Memang dah lama saya teringin nak bermalam di dalam 'kolong air'. Namun, memanjang ada halangannya. Keinginan tu datang balik bila tengok gambar-gambar Suly waktu berkunjung di Sg.Lembing baru-baru ini. Kebetulan pula, saya perlu balik ke Pahang jadilah dah alang-alang sampai, terus ajelah lajakkan kaki ke Sg.Lembing.
Plan asal nak lepak sini waktu cuti Deepavali tetapi full. Date yang available cuma 25 & 26 hb sahaja, itu pun tinggal sebiji aje sebab ada yang cancel. Memang tak fikir panjanglah terus saya confirmkan booking dengan Mrs. Young cuma untuk payment saya minta tangguh sampai dapat gaji hehehe!
Plan asal nak lepak sini waktu cuti Deepavali tetapi full. Date yang available cuma 25 & 26 hb sahaja, itu pun tinggal sebiji aje sebab ada yang cancel. Memang tak fikir panjanglah terus saya confirmkan booking dengan Mrs. Young cuma untuk payment saya minta tangguh sampai dapat gaji hehehe!
Direction:
Jika kawan-kawan menaiki bus ekspress dari KL, last station adalah Terminal Sentral Kuantan. Dari sini, ambil bas rapid (Gate A) no.#303 ke Stesen Bandar dengan tambang RM2. Sila turun di last station. Untuk ke Sg. Lembing, naik bas no.#500 terus ke Sg.Lembing dengan tambang RM4 dengan kekerapan, sejam sekali. Turun di last station, dari sini jalan menuju ke Sek. Men. Sg. Lembing, simpang 2 di sini ambil kiri dan jalan terus melalui sekolah. Jalan depan sikit dan sampailah di Time Capsule.
* bas terawal dari Stesen Bandar, 6.00am dan bus terakhir adalah jam 7.00pm menuju ke Sg. Lembing.
Harga untuk sebiji capsule adalah RM119/night dan hanya boleh memuatkan 2 orang sahaja (sempit kot, nak beramai-ramai dalam tu). Tempahan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 bulan sebabnya tempat ini memang selalu penuh. Untuk tempahan/detail mengenainya boleh lihat sini:
Website : http://timecapsuleretreat.wix.com/home
FB : https://www.facebook.com/timecapsuleretreat
Untuk capsule, ada 2 jenis *harga sama je:
Transparent, tiada tingkap - bahaya sikit yang ne sebab kalau malam memang nampak ler bayang-bayangnya hehehe. Kalau nak buat aksi posing maut dalam gambar, capsule yang ne lah yang wajib jadi pilihan
Untuk yang ini pula, ada tingkap. Bilik kami nun hujung sekali tepi hutan hehehe.
Bagaimana keadaan dalamnya?
Terus-terang memang agak sempit. Nak solat pun takde ruang kecuali sanggup nak solat atas katil. Kalau malas nak panjat katil, boleh je request dengan mereka untuk diberikan ruang untuk solat di main building. Takde masalah, InsyaAllah. Kami haritu pun diberi satu bilik untuk solat di dalamnya. Selain dari sempit, lain-lain okla. Tilam/bantal yang empuk, aircond pun ada.
Inilah keadaan dalam capsule.
Bangunan berbumbung atap nipah (kot) adalah toilet. Keadaannya memang bersih dan terjaga.
hiasan semata..
Main building..
Di sini, tidak disediakan breakfast namun ada disediakan milo/kopi dan biskut percuma. Nak masak pun boleh, tapi kena minta izin dululah untuk guna dapur. Wifi dan televisyen juga turut disediakan untuk semua. Owner pun peramah giler dan baik hati.
Buat kawan-kawan yang tertanya samada berbaloi atau tidak menginap di sini, jawapan saya, memang berbaloi. Sesekali lari dari kebiasaan apa salahnya, kan?
haritu ade bace gak review pasal tempat ni.. tapi tak ingat siape yang tulis... Luna pun suke dngan idea tuan punye chalet ni... idea fresh! =D
ReplyDeletebetul tu luna..kalau saya ada duit berkepuk, mau tiru idea ne hehehe...
DeleteWah aku ada tgk kt fb tmpt ni aritu.mnarik kan..tp bila piki tang sempit tu leceh tu.kamg kna amek sorg 1 capsule plk..hehe pape pun mmg unik dan nmpk bestt...
ReplyDeleteDJ, katil dia luas dan selesa...kalau nak lepak2 mmg kena buat atas katil...rasanya tak perlu lah smp kena ambek sorang satu capsule hehehe..
DeleteDekatnya dengan hutan...harap malam2 takder yg datang ketuk pintu capsule hehehe.
ReplyDeletehahaha..terfkir gak mcm tu tapi lega, malam berlalu tenang..takde aksi ketuk mengetuk atau bunyi bunyian hehehe
DeleteKabin kaca nampak cool.
