Sebelum bergerak menuju ke Bah Biak, kami singgah terlebih dahulu di Masjid Nur Islam, Sidamanik untuk solat.
Masjid Nur Islam, Sidamanik
Dari masjid kami berpatah balik ke kebun teh Sidamanik. Waktu ni hujan mulai turun. Bila tengok suasana, jam dan lokasi yang kami nak pergi rasa macam tak berbaloilah pula. Dah petang sangat, lepas tu kami sendiri pun dah mandi jadinya nak buat apa lagi singgah di air terjun. Bila diutarakan kepada Yovie untuk batalkan ke Bah Biak, katanya dah alang-alang baik teruskan aje.
Perjalanan ke Bah Biak terasa sangat jauh. Dengan jalan yang rosak teruk, kali ini dengan otak sekali terasa gegarannya. Lebih-lebih lagi hujan yang awalnya renyai-renyai tiba-tiba bertukar menjadi selebatnya. Jalan makin teruklah keadaannya, dengan sesat lagi. Haih! Saat ini, terasa macam menyesal pula p bentang usul pada Yovie untuk ke Bah Biak. Kalau tau seteruk ini keadaannya baik kami langsung menuju ke Dolok Tinggi Raja.
Menuju ke Bah Biak
Happy ye kamu, anak-anak.
Dalam sejam juga kami ambil untuk tiba ke Bah Biak. Macam biasalah, jangan happy dulu walaupun dah sampai hehehe. Pintu masuk ke Bah Biak terletak di antara kuarters kediaman pekerja ladang teh. Majoriti mereka di sini berasal dari pulau Jawa dan beragama Islam. Jadinya, kalau takde rasa was-was bolehlah makan di warung-warung yang ada untuk alas perut.
Ruamah pekerja ladang teh.
Oleh kerana hujan masih turun, kami ambil keputusan untuk lepak aje sementara hujan reda. Kami cuba bakso bakar (bentuk dan rasanya lebih kurang macam fish ball tapi dalam versi lebih liat dan kenyal) dan lepak di warung yang ada untuk pekena instant noodle - masyuk hujan-hujan layan maggi hehehe.
Bakso bakar - secucuk cuma Rp500.
Tak pandang kiri/kanan dah saat ne hehehe.
Hujan masih renyai-renyai saat kami selesai mengisi 'tangki' masing-masing. Malas nak menunggu lagi kami ambil keputusan untuk terus turun ke Bah Biak. Macam biasalah, kalau takde anak tangga memang tak sah. Untuk tiba ke Bah Biak, perlu menapak dalam 10 minit jugalah.
Menuju Bah Biak
Anak tangga lagi dan lagi dan lagi...
Air sungai ini sebenarnya berwarna kebiruan seperti di Aek Manik tapi disebabkan hujan, inilah warna yang terhasil
Sebahagian dari air terjun Bah Biak.
Walaupun hujan, ramai jugalah yang dok mandi-manda di sini. Nak ambil gambar tanpa kepala pengunjung yang lain pun susah. Kami cuma cuci-cuci mata ajelah di sini, puas bergambar terus kembali ke kereta.
Seterusnya kami bergerak menuju Dolok Tinggi Raja. Perjalanan kali ini memang panjang dan dijangka tiba di Dolok Tinggi Raja lewat malam. Montot lebih dari kematu, tak tau nak citer macam mana, giler jauh! Kami sempat singgah di pekan Permatang Siantar untuk isi perut selepas masing-masing mulai resah kelaparan. Dari Permatang Siantar perjalanan kembali diteruskan.
"Yovie, kamu ada lagu Judika.."
"ada.."
Sampai ke sudah, Judika tak juga muncul-muncul. Tiba di satu lokasi yang tidak dikenalpasti (saat ini saya dah start khayal - ambil mood untuk tidur.
"berulang kali kau menyakiti.." - Judika!!! Dalam masa yang sama ahkak-ahkak di seat belakang menjerit
"pocong!!!"
Hah, hati dah dup-dap-dup-dap. Mana pula datangnya pocong. Yang si Yovie pula boleh pula berhenti kereta dan keluar. Saat ini saya dah terpikir, takkan pocong tu ada bawah kereta pula kot? Tak lama lepas tu Yovie start enjin kereta dan kami terus singgah di satu masjid. Waktu ne pun saya masih blur-blur lagi.
"apa dah jadi?"
Laaaaa, rupanya tayar kereta kami yang pecah tadi dan bukannya kami langgar pocong. Mamun sungguhlah, haih!! hahaha.
Hebat tak hebatnya penangan Judika, sampai tayar kereta pun boleh pecah..
Lama kot kami lepak kat masjid tu. Solat, bual-bual kosong sampailah tayar yang pecah tu berjaya ditukar. Tu pun saya sempat dok tuang racun kat Yovie minta pasang khemah kat pekan terdekat dengan Dolok Tinggi Raja tu, siap bagi cadangan tumpang padang sekolah atau tepi rumah orang. Takut punya pasal. Namun cadangan ditolak serta-merta sebabnya dia risau kami kena serbu dengan varvi hutan hehehe. Nak tak nak, kami tetap akan ke Dolok Tinggi malam itu juga.
