Pages

Friday, May 8, 2015

Mynmar 2015 : Travel tips

Assalamualaikum dan Mingalabar!

Sebenar-benar-benarnyakan, mood memang kelaut untuk buat sambungan mengenai trip Sumut. Kalau ikutkan tak banyak pun lagi; satu entry je lagi tapi kalau dah takde mood tu paksalah macam mana pun memang idea tetap juga tak kunjung tiba. Nak edit gambar pun saya malas tau!huhuhu

Sementara nak mencari-cari mood untuk Sumut ne, saya teringin nak berkongsi sedikit tips (sementara tengah ingat) untuk kawan-kawan yang berhajat atau memasang impian untuk ke Mynmar. Ehh, sapa-sapa yang dah ada tiket tu sila jangan biarkan ianya 'terbakau' begitu aje. Silalah teruskan, sungguh Mynmar tidak seperti yang kita gambarkan dan tidak seteruk yang dipaparkan di kaca tv.
Nelayan di Inle Lake

a) Visa
Buat warganegara Malaysia, visa memang wajib ada kalau nak masuk Mynmar. Untuk visa ne saya akan buat entry berasingan atau boleh rujuk blog Zara AB, Jea atau pun Meng.

b) Matawang
Bab ne memang parah sikitlah sebabnya RM memang tak laku di Mynmar-sedihkan?huhuhu. Hanya USD, EURO dan SGD sahaja yang diterima di sana. Nak senang, bawa USD dan tukarkan ke Kyat Mynmar. Nak senang, tukarkan aje di MC, airport. Waktu saya ke sana USD1 : 1070K. Urusniaga pula derang terima aje samada kita nak gunakan USD atau pun Kyat.
Ada 2 perkara yang perlu diberi perhatian:
* Sila pastikan USD tak keremot/terlipat/buruk dan sebagainya sebab mereka hanya terima note USD yang baru dan cantik aje (hampeh!!) dan sila pastikan juga Kyat yang korang terima juga dalam keadaan yang sama jika mau ditukarkan semula ke USD sebelum berangkat pulang huhuhu.

* Sila aktifkan debit kad memasing-masing. Haih! Haihhhh!! *ketuk kepala sendiri

c) Pengangkutan awam
Untuk makluman kawan-kawan, di Mynmar motosikal dan kereta tidak disewakan kepada pelancong asing. Kalau jalan-jalan di Yangon, memang takde motosikal di jalan sebab tidak dibenarkan berada di jalanraya oleh pemerintah. Jadinya, jangan berangan ler nak tunjuk skill memandu masing-masing di sini. Pelancong asing hanya dibenarkan untuk menyewa basikal atau pun e-bike sahaja!

Untuk public transport, mudah sebenarnya cuma yang tak mudah semuanya dinyatakan dalam bahasa mereka. Pening ok! Untuk public bus, tambang adalah sekitar 200 Kyat - 300 Kyat bergantung pada destinasi (jauh atau dekat). Untuk teksi pula, kalau dari airport ke pusat bandar (dan sebaliknya), harga adalah sekitar USD7 - USD10 (bergantung kepada skill menawar masing-masing). Manakala untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain di dalam pusat bandar, harga adalah sekitar 2,500 Kyat - 3,500 Kyat. Kalau lebih dari harga ini, sahlah kena kelentong hidup-hidup dengan pemandu teksi huhuhu.

