Ini kali kedua saya ke Sg. Lembing. Namun kali ini dengan tujuan dan kawan-kawan yang berbeza. Tujuannya, memang dah tenangkan fikiran sebab waktu itu saya memang dah giler punya stress mengadap bebanan kerja di pejabat dan dengan ditambah dengan masalah peribadi; sungguh saya rasa nak lari jauh-jauh.
Trip kali ini, tasyha yang uruskan semuanya. Saya hanya menurut perintah ajelah; tak larat dah nak pikir kot hehehe. Oleh kerana kami bertiga, haruslah cari penginapan yang boleh sumbat kami dalam satu bilik, betul tak? Biasanya kalau sebut bab penginapan ne, memang pilihan tasyha tak perlu nak dipertikaikan.. Untuk kali ini, beliau memilih untuk menginap di Lembing Riverview Resort.
Lembing Riverview Resort, Sg. Lembing
Apa yang saya suka tentang Lembing Riverview ini?
Paling utama dah tentulah fasiliti yang disediakan. Siap ada dapur untuk masak-masak tau. So sepanjang kami kat situ, memang kami masak sendiri takdenya nak keluar ke pekan Sg. Lembing untuk cari makan. Bilik pun luas dengan arah kiblat; tak perlulah nak bawa kompas untuk cari arah. Selain dari itu, kalau datang dengan family memang terbaik sebabnya kawasan dia sangat luas untuk budak-budak bermain dan ada kemudahan beriadah disediakan seperti gelanggang badminton, ping pong dan sebagainya. Untuk yang berminat nak berendam dalam sungai, derang ada 'private beach'. Memang syoklah.
Namun, satu yang tak berapa nak syok adalah lokasinya yang memang jauh ke dalam. Kalau datang dengan public transport jenuh lah nak menapak..
Website : Lembing Riverview
FB : https://www.facebook.com/LembingRiverviewResort?fref=ts
Layan.
Bangunan utama. Di bahagian bawah merupakan office mereka manakala yang di atas tu pula sebahagian dari bilik yang ditawarkan
Ini juga antara penginapan yang ditawarkan. Harga bermula dari RM90 hingga RM160. Kalau nak camping pun boleh di sini tau dengan kadar RM20/tent.
Bilik kami, Quad Room dengan harga RM140/night.
Laluan ke 'private beach' hehehe. Syok giler lah lepak tepi sungai, tenang sangat-sangat rasanya.
Antara kemudahan beriadah yang disediakan. Basikal tu pula kena sewa ya, takdenya derang nak bagi guna secara percuma hehehe.
Sila abaikan kaki yang 'kembang' tu. Sebenarnya nak tunjuk bangunan dibelakang tu. Hah, itulah dapurnya. Sila minta izin dulu sebelum guna.
Sebagai penutup (cewahh, nampak sangat takde idea nak mengarang), saya memang rekemanlah tempat ini buat kawan-kawan yang ingin bercuti di Sg. Lembing terutamanya yang berhajat hadir dengan family.
Selamat bercuti!
asyik banget nih penginapan di sg. Lembing.
ReplyDeleteentry nya pendek banget Mbak Zilla. xix
takde mood lah mas gunadi...
Deletenext time kalau ke Msia, silalah berkunjung ke sg.lembing..dari situ boleh terus ke cherating, dan kemaman untuk try satar...
Aku pi sg lmbing br ni zilla tp xdo ar.pi layan msuk terowong dia tuh..hehe
ReplyDeletemasuk terowong je ke? lain tmpt tak singgah?
Deleteaku pi muzium dia tu, pi jmbtn gantung...nak crik biskut kelapa yg katanya pemes kat sana tp tak jumpa...
DeleteDJ, kalau ko masuk ke dalam ada beberapa jambatan gantung tau...area penginapan ne pun ada satu...biskut kelapa? ada ekk? ingatkan mee jawa aje yang femes kat situ hehehe
Deletemenarik juga
ReplyDeletebolehlah encik kalau nak santai2 dgn family hehehe
DeleteBanyak kali dah zilla ke Sg Lembing. Mesti best tempat ni...
ReplyDeleteEncik Mie, baru dua kali...saya suka suasananya...terasa tenang dan damai...
DeleteMmg tepi sg lembing ek. Safe tak?
ReplyDeleteInsyaAllah selamat nana....sesuai kalau nak bawa sicantik manis tu lepak2 tepi sungai..
DeleteHi zilla dah 2x ..ada yg ke 3x tak? mesti best tmpt ni....ok sya nk plan bwak family la...
ReplyDeletetak tahulah..kalau repeat pun mgkn dgn family pula kot..nak bagi anak2 buah berendam dalam sungai tu...
Deletemcm best je...
ReplyDeletemmg best pun rin :)
Delete