Sumut 2015 : Day 1 ~ Kolam Abadi, Langkat

Wednesday, April 08, 2015

Assalamualaikum

"Yovie, apa yang perlu saya bawa untuk trip ini?"

Saya kira, saya silap kemukakan soalan. Seharusnya saya bertanya dengan lebih detail apa yang akan dilakukan di setiap lokasi yang bakal kami singgahi. Maklumlah bila google takde pun info perlu buat body rafting, trekking dan sebagainya. Rata-rata gambar berkenaan dengan keindahan tempat tersebut. Jadinya, kita lenggang mak minah dan tunggu ajelah apa yang bakal menanti.

Perjalanan dari Residence Hotel, Medan menuju ke Desa Rumah Galuh, Sei Binjai mengambil masa lebih kurang 2.5jam perjalanan. Perjalanan agak kurang lancar kerana macet di sana-sini. Saat kenderaan mulai memasuki Sei Binjai jalan bertar diganti dengan jalan berbatu yang rosak teruk. Free massage pepagi memang tak boleh blah, hilang terus ngantuk yang singgah.

Untuk ke Kolam Abadi dan Air Terjun Teroh-Teroh, kami menggunakan jasa ranger dari Pelaruga. Terbaik ok! Walaupun sorang aje pun ranger (lupa namanya) yang mengemudi namun beliau menjaga kami dengan baik sekali.

Untuk aktiviti di sini, ada beberapa pakej yang ditawarkan:

a) Kolam Abadi + Teroh-Teroh
b) Kolam Abadi + Teroh-Teroh + Air Terjun Tongkat

Untuk pakej A, harga adalah Rp75,000/person manakala untuk pakej B saya tak pasti pula berapa harganya, tak teringat pun nak tanya hehehe.

Barangan peribadi dan berharga perlu ditinggalkan. Kamera juga tidak dibenarkan dibawa kecuali underwater camera.  Mulanya teragak-agak juga, kenapa pula nak kena tinggal. Rupa-rupanya, kami perlu buat body rafting di sini. Err tetiba terasa perut mula dipenuhi oleh rerama. Saya nekad untuk angkut D90 saya, itu pun saya bungkus dalam 2 beg plastik (kalau masuk air juga, redha jelah huhuhu). Manakala untuk compact camera saya serahkan pada ranger.

Kami diarahkan untuk memakai life jacket. Selesai semuanya, trekking pun bermula. Treknya agak licin kerana hujan di malam harinya. Perlu turun/naik anak bukit, err agak semput jugalah sebab tak bersedia. 
 
Sebahagian dari laluan yang ada. Sini memang kena hati-hati sebab batuan tu memang licin dan berlumut. Untuk turun ke kolam juga treknya lebih kurang seperti ini tetapi lebih curam; tergelincir sikit mau bergolak terus ke dalam kolam huhuhu.

Sekitar 30 minit berjalan akhirnya Kolam Abadi mulai kelihatan dibawah.Teruja!
Inilah dia Kolam Abadi.

Sebenarnya Kolam Abadi ini bukanlah kolam. Sungai bebenornya! Mungkin kerana airnya yang tenang dan jernih hingga kelihatan dasarnya ianya digelar sebagai kolam. Airnya sejuk bangat! Grrrr!!

Jom cuci mata sekitar kolam ini.
Lupa diri dengan pemandangan seperti ini.
Nak ambil gambar ne bukan mudah, terpaksa angkut D90 masuk air. Siap kawan-kawan pagar sekeliling untuk sambut saya misal kata saya tergelincir jatuh. Mujurlah takde apa-apa yang berlaku. Kawasan kayu balak tu memang dalam, tak berani pun nak p dekat sebab tak pandai berenang.
 Sisi yang berbeza. Di sini airnya cetak dan deras. Untuk body rafting di sinilah ianya bermula.

Di sini, hanya kami sahaja yang ada. Untunglah sebab tak perlu nak bersesak di kolam yang sememangnya takdelah luas mana pun. Terus terang, saya memang saya lupa diri di sini. Biasanya kalau pergi mana-mana tempat berkaitan air ne memang saya akan jadi dugong di tepi tapi kali ini entahlah tau apa dah jadi. Boleh pula berenang ria walaupun kadangkala terpaksa ditarik oleh kawan-kawan. Terasa seperti "donia ini aku yang punya!" hahaha! *sengal.

Lama giler kot kami berendam di Kolam Abadi ne. Bila masing-masing dah mula ketar menahan kesejukan, kami bagi isyarat pada Yovie dan ranger untuk teruskan perjalanan. Bermula sesi menghayutkan diri.
Best weii!!

Untuk body rafting, bersiap sedialah dengan tentangan yang ada. Berkali-kali kot badan tersagat di batuan, lebam tak payah cakap. Arus di sini memang laju, kedalaman saya kira tidaklah berapa dalam sebab dengan ketinggian saya yang tak berapa nak ada ini masih boleh cecah dasarnya.
Wajah-wajah penuh kepuasan hehehe

Dalam 30 minit juga kot kami menghayutkan diri di sungai dan akhirnya kami tiba di penghujung laluan. Di sini kami diminta untuk memanjat anak tangga buluh yang ada untuk ke atas dan perlu menapak dalam 10 minit untuk ke Teroh-Teroh. Saat ini dah mula terasa kepenatannya, tenaga pun dah semakin menyusut.

*bersambung

You Might Also Like

37 comments

  1. Lawanya kolam abadi.
    Memang kaler dia biru ke Zilla?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, mmg biru niL..warnanya sama macam dlm gambar tu...