Bagi keretapi dan bas express (jika berhajat bergerak menggunakannya), baiklah buat tempahan dari awal sebelum kehabisan (akan buat entry berasingan mengenainya). 

d) Makanan Halal
Kalau di Yangon, mungkin takde masalah untuk mencari restoran halal di sini. Jika kawan-kawan berhajat untuk travel ke luar bandar seperti Bagan dan Inle Lake (merujuk kepada lokasi yang kami singgahi) restoran halal memang takde (ke kami yang tak jumpa). Paling selamat, bawa stok makanan dari Malaysia dan masak sendiri di sana. Namun, kawan-kawan jangan risau tau. Kalau malas bawa stok makanan sendiri pun takpe. Banyak produk-produk Malaysia dengan status halal berada di kedai-kedai runcit di Bagan dan Inle Lake. Sardin, biskut dan stok makanan lain seperti telur, beras dan sebagainya mudah diperolehi di sekitar Mynmar. Jika kawan-kawan berada di Yangon, produk halal ini lebih banyak pilihannya dah boleh diperolehi di pasaraya di sana.

e) Itinerary
Mynmar, berbeza dengan negara lain di Asean. Memang negara ini membuka pintunya kepada orang luar tetapi harus diingat tak semua tempat/daerah di sini yang membuka pintunya kepada pelancong tempatan mahupun pelancong luar. Ada sesetengah lokasi yang memerlukan kita mengupah local guide (orang mereka sendiri) untuk masuk ke tempat mereka seperti di Kakku. Bagi kawan-kawan yang travel dari Yangon/Bagan/Mandalay atau mana-mana ajelah ke Nyaung Shwe, ada beberapa lokasi di sekitar Shan State ini digelar sebagai kawasan 'bergolak' dan tidak dibenarkan dimasuki oleh pelancong. Jadinya, hati-hati ya kawan-kawan waktu menyusun itinerary. Sila semak status keselamatan sesuatu lokasi, jangan nak guna konsep 'aci-redah' di sini.

f) Local people
Percaya tak kalau saya katakan, walaupun bahasa menjadi penghalang mereka ini sangat membantu dan peramah. Tak perlulah kot sampai nak tanggal tudung di kepala sebab takut dengan mereka. Takde apa pun. Ya, memang mereka pandang kita atas/bawah, atas/bawah dengan muka penuh tanda tanya tapi biarkan ajelah. Derang takkan sesekali mengganggu.

g) Admission Fees
Tahu kan Bagan, Inle Lake dan Mandalay mengenakan bayaran masuk untuk setiap pelancong dengan kadar USD10-USD20 (bergantung pada tempat)? Kalau nasib menyebelahi, dapatlah kot elakkan diri dari membuat bayaran. Mahal giler kot kadar yang dikenakan. Kalau nasib tak baik, nak tak nak memang kena bayar. Bersiap sedialah huhuhu (saya dapat elak di Bagan tapi tak dapat nak elak waktu bas tiba di Nyaung Shwe huhuhu)

h) Cuaca
Sebelum kawan-kawan rembat tiket ke Mynmar, silalah check dulu musim di sana. Best time untuk travel di Mynmar adalah waktu musim sejuk sekitar bulan Nov - Feb. Manakala bulan Mac - May merupakan musim panas gile nak mati di sana. Suhu tertinggi waktu kami di sana mencecah 42 darjah ok! Masak! Kulit tak usah cakaplah, rentung tak hengat!(la ne tiap malam tempek tanaka nak kasi kulit cun kembali hehehe!). Bercinta dengan air mineral sepanjang di sana (mujurlah boleh refill di guesthouse secara percuma, kalau tidak pengsan asyik nak membeli).

Moga perkongsian ini membantu.

35 comments:

  1. Bagus la Zilla punya tips ni. Tang cuaca tu memang setuju. Saya pegi Jan tu nyaman je rasa. Tengah hari macam panas sket. Tapi tanah masih la kering kontang dan berdebu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jea, sementara tengah ingat ne..tang cuaca tu, mmg dasyatlah...panas yang benar2 panas..nak keluar bilik pun rasa tak sanggup huhuhu...

