Pages

Tuesday, May 19, 2015

Mynmar 2015 : Day 1 ~ Perjalanan Panjang Menuju Aung Mingalar

Assalamualaikum

Untuk pengenalan boleh baca di sini -> Mynmar 2015 : Edisi Pengenalan! 

Entry kali ini agak panjang dan kurang gambar. Takde mood nak pegang kamera sepanjang berada di Mynmar.

Hari yang ditunggu-tunggu. Berdebar kot lebih-lebih lagi saya akan bergerak sendiri ke Yangon sebab kawan-kawan yang lain dah berlepas ke Yangon dengan flight awal pagi. Flight dijadualkan berlepas 1.40pm dari KLIA tapi dengan tak semena-mena ribut petir lah pula tengahari tu. Gara-gara itu flight delay hampir 45 minit.
Flight mula memasuki Mynmar, pemandangan di bawah memang gersang habis. 

Perjalanan ke Yangon mengambil masa 2.5 jam. Flight selamat mendarat tepat jam 3.35pm di Yangon International Airport. Waktu di Mynmar adalah lewat 1 jam 30 minit dari Malaysia.  Haih! Memang dah takde harapan nak kejar keretapi ke Bagan yang akan bertolak tepat jam 4.00pm. Takde harapan jugalah nak jumpa kawan-kawan yang lain yang akan bertolak ke Bagan dengan keretapi tersebut. 

Selesai segala urusan (luggage dan tukar wang), saya terus mencari Information Counter. Destinasi seterusnya adalah Aung Mingalar. Kalau ikutkan Aung Mingalar ne lebih dekat dengan airport, tambang teksi USD6 tapi nak berjimat punya pasal saya ambil keputusan untuk ambil public bus sahaja.

Takde bas yang menghubungkan antara airport dengan pusat bandar. Nak tak nak memang kena naik teksi dengan kos USD8. Kalu nak naik bas juga perlu menapak atau ambil teksi ke hentian bas yang terletak di 10 Mile, Pyay Rd.
 Bangunan yang kelihatan itulah Yangon International Airport.

Cara ke 10 Mile, Pyay Rd:
Keluar dari terminal dan belok kanan. Jalan terus hingga keluar ke main road, pusing kanan. Jalannnn je terus (jangan seberang jalan tau) sampai nampak bangunan civil aviation di belah kiri, jalannnnn lagi hingga jumpa sekali lagi bangunan civil aviation di belah kanan. Time ne kalau nak meraung pun dipersilakan tapi jangan pula berhajat nak patah balik, dah separuh perjalanan dah pun. Teruskan berjalan sampai jumpa "Welcome to Mynmar", jalan terus lagi sampai hujung, dan akan jumpa sekali lagi gerbang "Welcome to Mynmar". Simpang tiga di sini, kawan-kawan belok je ke kanan. Terus berjalan hingga kawan-kawan nampak hentian bas di arah yang bertentangan. Seberang jalan dan tunggu bas no. 51 untuk ke pusat bandar. Bagitahu konduktor bas nak turun di Sule Pagoda. Tambang bas adalah 200kyat (70sen).

Peringatan : Takdenya maknanya dari airport ke Mile 10 mengambil masa 10-15 minit dengan berjalan. Jauh giler tu, hampir 30 minit juga tau masa yang saya ambil untuk tiba di Mile 10! Memang boleh naik giler dibuatnya lebih-lebih kalau bebanan melampau-lampau beratnya ditambah pula dengan cuaca yang menyengat dan hon dari kenderaan yang lalu lalang. Haih, terasa macam menyesalnya tak ambil teksi. Kalau kawan-kawan nak cuba cara ni, silakan. Yang pasti memang banyak boleh jimat.

Di Mynmar semua tulisan adalah dalam bahasa mereka. Memang takde cara lain kecuali bertanya. Kalau segan nak bertanya, tiap kali ada bas berhenti jerit aje "Sule Pagoda". Kalau konduktor kata ok, barulah naik. Kalau derang geleng-gelengkan kepala tu tak payahlah naik. Entah ke mana pula nanti perginya.
Suasana dalam bas. Emm tak sangka juga bila ada satu couple ne boleh bantai beromen dalam bas. Pakcik-pakcik yang ada dok tengok tak kelip mata sambil tersengih-sengih. Pastu dok pandang saya atas bawah dengan senyum kambingnya *pehal?? huhuhu.

