"Kata orang, keterbatasan membuat orang kreatif. Keterbatasan membuat
orang terpecut melakukan apa pun yng dijalani dengan maksimal.
Keterbatasan tak ubahnya situasi yang dibuat tuhan untuk membuat kita
lebih berjuang. Jika berhasil melewati keterbatasan itu, buah perjuangan
yang kita dapatkan akan lebih berkesan" -Hanum
Hampir 4 bulan saya cuba gagahkan diri menatap bait-bait indah karangan Hanum Salsabiela dan Rangga Almahendra ini mengenai catatan pengalaman mereka menerusi buku Bulan Terbelah Di Langit Amerika. Karya kali ini berbeza dari 99 Cahaya Di Langit Eropah. Perjalanan buku ini dipecahkan kepada dua watak utama Hanum dan Rangga itu sendiri. Saat Hanum menerima tugasan untuk menulis artikel “would the world be better without Islam” susulan dari tragedi 9/11 di Amerika, emosi saya turut turun naik seiring dengan apa yang dilalui oleh Hanum lebih-lebih lagi saat beliau terpisah sementara dari suaminya, Rangga yang "memburu" Phillipus Brown, jutawan Amerika untuk tugasan pengajiannya.
Buku ini tidak hanya bercerita perihal pergolakan Islam di Amerika namun penulis turut menyentuh mengenai suku Melungeon, potongan surah An-Nisa di salah satu pintu gerbang
di Falkulti Undang-Undang, Universiti Harvard dan sebagainya yang memang tidak pernah saya ketahui sebelum ini. Saya juga larut dengan kisah perjalanan Julia Collins (sekadar menyebut satu waktu) atau nama Islamnya, Azima Hussein. Cabarannya sebaik sahaja beliau memeluk Islam, kehilangan Abe (suaminya) sewaktu insiden 9/11 dan kenapa beliau menyembunyikan identiti barunya sebagai seorang muslim.
"Tidak mudah memahami jalan takdir, karena takdir tak akan berjalan
dengan arahan navigasi manusia. GPS Tuhanlah penentunya."
Buat kawan-kawan yang mencari karya yang berbeza dari kebiasaan dan tidak kisah untuk membaca karya dari negara seberang, saya kira buku ini antara yang wajib kawan-kawan miliki. Tak perlu terburu-buru untuk menamatkan helaiannya yang ada, ambil masa untuk hayati setiap bait-bait kata nukilan Hanum dan Rangga ini. Jawapan untuk "bulan terbelah" ada di dalam buku ini.
Selamat membaca!
Saya suka baca buku macam ini...kat mana boleh beli ini
ReplyDeletenasa,
Deletesaya beli ini di gramedia, jakarta...kalau di sini saya tak pasti dah masuk atau pun belum..selain yang ini, jgn lupa juga baca 99 cahaya di langit eropa, juga dari penulis yang sama...bukunya jauh lebih best berbanding filmnya...
tq....nanti saya cari di bandung, bulan depan nak pergi sana, harap2 gramedia sana ada..
Deletebandung ada gramedia, nasa...kalau ambil supir minta aje dia singgah..
DeleteBuku Hanum & Rangga memang best. Aku xbaca lagi yang ni. Ko beli kat Indonesia ke.
ReplyDeleteyupp aku beli kat sana,januari lepas...tu pun jenuh aku tawaf satu gramedia tu, nasiblah ada lagi stok..ada beberapa lagi buku menarik, nanti aku share kat sini...
Deletebestnya..pernah baca novel mcm ni..kisah semasa kejatuhan kerajaan Islam Andalus di Sepanyol..
ReplyDelete"bulan terbelah" salah satu mukjizat Rasulullah saw...dan ada yg mengatakan Neil Armstrong telah melihat kejadian ni semasa mendarat di bulan..wallahua'lam..
nohas,
Deletebuku ini ditulis berdasarkan kepada pengalaman penulis sendiri..menarik sgt..wajib baca...apa tajuk buku tu? boleh share?
yupp, dalm buku ini pun ada sebut berkenaan mukjizat tu..tapikan nohas, saya suka buku2 seperti ini sebab byk perkara yang saya belajar darinya terutama mengenai peradaban Islam walaupun ianya ditulis sepintas lalu namun beri kesan untuk cari kisah lanjut mengenainya...