Perjalanan agak menyeramkan sebabnya Dolok Tinggi ne berada di tengah-tengah hutan. Hilang ngantuk sebab dok pantau keadaan sekeliling, janganlah ada benda yang bukan-bukan melekat kat cermin kereta dan sebagainya. Fikiran jahat sangatlah, tapi nak buat macam mana. Itu aje yang terlintas kot. Keadaan jalan pula memang hancur giler, sampai satu tahap kami tak yakin pun akan berjaya sampai ke Dolok Tinggi Raja.
Perjalanan yang sangat panjang. Kami tiba di Dolok Tinggi sekitar jam 2.30am! Macam-macam bunyi-bunyianlah yang menyambut kami pagi tu. Meremang tak ingat dunia tapi dek kerana badan dan otak yang dah terlalu letih, memang buat sambil lewa lah apa yang kedengaran ada. Lelaki bertiga tu memang dah ambil tanggungjawab pasang khemah pagi itu; kami sendiri (yang perempuan ne) memang melepak dalam kereta ajelah. Tau-tau khemah dah ready dan kami diarahkan masuk ke dalam khemah. Bunyian hutan makin rancak tapi tak kuasa dah nak fikir; mau tidur je saat tu. Masuk khemah, masuk dalam sleeping bag terus tak sedar apa yang berlaku di luar sana.

Tapak khemah kami di Dolok Tinggi Raja.
Assalamualaikum kak zilla. Nak tanya, khemah tu memang sendirian berhad punya atau yovie ada sediakan ye?
ReplyDeleteWaalaikumsalan syza
Deletekhemah dan alatan lainnya semua yovie yang sediakan kecuali makanan dan sleeping bag..kalau nak camping, bgth dia awal2 yang syza nak camping...sleeping bag wajib bawa, sejuk giler kat sana..
MashaAllah. Tak sabarnya nak pergi nanti. Hehe. Terima kasih kak zilla :)
Deletesabar2 hehehe..apa pun enjoy your trip..jgn stress tau dgn masa yang akan banyak dihabiskan didalam kenderaan :-)
DeleteWaah bestnya !
ReplyDeletebest mmglah best tapi penatnya, tuhan aje yang tahun :D
Deletehuishh....extreme nih kakak. redah hutan indonesia jam 2 pagi! even gi jeneponto tu pun org nasihatkan jgn pegi mlm2 sbb takut orang jahat. aku lebih takutkan manusia jahat dari hantu ... huhu
ReplyDeletenana,
Deletesebenarnya tak sangka pun perjalanannya sebegini jauh..bila tanya katanya lagi 2j nak sampai..alih2 hambek ko, 2 pg baru sampai! sepanjg jln tu aku dah tak ingat apa dah selain hantu :D apa pun, pengalaman terbaiklah...
Memang penat n menakutkan tengah hutan n tengah mlm pulak...but memang berbaloi la....
ReplyDeletedpt tengok sesuatu yg tk da di msia.. Pujian utk avanza n yovie .klu tgk jln sya pun tk berani nk lalu.
Alhamdulillah..saya happy encik rasa puas hati dgn trip ini wpun ada 1-2 tempat yang kita tak sempat nak singgah...harap encik tak serik nak jalan2 dgn saya lagi..
DeleteKlu zilla ajak sure sya ikut. Jln ngan u suma ok. Bab tempt tu suma cantik klau bole lgi nk stay
Deletelama2,bab cost tersangat la ok.so sya menunggu je offer ni.
apa kata, next time encik pula yang plan, kitaorg follow je...macam mana? hehehe
DeleteSya baru belajar abc je......mnd reti tu semua.....kang kelaut semua....
Deletenak tau reti ke idak, kenalah practice encik ;-)
Deletesalute sangat sama korang...semuanya berani
ReplyDeletepengalaman berharga tu!
terima kasih acik smile..pengalaman yang mmg tak dapat dijual beli..
Deletecantiknya warna masjid tu....
ReplyDeletekata mereka warna itu lambang "Islam"..
DeleteMasjid Nur Islam begitu cantik sekali..
ReplyDeleteIa Encik..cantik dan terjaga...
Deleteada projek lagi ke Indonesia cakap....saya nak ikut..
ReplyDeleteInsyaAllah, Encik Khai..kalau ada pasti saya akan share di FB atau di blog saya ini :-)
Deleteserem amat ya kalau di hutan ketemu pocong. perjalanan yang menakutkan mbak Zilla.
ReplyDeletehebat mas Yovie. berani dia bawa tamu malam malam masuk hutan. Untung semuanya aman aman saja.
hahaha...tak perlulah nak pikir bukan2 mas Gunadi...
DeleteYovie, tu terpaksa ikut permintaan kami mas..degil nak juga ke Dolok Tinggi walaupun waktu terhad, inilah jadinya...Alhamdulillah, walaupun byk tentangannya kami baik2 aje...
huhuii...msuk hutan mlm2 di Indonesia...kt msia pon sy x berani...
ReplyDelete