Saya turun berdekatan City Hall. Di sini saya memang ikut arahan yang diberikan oleh Jea untuk ke Aung Mingalar. Katanya ada minivan berdekatan City Hall tapi jenuh cari, bayang pun takde. Tanya orang, derang pun tak tahu pasal minivan tersebut. Derang bagi cadangan untuk saya ambil bas no. 43 ke Aung Mingalar.

Cara ke Aung Mingalar dari City Hall:
Ambil bas no.43 di bus stop berhadapan City Hall dengan tambang 300kyat (RM1.05). Maklumkan pada konduktor bas atau minta bantuan dari penumpang yang lain untuk maklumkan pada kawan-kawan jika bas mula menghampiri Aung Mingalar. Saya diturunkan di main road berdekatan Aung Mingalar selepas 1 jam 45 minit mengharungi traffic jam.

Saya ada 30 minit sahaja lagi sebelum bas bergerak menuju ke Bagan. Dari main road memang berpusing kot nak cari mana letaknya bangunan JJ Express ne. Asyik salah masuk bangunan je huhuhu. Jaga-jaga waktu di Aung Mingalar sebab ramai yang akan mengekor dan mendesak untuk guna service mereka sebagai penunjuk arah dengan upah USD8 (mahal giler!). Saya tolak dengan baik offer yang diberi walaupun derang ne mengekor ke mana saja saya p. 2-3 kali tersesat, akhirnya berjumpa juga dengan bangunan JJ Express. Awatlah jauh sangat ke belakang lokasinya huhuhu. Apa-apa hal pun, kena tukar tiket dan buat bayaran. Harga tiket ke Bagan adalah 18,500kyat. Apa yang best, layanan derang memang tip toplah. Backpack dibalut dengan beg plastik cantik-cantik dan barulah disusun elok-elok dalam "perut bas". Siap ada "pramugari" lagi bagi kopi panas waktu menunggu ketibaan bas.
 Tiket bas je yang ada. Tak teringat pun nak ambil gambar bas huhuhu

Tepat 8.00pm, bas bergerak meninggal Yangon menuju Bagan. Layanan dalam bas memang wow lah. Dapat mineral water dan roti berserta asam apatah. Sepanjang perjalanan, 2 kali jugalah bas berhenti di R&R. Perjalanan dijangka mengambil masa dalam 8jam (lebih kurang). Saya pengsan kepenatan.

* Air mineral bersaiz besar dijual dengan harga 400kyat di Aung Mingalar begitu juga air berkarbonat seperti fanta. Cuma coke dijual agak mahal sedikit, 800kyat.

* bersambung di hari kedua

32 comments:

  1. Macam travel solo je ....10 mile tu jalan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. atau dlm bahasa kita Bt.10, Jln Pyay..kitaorg b'4 ke mynmar..cuma flight je lain2...

      Delete
    2. En AB...bukan si Zilla tu jalan 10mile...tetapi 30 menit jalan nak sampai ke 10 mile, pyay road...bila Zilla cakap jln dgn bebanan beg mcm tu..ohh x sanggup

      Delete
    3. zilla nape beli tiket lambat...? kalau luna tatau laa gigih tak nk jalan 30 minit sensorang dengan kat tempat org tu...

      Delete
  2. haha aku bagi direction salah ke.. Nama minivan tu Aung Mahar, kaler hijau. Dia memang tak tunggu situ cuma tu kat city hall tu laluan dia.

    Untung dapat merasa naik bas kat sana, teringin nak buat tapi takde destinasi nak naik :)

    Couple kat sana bersepah-sepah kan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah Jea..aku siap sebut lagi Aung Mahar tu..ke salah sebutan? hahaha..

      aku mula2 naik bas tu pening..geli pun ada..mana taknya dok belakang driver..kalau aku pandang depan nampak sipi lengannya yang hanya bersinglet..erkkkk!

      couple mmg bersepah..dan tak sangka pulak derang ne mmg berani..siap ada sign "no sex" kat inya lake tu :D

      Delete
  3. Sah2 raungan tiada berguna kalau dah half way gi bus stop dari airpoirt tu. Nak meraung biar masa kat airport lagi. Kalau aku confirm ah naik teksi. Tapi xtentu gak sebab kekadang datang bengong aku tetiba gigih jalan kaki dekat 30min.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnyakan Bie, sepanjang aku jalan kaki tu ramai je driver teksi yang hon dan berhenti..tapi sebab aku pegang ayat minah kat kaunter tu, aku gagahkan diri jugalah...pastu bila aku pikir2 balik, bagus gak aku teruskan dgn pilihan aku utk berjalan sampai ke hujung..bayangkan kalau tetiba aku tahan teksi dan minta hantar terus ke Aung Mingalar, sah2 aku takkan ada duit untuk bayar tambang bas ke Bagan tu huhuhu

      Delete
    2. haa... ape yang minah kat kaunter tu ckp..??