ReplyDeletemmg cool...tapi tulah dianya, konsepnya sapa cepat dia dpt sebab tak byk huhuhu
Deletetempat mandi depa kat mana....mandi kat sungai kah ? best kalau kat sungai.
ReplyDeleteada ke mandi kat sungai hehehe..toilet semua kat luar en.khai...
Deletefirst time dengar pasal ni...menarik, lain dari yang lain. macam mau try jugak one day, hehe...
ReplyDeleteorga, wajib try...bawa baby sekali hehehe
Deletepernah nampak orang post pasal capsule ni and teringin gak nak kesana tapi memandangkan ada anak kecik so kena pk banyak kali dulu..btw tgk entri u memang tak sabar rasa nak explore tempat ni...
ReplyDeletewak, kalau ada anak2 mungkin boleh ambil bilik di main building..ada family room boleh muat 4 orang kalau tak silap saya..haritu ada tanya, tapi lupa dah berapa rate nya...
Deleteterasa rugi kalau tak pergi tempat ni..nice place..
ReplyDeletebetul tu :D
DeleteWe hope you enjoyed your stay with us!
ReplyDeleteI do! Thank you for your great hospitality :-)
DeleteHi, We would like to use your amazing photos in our official facebook page .We will credit every photo with your blog link (http://mystoriesmories.blogspot.com/2014/11/cuti-cuti-malaysia-time-capsule-retreat.html) in our official facebook page. Please let us know as we really like the photos you took at our retreat.
ReplyDeleteKevin Young
Time Capsule Retreat
0162202996
Thanks utk info ni, plan In Sya Allah awl jan ni nk g.. Tepikir gak ruang camni mmg xde lgsg tmpt nk solat... Alhamdulillah dpt info dr awk... :-)
ReplyDeleteOoo ye telupa, sp ek contact person kat sana yg sy leh call utk booking? TQ
ReplyDeleteSofia,tempohari saya berurusan dgn Mrs.Young...
DeleteSalam.. nak tanya jalan kaki slpas turun bas tu xjauh eh nk ke time capsule tu. Berapa minit lebih kurg?
ReplyDeleteemm, kena jalan dlm 10-15min jugalah..
Deletesalam, hi zila..
ReplyDeleteApa activity yg you buat di sana?
Hi aishifu,
Deletesaya ada ceritakan di entry seterusnya apa aktiviti yang saya lakukan sepanjang berada di sg.lembing..
Salam nak tanya. Kan owner nya non muslim kan. Awk ada sewa bbq set dia tak ? Ada tak set yg hanya utk muslim ? Sbv takut nk sewa yg dh dipakai oleh non muslim. Fhm fhm lah ye. Thanks
ReplyDeleteSalam Liyana
DeleteSaya takde sewa bbq set pun di sini dan saya tak sure samada mereka asingkan utk muslim dan non muslim..maybe liyana boleh call mereka utk double confirm mengenainya..
Salam zila. Ada sewa utensils bbq dia tak ?
ReplyDeleteDhani Hayukka Tour Bandung agustus 12, 2015 at 11.15 am
ReplyDeletesalam sejahtera tuan/puan semoga senantiasa semua diberikan kesihatan dan dimurahkan rezekinya,amiin.
Kami disini nak menawarkan sewa kereta tuk Bandung/Jakarta city tour.
BAgi sesiapa tuan/puan yang dah ada plan tuk bercuti di Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di bandung/Jakarta boleh
Call : +6282214441280
WhatsApp : +6282214441280
Email : dhanihayukka_1974@yahoo.com
Fb : dhani hayukka
dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik/layanan 5 bintang ***** insyaAlloh kami Dhani Hayukka
Mohon maaf tuan/puan apbila ada ayat yang kurang berkenan dalam promotion yang kami tawarkan...
Nb : yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada,tapi kami jamin yang terbaik tetap Dhani Hayukka (insyaAlloh)
jom jom bercuti di Bandung murah jer. TERIMAKASIH
Macam mana nak booked? Ape yg best Kat situ?
ReplyDeleteatas tu saya letak link utk websitenya..masuk je situ utk tatacara book penginapan...apa yang best? emm, encik kena tgk entry seterusnya..semua dah saya ceritakan :)
DeleteAssalamualaikum, nk tanya.. apa yg best kt sg lembing? Kalau alone stay kt capsule nie ok x? Hahahha
ReplyDeleteWow... Terima kasih atas perkongsian yang menarik ni... Bagus lah siap ada perincian tentang perjalanan bas. Senang untuk saya yang nak travel menggunakan pengangkutan awam. ^_^
ReplyDeletesama2..moga entry ini membantu dan jom terokai keindahan negara :)
Delete