Buku trilogy oleh Radwa Ashour..org Mesir tapi dah diterjemah dlm bahasa Indonesia..tajuknya 'Rindu Andalusia' and 'Cinta Granada'..yg ketiga, takde pulak dlm pasaran..
Deletenoted!terima kasih nohas sudi share..kotlah nanti kalau ke sana boleh cari buku2 ini...
DeleteSaya pun mencari buku ke-3 trilogy ini, lama dah intai kat pesta buku pwtc tak jumpa...tolong info ya kalau jumpa, best cerita ini.
Deleteok nasa..kalau ada nanti saya roger2 hehehe
DeleteWah...minat hiking dan membaca buku ye.....menarik sekali. kita kongsi minat yang sama.
ReplyDeleteEncik, nanti kita boleh tukar2 info ya...next time kalau nak hiking ke mana2, roger2 ya Encik..manatau boleh together gether hiking *oh my :D
DeleteInteresting ...
ReplyDeleteBaru dengar nama buku / penulis nih ...
Nak cari ler ... hopefully dia ada version ebook
Thanks for highlighting it !
Encik, kalau terjumpa ebook share ya...boleh saya sharekan pada kawan2 yang lain..misal kata kalau saya ke Indonesia dalam masa terdekat ne saya akan bgth di blog ini manatau ada kawan2 yang nak kirim buku...
DeleteCik Zilla .... For buku melayu, saya gunakan khdimat BACHABOOKU ... sebab ianya adalah salah satu apple dealers gak ... namun malangnya, buka karya Hanum Salsabiela dan Rangga Almahendra tidak terdapat dalam koleksi mereka !
Deletealahai sayangnya...sebab ada satu koleksi karya Hanum dan Rangga ne saya tak jumpa haritu huhuhu
Deletekak zilla. Kalau nanti saya nak pergi hiking kat korea musim autumn, lepas tu saya nak ajak akak, boleh kan? Sebab saya takde geng hiking T_T
ReplyDeletehahaha...boleh2, tapi kena sponsor tiket lah :D
Deleteawat jauh sgt nak hiking, syza? target nak hiking kat mana tu? sana byk national park...
oh. Saya nak perg hiking kat korea sebab bila musim autumn memang lawa gila. Lepas tu sebab trail dorang tak extreme sangat. Paling extreme naik tangga je. Tak perlu berpaut kat dahan atau pokok atau batu atau orang. kihkihkih
Deletewinter pun cantik tau...saya ada 2-3 tmpt yang teringin nak panjat kat korea tu time winter tapi mengenangkan suhunya errrr tak sanggup kot hehehe...
DeleteKalau time winter saya pon tak sanggup. brrrrr. haha. Spring dengan autumn je la saya mampu. Kalau time summer, malaysia dah panas. Ke negara orang pon panas. Sangat tak feel. haha. InshaAllah kalau ada rezeki nanti kita discuss balik ye. heee
Deletesponsor tiket inshaAllah kalau dapat tiket murah. hehe. target nak pergi busan, yeosu dengan jeju. alang-alang dah sampai sana, kita pergi terus 2 3 national park. time autumn cantik sangat!
ReplyDeletehahaha..takdelah syza, saya memain je tu....
DeleteInsyaAllah kalau ada rezeki nanti mgkn kita boleh p hiking sesama..
99 cahaya di langit eropa cuma lihat film nya saja. Bukunya belum pernah baca. tenggelamnua kapal van der wicjk juga cuma lihat filmnya saja. Bulan terbelah di langit amerika mudah mudahan segera dibuat filnnya, jadi ngak perlu baca bukunya...hehe. cerita di film dan buku kadang memang. tapi baca bukunya itu yg perlu waktu lama Mbak Zilla. ngak sempet.
ReplyDeletekarya dr negera seberang mmg berbeza...sy suka..
ReplyDelete