      Delete
  4. mana best naik bas ke naik ketapi zilla?both makan masa sama ke 8 jam or ketapi lagi lembab?hehe masa bila sedar duit dah takde tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ, soalan tu nanti saya jawab di entry berikutnya hehehe...duit tu saya sedar takde waktu dalam bas menuju Aung Mingalar..saya tak tau tercicir dalam bas yang sebelumnya ke apa huhuhu

      Delete
  5. Takde ke gambar pasangan tuu?
    Kalau Super Meng mesti dah snap lima keping burst shooting.
    Haha

    -hannan-
    -www.kembaraanakmuda.com-

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah pula...segan pun satu hal kot nak ambil gambar :D

      Delete
  6. dah byk baca blog travel yg story pengalaman ke Myanmar..rata2 bagi good review berkenaan JJ Ekspress ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JJ Express mmg terbaik JM, padanlah dengan harganya..cuma satu je yang tak syok, service nya terhad

      Delete
  7. couple beromen? apa yg dorang buat..kah kah kah...kalau JM mahu terjegil mata tgk mcm pakcik2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi JM .....itu pun ko nk tanya zilla......cian dia susah nk jawab........

      Delete
    2. aduhai JM, boleh tanya lagi derang buat apa huhuhu..saya tak berapa nak kisah pun apa derang buat, cuma sesekali terpandang waktu sebab derang duduk betul2 depan saya....saya lebih kisah dengan gelagat pakcik2 tu...seram!!

      Delete
    3. ahahahaah....En AB....mesti tahu kan..JM x tahu

      Zilla...saje nk usik U heeeee

      Delete
  8. beromen heavy ke light-light? ---> boleh tak tanye soklan centu !!

    takde mood pegang kemere...keletihan le tu eh. harap kat Bagan rajin angkat kemere :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nak jawab soalan tu boleh tak?

      aku ne nak pegang kamera mmg kena ada mood nana..7 hari kat sana, cuma 1000 kpg gambar je aku snap tu pun tah apa2 huhuhu..kat bagan, aku cuma ambil gambar temple 2-3 ketul, gambar sunset dan sunrise 2-3 ketul..selebihnya aku tangkap guna biji mata..semuanya dalam ingatan hehehe...

      Delete
    2. Ko jgn zilla...aku mengharapkn ganba bagan cun2 dari ko *jgn seteghess haha. Bagan ni wishlist tp memandngkn situasi kt sana skang..pending lg jwbnya

      Delete
    3. mmg takde pun nana hehehe...apakata ko p ajelah...tgk, lihat, saksikan sendiri dan buat rumusan dgn apa yang berlaku skrg berdasarkan pemerhatian ko di sana ;-)

      Delete
    4. hahah... betul2...! kalau u pergi zilla.. kiteorg mmg berharap gamba cun2!!

      Delete
  9. Mmg gersang pemandangan dari atas.. berbeza dngn negara2 maju kan..hehe... suasana dalam bas tu mcm bas kat india eh...he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg gersang giler kecuali masa fight mula memasuki Yangon, dah nampak hijau2nya hehehe...sama atau lagi teruk keadaannya kak?

      Delete
  10. kuatnya semangat kamu zilla......... :)
    membaca pengalaman zilla travel ni macam-macam yang achik smile dapat kutip

    ReplyDelete
    Replies
    1. achik smile, kutip yang elok2 aje tau..yang tak elok tu tolak tepi2 :)

      Delete
  11. teguh betul mbak Zilla ini. sekali mau naik bis harus naik bis. sekali niat jalan kaki tetap jalan kaki. ngak tergoda dengan tukang taxi. tak tergoda dengan orang yg menawarkan service antar cari alamat. kalau saya sudah nyerah mending naik taxi dan mending minta diantar cari alamat konter bis JJ expres ke Bagan itu...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak teguh pun mas tapi apa yang saya lakukan kerna saya udah tidak ada pilihan...

      Delete
    2. p kan zilla.. kalau jalan kaki tu boleh jimat banyak.. n ade pulak membe yang sekepale.. boleh je layan jalan kaki.. hahahaha..

      Delete