Untuk ke Air Terjun Teroh-Teroh ini pula kami menuruni anak tangga buluh dan berenang menentang arus. Dengan tenaga yang tak berapa nak ada memang terasa kepenatannya di sini lebih-lebih dengan arus yang agak deras.
Anak tangga tu dihujung. Betul-betul di tepi tangga tu pula ada jeram. Kalau terhanyut di sini memang habis. Dinding batu tu pula kalau tak usik, tak boleh ke? Tak payahlah gatal-gatal tangan nak ukir nama atas batu ke apa, takde orang kisah pun. Silalah jadi pengunjung yang bertanggungjawab, kalau kita yang tak jaga kawasan ini siapa lagi?huhuhu
Teroh-Teroh membawa maksud bawah bawah-bawah (dalam bahasa Karo). Dari pembacaan saya, banyak mitos di sini. Salah satunya, petani di kawasan ini pernah melihat cahaya jatuh di sini dan mereka percaya cahaya tersebut adalah puteri kayangan yang turun di sini untuk mandi-manda. Selain dari itu, ada batuan yang digelar sebagai Batu Cabang yang dianggap keramat oleh penduduk tempatan kerana batunya yang bercabang dan pernah mereka cuba mengalihkan batu tersebut namun batu itu tetap kembali ke tempat asalnya. Kalau kawan-kawan nak tau lebih lanjut tentang mitos ini silalah google sendiri ekk, jangan malas-malas hehehe. Opss sebelum terlupa, kalau kena dengan waktunya kawan-kawan boleh lihat bunga rafflesia juga di sini. Sayangnya waktu kami tiba di sini, bunganya dah takde huhuhu.
Kita lupakanlah bab mitos berkenaan tempat ini. Jom ikut saya ke Teroh-Teroh.
Teroh-Teroh; air terjunnya datang dari pelbagai arah.
Inilah Air Terjun Teroh-Teroh, kawasan di sini memang dalam. Airnya pula memang kebiruan seperti dalam gambar.
Nasiblah ada kayu balak yang melintang di situ. Nampakkan Encik yang ada di dalam air tu? Jangan melepasi kawasan di mana Encik itu berada, katanya macam ada pusaran air di bawah tu sebab dia terasa macam ditarik waktu cuba untuk berada di bawah kayu balak tu.
Lama jugalah kami lepak mandi-manda di sini. Puas, kami ambil keputusan untuk balik. Trek balik, mengah. Maklumlah dengan laparnya, tenaga pun dah takde ditambah pula dengan pakaian yang basah semuanya jadi teramat payah.
Sebahagian trek yang ada.
Selesai membersikan diri dan menjamu selera (maggi aje pun) di warung yang ada, kami meneruskan perjalanan untuk ke Tanjung Unta. Menurut Yovie, untuk tiba di Tanjung Unta mengambil masa sekitar 5-6jam perjalanan. Lama giler, jam waktu tu pun dah sekitar jam 4.00pm. Persoalannya, sempat ke? Apa pun, macam yang dah Yovie bagitahu awal-awal kami perlu ada backup plan. Misal kata tak sempat nak ke Tanjung Unta, kami akan cuba camping di pinggir air terjun Sipiso-Piso atau pun ke Bukit Gundaling.
Perjalanan diteruskan. Namun kami sempat singgah di pekan Binjai untuk solat dan Berastagi untuk mengisi perut. Maklumlah selepas Berastagi takkan ada warung makanan halal yang akan ditemui. Di sini juga, kami singgah di Alfa Mart untuk cari sardin, instant noodles, beras dan makanan sampingan lainnya sebagai bekalan kami untuk 2 hari lagi.
Warung di Berastagi
Saya ambil sate padang tapi serius tak sedap langsung.
Kami tiba di kawasan parking Sipiso Piso sekitar jam 8.++pm. Sunyi sepi giler tak ingat kat sini. Seram pun ada, lebih-lebih lagi bila melihatkan bangunan terbiar yang ada. Hanya Yovie yang turun dari kenderaan untuk pantau keadaan. Saya tak tahulah apa yang dah beliau saksikan, apa yang pasti katanya di situ tidak selamat. Perjalanan kembali diteruskan ke Bukit Guntur. Namun untuk camping di situ, kami perlu trekking sekitar 10-20 minit untuk tiba di puncak. Bila melihatkan keadaan Moon yang tidak berapa ok, saya tak rasa 10 minit itu akan menjadi waktu yang menyenangkan. Mungkin Yovie juga memikirkan perkara yang sama, kami terus meluncur turun ke danau dengan jalan tak ubah seperti ular terkena palu.