      Delete
  2. zilla..produk halal kat sana tu agak mahal atau tak terlampau mahal dibandingkan dengan harga kita kat sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. acik smile, tgk pada barang dan kedai juga..kalau sardin tin besar dalam 880K atau lebih kurang dalam RM2.50, murah sgt..tapi ne harga di inle lake.kalau di yangon agak mahal sedikit dari harga di msia ne...kalau nak beli mmg kena pejam mata, tak boleh nak convert..harus menangis mgenangkan harganya huhuhu

      Delete
  3. nape kena aktifkan debit card tu zilla?perlu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ, senang kalau ada emergency case...

      Delete
    2. haa.. zilla debit card boleh gune kat negare mane je..?? aritu luna pun ade masalah wit tak cukup... hadoii.. haru betul!!!

      Delete
  4. Wah ko beli eh bedak tanaka bawa balik Malaysia. Sungguh semangat Myanmar ni kalau memalam tepek bedak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli sebab murah..satu bekas cuma USD1 je Bibie...mula2 rasa macam, erkkk tak sanggup kot nak pakai..mynmar sgt kan? tapi bila dah try pakai best...sejuk je muka...lebih2 lagi kulit aku tgh terbakar ne, sesuai sgt kot pekena takana...

      Delete
  5. ada dlm bucket list nie.. thanks for the tips..

    ReplyDelete
  6. nak tips cemana nak jaga duit supaya tak keremot/terlipat tuh ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. nana, tak payah nak bertips bagai kot..asal simpan/susun duit tu elok2 dalam purse kira dah ok...nanti kat MC derang akan telek duit tu satu persatu..mcm saya aritu, duit tak keremot tapi tengah2 tu ada bekas line terlipat terus derang reject! hampeh sungguh hehehe

      Delete
    2. smpi mcm tu sekali kena belek...ish3...

      Delete
  7. wahhhh thank you for the tips! update cepat2~

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, John..tapi tak janji lah kot boleh update cecepat...semua bergantung pada mood :D

      Delete
  8. Kalau saya nak ke Myanmar... jejak Yangon pun dah cukup...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. En.Mie, yangon takde apa sangat kot....dgn cuaca, kepadatan pendduduk, traffic jam issh serabut sungguh..lagi baik kalau keluar dari yangon..inle sgt best encik...

      Delete
  9. Macam mana ye kalau nak cross border Myammar-Thailand? Senang tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu saya tak pastilah pula...mgkn web ini blh membantu http://www.go-myanmar.com/arriving-and-departing-over-land/

      Delete
  10. 42 derajat celcius ? beuuhh panas banget tuh mbak Zilla. bikin ketiak berkuah siang malam..
    Myanmar suatu saat nanti saya mesti ke sana. menyaksikan langsung keindahannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt panas mas gunadi..tak tahan..utk warga indonesia, free visa kan? lebih mudah kalau mau travel ke sana..

      Delete
  11. Wow panas nya 42 degree c. Siang n mlm pun panas ke zilla ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. malam biasa aje suhunya tak seperti di siang hari...

      Delete
  12. banyak tips ni hehe

    duit kyat yg diorang berurus niaga memang buruk zilla....susah tau nak tukar balik ke usd...geram je dengan money changer epot tu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara tengah ingat, Emy hehehe..

      bijak derang ne.jadinya, duit2 yang buruk kenalah bawa balik utk dijadikan tukun :D

      Delete
  13. Salam kenal..menarik2..banyak tempat2 yang berbeza utk dilawati...thanks for the idea... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal, erny.. terima kasih sudi singgah sini :)

      Delete
  14. Saya pegi Yangon bulan April. Memang panas nauzubillahhhh..
    Berpeluh peluh satu muka. Jalan cepat cepat pastu balik hotel bukak aircond.
    Keluar berita ada orang Myanmar kat Yangon meninggal sebab tahap kepanasan melampau.
    Patutlah tiket Air Asia murah masa ni. Rupanya.... ciss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun p april, mya.. bab panas tu mmg tak tau nak ckp macam manalah..hanya org yang dah melaluinya aje yang tahu rasanya macam mana; rasa mcm menggelegak otak ne hehehe...

      Delete