Pages

Monday, April 27, 2015

Sumut 2015 : Day 3 ~ Dolok Tinggi Raja, Simalungun

Sumut 2015 : Day 2 ~ Bah Biak & Perjalanan Panjang Menuju Dolok Tinggi Raja

Last day di Sumatera Utara. Kami ada beberapa jam aje lagi sebelum 'terbang' kembali ke KL. Selepas sarapan, kemas khemah kami terus menapak ke lokasi Dolok Tinggi Raja. Agak frust juga di sini sebab tak berkesempatan untuk mandi di sungai berdekatan tapi takpelah lain kali singgah lagi huhuhu.

Satu yang perlu diambil perhatian di sini, BAYARAN MASUK - suka-suki kot derang nak minta berapa. Untuk group kitaorang, mereka-mereka yang berkenaan meminta Rp100,000/person. Giler ke apa! Fasiliti apa yang derang sediakan untuk bayaran semahal itu? Apa yang saya nampak tempat ini pun dah hampir 'hancur' dengan macam-macam aktiviti yang derang buat di sini. Sampah-sarap tak payah cakaplah, berlonggok-longgok.  

Kami bayar ke tidak?

Emm, takde maknanya! Bertekaklah si Yovie dengan mereka-mereka berkenaan berkenaan bayaran masuk. Saat nak beredar dari sini barulah Yovie menyerahkan hanya Rp100,000 sebagai bayaran masuk buat kami semua.
 Ini dahulu merupakan sebahagian dari lokasi kawah air panas tapi la ne dah mati dah menjadi 'pintu masuk' ke kawah yang masih aktif

Ada pantang larang di kawasan ini. Pengunjung tidak dibenarkan untuk terlalu 'happy' atau dalam erti kata lain mengilai-ngilai mengalahkan langsuir di sini. Haih nak lebih mudah, jangan lupa diri di sini. Masuk tempat orangkan? Emmm..

Untuk tiba ke kawah air panas yang sediada, perlu menapak dalam 10 minit (lebih kurang). Cuma tulah dianya, satu pemandangan yang mencacatkan mata memandang, sampah-sarap yang ditinggalkan pengunjung.
Apalah 'dosa' tempat ini sampai berlonggok sampah ditinggalkan.
 Dari kejauhan inilah yang kelihatan, teruja melihat warnanya.

Jom ikut saya jalan-jalan sekitar kawah ini.
Pokok-pokok yang mula diselaputi belerang.
 Luar biasa sangat tempat ini.

Untuk ke kawah air panas, ada titi buluh disediakan untuk menyeberang. Hati-hati di sini jangan sampai jatuh tergolok ke dalam air panas.
Titi buluh yang disediakan. Kolam yang disebelah tu agak dalam. Katanya ada yang pernah jatuh dalam tu.
 Putih sangat, silau mata dibuatnya. Sini memang terasa wap panasnya. Sempatlah celup kaki dalam air tu, nyaman ehh panas.
 Ini dibahagian atas, air panas yang keluar berwarna hitam. Tak berani nak dekat dengan kawasan ini, teraas menakutkan melihatkan warnanya.

Buat makluman kawan-kawan, Dolok Tinggi Raja ini dikenali juga sebagai Kawah Raja. Juga digelar sebagai Kawah Putih Ala Sumatera Utara kerana keadaannya yang dikata mirip tapi tak sama dengan Kawah Putih di Bandung. Lokasi kawah air panas di sini juga akan berubah-ubah lokasinya. Lokasi yang kami singgahi ini juga dikatakan semakin mengering airnya dan mengecil saiznya.
Salah satu dari lokasi aliran air panas.
Luar biasa sekali!
 Titi kayu yang disediakan untuk ke tengah kawah tapi jangan ingat free, kena bayar Rp1,000/person huhuhu - Kami tak bayar pun.
 Kawah lama. Di sebalik rekahan tu boleh nampak aliran air panas mengalir entah ke mana.

Puas bergambar-gambar dan melayan keindahan yang ada kami sepakat untuk meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya.

*bersambung

7 comments:

  1. Memang menakjubkan , kekuasaan Allah .dilihat dgn mata hati ada bnyak pengajarannya..

    ReplyDelete
  2. Luas ker kawasan ini...cantik tempatnya tapi sedikit menyeramkan...

    ReplyDelete
  3. subhanallah....cntik nya...warna biru2 tu sbb sulfur ke?

    ReplyDelete
  4. kasian nye...tmpt simpan sampah kt situ... ish3... mcmtu pon nk mtk byr mahal2...

    ReplyDelete
  5. banyak orang yg mengaku pecinta alam. tapi kalau berpetualang ke alam, buang sampah sembarangan. menyedihkan.

    Indah dan unik kawah dolok tinggi raja ini. tapi sayang banyak campur tangan manusia yg membuat tempat ini kumuh. Terpal plastik, jembatan kayu, titian bambu, dll merusak pemandangan saja.

    bau sulfur di situ mbak Zilla ?

    ReplyDelete
  6. sayang, tempat seindah ini dikotori sampah, tenda terpal plastik, jembatan bambu, dan lainnya. padahal biarkan apa adanya saja.

    di dolok tinggi raja bau sulfur kah mbak Zilla ?

    ReplyDelete