Nak cari kawasan untuk pacak khemah punyalah payah sebabnya dipinggir danau penuh dengan keramba atau sangkar ternakan ikan. Kami pergi jauh ke dalam hinggalah tiba di satu lokasi, Yovie, Awan dan Encik turun dari kereta untuk pantau kawasan sekitar. Akhirnya mereka ambil keputusan untuk pacak khemah di situ.
Dalam 12.30 tengah malam jugalah baru kami berpeluang untuk masuk ke khemah. Kepala otak memang fikir nak baring aje walaupun sebenarnya katuk pun dah hilang. Baru aje nak berangan, kami 'diserang' oleh penduduk tempatan. Mereka ini lebih kurang macam RELA lah, keliling kampung untuk pantau keadaan. Namun yang buat saya seriau cara mereka berbicara, agak 'kasar' seolah-olah ingin mencari gaduh. Mungkin kerana penduduk di sini adalah berketurunan Batak yang memang sinonim dengan caranya yang memang agak 'kasar'. Bila cara 'kasar' mereka dibalas dengan 'lembut' oleh Yovie, saya yakin kami memang selamat di bawah jagaan Yovie dan Awan. Setelah puas bersoal jawab, akhirnya mereka pun beredar dengan duit kopi dan keadaan kembali tenang. Rasa-rasanya sekitar jam 2.++am jugalah baru saya kembali terlena tak sedar apa hingga ke Subuh hari.
*bersambung untuk hari kedua
Saya pun kurang suka sate Padang...kuahnya macam tak ngam...
ReplyDeleteEncik, haritu saya makan kat Jakarta ok je..sedap je kuahnya tapi yang ini mmg teruk sungguh rasanya....saya minta campur dgn kuah kacang nak kurangkan rasa ketidaksedapan pun tak jalan huhuhu
Deletebtul lah..kuah sate nye x ngam..pelik aje rasanya...
DeleteIngat tu air terjun tora-tora...hi3.
ReplyDeletehahaha..pandai juga encik buat lawak ya :D
DeleteDah lapo zilla , makan je lah.memang rasa lain dgn sate kt msia.
ReplyDeleteTentang tmpt nk camping yg dkt rumah banglo besar tu ...memang seram gila...
saya ne mmg tak cerewat bab mkn encik..semua saya belasah asalkan boleh kenyang tapi sate ne mmg saya tak boleh nk telan langsung..sgt2 tak sedap hahah! daging tu pun saya kunyah alar kadar terus telan, asal dpt alas perut...saya dok bayang sesuatu muncul tiap kali pandang ke bangunan tu..hati mmg tk sedap sgt, mujurlah tak jadi camping di situ..kalau tidak tak taulah apa nasib kita2 malam tu :D
DeleteOrang Batak memang terkenal kasar Mbak Zilla. Kadang saya suka menganggap mereka sedang bertengkar. padahal tidak.... Apapun kalau melancong ke tempat rimut seperti ini memang perlu guide lokal yg berpengalaman.
ReplyDeletebetul tu, mas..gaya percakapan mereka seolah2 mau cari gaduh..seram!hehehe...
DeleteRELA pun ambik duit kopi ke? Macam tak RELA jer kekeke.
ReplyDeletehahaha..mereka RELA je tapi kita ajelah tak RELA serahkan duit kopi tu :D
Deleteada pacat x, kt trek??
ReplyDeleteada tapi tgk musim jugalah..
Deletemajoriti nya kt situ etnik Batak ke?
ReplyDeleteyupp..kalau di sumatera utara majoriti pnduduknya adalah batak..walaupun begitu, mereka juga ada hierarkinya..kalau rin nak tau maybe boleh google...saya agak kurang rajin nak bercerita mengenainya, takut tersilap fakta pula nanti hehehe
Delete