      Delete
    2. subhanallah...mmg biru ye?? x sgka...

      Delete
  2. Zilla, tu titis air ke entiti yang banyak terapung dalam gambar tu hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhai, gara2 ini jenuh saya telek gambar tu hehehe..apa yg pasti mmg tu mmg titis air dan bukannya entiti :D

      Delete
  3. Replies
    1. teringat lagu sampson - kenangan terindah *ehhh :D

      Delete
  4. tak tahan tengok kebiruan nyerr! nanges!
    mesti lapo giler lepas meng'abadi'kan diri haha

    ~zellyn hazel~

    ReplyDelete
    Replies
    1. zellyn, bukan lapo lagi dah terus tahap kebulur tau..daun2 kayu nampak macam paha ayam kepci je...nyum2! hahaha...

      Delete
  5. Camna airnya berwarna biru...pasirnya ke... yg jelas bukan biru langit...

    Di Masai Johor ada juga tasik berwarna biru... tapi ada kandungan bahan kimia kat dalamnya...cer google...cantik juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasirnya putih En.Mie..mungkin sebab terlalu jernih kot tu yang yang jadi kbiru2an-(tak tahulah teori ne boleh pakai ke idak hehehe...

      tu yang lombong tu ke En.Mie? kat Muadzam pun ada tapi bekas lombonglah...

      Delete
  6. warna airnya kok bisa beda beda ya mbak Zilla ? ada yg biru banget kayak air laut dan ada yg hijau. main body rafting kebayang dingin banget...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mas, yang hijau itu kerna refleksi dari tumbuhan keliling...selebihnya memang kebiruan hinggalah ke waterfall nya juga airnya kebiruan...dinginlah..ketar satu badan, mas :D

      Delete
  7. Cantik sungguh tempat ni ZIlla. Kalau tak buat water rafting tak boleh ke Zilla? Aku ada masalah phobia dengan air laju sebab dulu hampir lemas kat jeram. Tingin nak gi sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je kalau tak nak buat rafting..ada trek untuk ke waterfall tu...

      Delete
  8. seronoknye... Masa kecil kurang bahagia agaknya ni,. haha #gurau je.
    cantik tempat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kena lempang? hahaha...

      masa kecillah saat paling bahagia, mifta..cuma sekarang ini aja, bahagianya agak sedikit kurang :D
      cantiknya sama nggak seperti di pangandaran? udah ke sana, kan?

      Delete
    2. kalau dibandingkan dgn green canyon pangandaran, airnya lebih cantik di kolam abadi., mbak Zilla. tapi tebing kanan kiri sungainya masih keren green canyon pangandaran.

      Delete
    3. nampaknya saya harus ke pengandaran untuk lihat perbezaannya..

      Delete
    4. kalau mbak Zilla mau ke pangandaran kabarin saya ya. nanti saya join sambil pulang kampung..hehe.

      Delete
    5. InsyaAllah, mas..kalau udah ada datenya pasti saya kabarin..kgnya di pangandaran? wahh, bagus ini..boleh numpang dirumahnya keluarganya ya hehehe

      Delete
    6. rumah orangtua dan kakak saya di Pangandaran mbak Zilla. kalau mau numpang nginap boleh saja Mbak Zilla. dengan senang hati..

      Delete
    7. terima kasih, mas..andai kata satu hari nanti saya bisa kembali ke pulau jawa pasti saya akan hubungi mas...sila persiapkan kompang dan pulut kuning buat saya hehehe...

      Delete
    8. lempang tu jenis kue macam mana zilla ? hahah..
      soal jawaban tu saya idem sama mas gun.. Pangandaran lagi superb tebingnya..

      Delete
    9. lempang tu sejenis lempeng atau dalam bahasa 'orang putihnya' pancake hehehe...tapi lempang ini bukan sebarang lempang, diambil pancake itu lalu ditampar langsung ke muka hahaha..

      pangandaran, satu hari nanti,,juga ke canyon di semarang itu ;-)

      Delete
    10. beuhhhh... sadis kali...baik dimakan , sedap, kenuang perut. , tak mubadzir pulak tuh.. hahah..
      gunung prau dulu yg dekat.. semarang tu bonus aja nnti.. hha

      Delete
    11. dah 80 juta kali kamu racun saya dgn prau..sponsor tiket flight, pls!hahaha...

      Delete
    12. ambooiiii.. bahasa 80jt kali.. 80jt ringgit aja sodap tuh. haha.. masalah tiket tu tenang aja.. tunggu AA buja promo..jaha

      Delete
    13. ambooiiii... bahasa ... hahaha 80 juta ringgit aja nak ? tiket flihht senang je.. tinggal duduk depan laptop, cari promo,, hahh

      Delete
  9. "Pangandaran" bila nk pgi zilla, jgn lupa sya...kolam abadi the best, body rafting risau juga awalnya
    tpi ok jugak cuma calar balar je kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pangandaran tu kan encik, dah berkurrun abad kami plan tapi tak jadi2 juga..entahlah bila...lagi pun tiket ke pulau jawa la ne sgtlah mencekik diri..terpaksa peram semua hasrat huhuhu

      Delete
  10. cantiknye tmpt ni..air sungai biru mcm laut..ada ikan2 x?
    kagum dgn zilla sll travel tmpt2 yg rare...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, shaz...saya tak nampak pula ikan di sini..katak banyaklah kot hehehe

      Delete
  11. Masya Allah cantiknya air kolam abadi tu...

    ReplyDelete

Subscribe