlah takde sapa-sapa bagitahu pasal trek ke waterfall ini? Kalau tak, saya pakai seluar tidur je p trekking (cepat sikit kering).

Trek menuju waterfall agak mencabar jugalah lebih-lebih lagi bila dah menghampiri waterfall. Batuan besar dan licin, kadangkala kena berpaut pada tali-tali yang disediakan sepanjang trek. Jangan sesekali pakai selipar jepun atau kasut nak ke pejabat (ada juga yang pakai) di sini, bahaya lebih-lebih lagi time kena panjat batuan sebab licin. Lagi satu, sila ikut trek yang disediakan, jangan nak memadai buat trek sendiri, bahaya ok! Misal kata macet sepanjang trek tu, bersabar ajelah ye huhuhu. Satu lagi, sila..sila...sila...bawa balik sampah sarap yang dibawa. Tempat ne sangat cantik, sayang kalau kita cemarkan dengan sampah sarap..
Antara view yang menanti.

Hampir sejam trekking, tiba-tiba terdengar ramai yang bersorak. Cepat-cepat jalan, dari jauh saya nak pelangi. SubhanaAllah, cantik sangat. Teruja giler jadinya.
Pelangi masih malu-malu nak munculkan diri. Sat aje kelihatan lepas tu hilang. Matahari berselindung dibalik awan.
 Rainbow waterfall ini katanya berketinggian 150 meter.

Untuk pelangi di sini sebenarnya semuanya bergantung kepada nasib. Doa banyak-banyak agar cuaca cerah sebabnya kalau matahari takde memang takde harapanlah nak tengok pelangi di sini. Menurut operator, waktu paling sesuai untuk lihat pelangi adalah sekitar jam 9am dan ke atas.

Jom, layan gambar.
Susah nak dapat view tanpa kelibat pengunjung.. Layan ajelah..
Sebahagian dari pemandangan di sisi air terjun.
 Sebahagian dari pengunjung yang bersama-sama kami pagi itu..
 Hot cup dan milo - disediakan oleh operator.
 Lucky harini  sebab berjaya 'dicium' oleh pacat hehehe. Tah bila masa dia naik pun tak tahulah, sedar-sedar tengok betis dah berdarah.

Puas bergambar, perut pun dah kenyang kami ambil keputusan untuk patah balik ke kenderaan. Part paling perih sebab lutut start buat hal. Sakit weeiiii!! huhuhu.
 Memang banyak mini air terjun yang boleh kita jumpai sepanjang trek naik/turun.
Lagi..awas batuan yang licin. Kalau tergelincir ne memang selamat lah jawabnya huhuhu
 Sebahagian dari trek yang ada.
 Jernih!!

Waktu nak bergerak turun dari waterfall, terdengar ramai yang jerit "kami sayang Malaysia!!". Terharu lah pula. Bila tengok air terjun yang super awesome ini saya teringat air terjun Mandakaripura di Jawa Timur. Hampir sama ketinggian. Senyum sendiri. Dalam tak sedar sebenarnya negara kita juga punyai 'mutiara tersembunyi' yang sama hebatnya menanti untuk diterokai.

29 comments:

  1. cantik giler air terjun ni...tapi tengok tang pacat tu, ahh seram dah...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ, masalahnya saya sorang je yang kena..tah bila masa dia naik pun tahulah hahahaha..
      tapikan DJ, pacat ok lagi asalkan jgn linta huhuhu

      Delete
  2. Kami sayang Malaysia ! Haha. Kalau tak nak ikut operator, agak-agak boleh pergi sendiri tak air terjun tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. derang happy sgt time tu sebab tiba2 double rainbow yg muncul hehehe..mmg meriahlah time tu :D...blh jetapi naik motor lah..kalau naik kete biasa harus jahanam kete tu nanti hehehe..nak ke air terjun tu pula jgn risau, byk petunjuk arah disediakan..follow je..

      Delete
  3. Kalau tak duduk kat Time Capule, boleh tak suruh depa bookkan operator.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik Khai, kat pekan sg lembing tu banyak yang offer trip ke rainbow waterfall...walk in je, harga ttp sama..kalau nak saya ada satu operator muslim di situ,nanti tengahari saya share contact no nya...

      Delete
  4. kite pn automatik ckp waa..cantiknyeee...

    byk tmpt yg cantik2 kt Mesia kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Ann...pasne kena luang kan masa utk explore negara sendiri pula hihihi

      Delete
  5. adventure trip!
    kiranya pelangi tu sentiasa ada lah yer time-time mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut apa yang guide bgth macam tu lah acik smile...tapi kena tgk cuaca jugalaha..cuma sila elak p sini bulan dec..musim hujan, silap2 hb terperangkap dlm banjir hehehe

      Delete
  6. Replies
    1. kalau tgk sendiri lagilah cantik, wak...mula2 saya terkejut gak, tak sangka kat Msia ne pun ada tmpt seindah ini..

      Delete
  7. fuyoo..dapat shot pelangi, lawa zilla. air terjun tu pun best je tengok, no wonder la ramai pengunjung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lucky lah, orga..mula2 pelangi tu main cak-cak-ba..sat ada, pastu hilang...frust jugala sebab pelangi ne antara sebab utama orang sanggup berlelah ke sini..lama2 bila cuaca dah semakin cerah, hah pelangi muncul tak sudah..sampai tak koser dah lah nak ambik gambar...siap berlapis lagi pelanginya...mmg rezeki kamilah haritu, senang cerita hehehe...

      pengunjung mmmg ramai, majoritinya Chinese lah..orang kita selain dari kami berdua, ada satu group lelaki dalam 3-4 org kot..hentam ajelah..

      Delete
  8. perasan tak.. ramai cino daripada malay yg gi air terjun neh. ehehe. thanks for letting me tag along!!

    ReplyDelete
  9. Indah banget air terjun ada pelanginya itu Mbak Zilla. Banyak pacet juga ngak masalah kalau dapat pemandangan indah seperti itu.

    ReplyDelete
  10. Cantik tmpt ni :) kena masuk wishlist nak pergi masa cuti balik malaysia nanti :)

    ReplyDelete
  11. wahhh... menarik nih, zilla..
    boleh masukkan dlm list tahun depan ni.. :)

    ReplyDelete
  12. Assalammualikum.. Nak tanya, utk g rainbow waterfall btl ke charge rm40? sbb org capsule ckp kene rm280 sorg? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp..cuba tanya betul2 harga tu termasuk penginapan atau bgaimana...kalau tak confident, walk in ajelah..kat pekan sg lembing byk giler org offer pakej ke rainbow waterfall...

      Delete
  13. Mmg cantik!! Capsule tu maknanya capsule hotel ke? Sory, i blm abis troker website. plan nak bw anak2 cuti sklh ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp..capsule hotel..nak bawa anak2 menginap dalam capsule tu ke? macam tak sesuai je..agak sempit..sian budak2 tak dapat nak bebas2 kecuali atas katil...

      Delete
  14. Anak anak i dh besar so diorg blh amik capsule sendri.. and diorg confirm excited tido dlm capsule..

    ReplyDelete
  15. Zilla. Dlm capsule tu muat ke utk solat?

    ReplyDelete
  16. Tak muat utk solat. Sbb kene berdiri atas katil, capsule tak cukup tinggi. I pegi bulan jun aritu

    ReplyDelete
  17. ck irah, utk solat mmg tak boleh buat dalam capsule tu...bak kata jazzy, size capsule tu mmg tak memungkinkan untuk kita solat dalam keadaan normal...

    ReplyDelete