Percaya tak kalau saya katakan kami singgah di Bagan hanya untuk sunset dan sunrise semata-mata dan bukannya untuk melawat temple dan stupa yang bersepah di sekitarnya? Gigih!!
***
Untuk makluman kawan-kawan, bas tak kiralah dari mana asalnya tidak akan membawa penumpang terus ke Bagan. Hentian terakhir adalah di Nyaung U, kira-kira 7km dari Bagan. Dari sini ada beberapa pilihan pengangkutan yang boleh digunakan; hanya yang perlu dilakukan adalah tepuk poket, tebal ke tidak duit dalamnya hehehe! Kalau nak budget boleh cari local taxi dan kongsi dengan penumpang yang lain dengan tambang 1,500kyat. Kalau budget lebih sedikit boleh kongsi minivan dengan harga 4,000kyat (USD4), ojek atau teksi motosikal dengan harga USD6 atau boleh juga nak jalan kaki. Untuk private taxi, tak pasti pula berapa harganya mungkin sekitar USD8-USD10 bergantung pada skill menawar.
Bas memasuki Nyaung U, hentian terakhir untuk ke Bagan tepat jam 4.18am. Jarak dari Nyaung U ke New Bagan (di mana kebanyakan hotel/guesthouse beroperasi) dalam 7km. Ada beberapa pilihan transport untuk ke New Bagan dan Old Bagan dari sini dan salah satu cara yang paling menjimatkan dan murah adalah dengan menaiki local teksi, tambang hanya 1,500kyat. Namun pagi-pagi buter macam tu bayang teksi pun tak nampak. Turun aje dari bas, terus diserbu dengan local yang menawarkan service masing-masing. Ada seorang pakcik tawarkan saya USD6 ke New Bagan dengan menaiki motosikal. Check beg, err duit hanya berbaki 4,500kyat. Tak mampu. Saya try tanya satu group "omputih" kotlah boleh tumpang transport mereka. Mula-mula derang kata tak boleh (mereka 9 orang) tapi mungkin mereka tengok saya terkontang-kanting sorang-sorang di situ, akhirnya mereka mempelawa saya untuk berkongsi minivan. Kos adalah 4,000kyat.
Tiba di satu lokasi (tidak jauh dari hentian bas),minivan berhenti dipinggir jalan dan kami dimaklumkan untuk menyediakan USD20 atau 20,000kyat untuk Bagan Zone Admission Fee. Garu kepala, sah takde duit nak bayar. Saya minta turun dari driver minivan dan terus ke office mereka. Tujuan, nak maklumkan pada mereka situasi saya. Dalam masa yang sama saya cuba minta bantuan dari pelancong yang lain tapi nan-ado. Tak berjaya pun! Hati dah risau sangat dah kotlah kena halau dengan mereka dari tempat tu; mana lagi saya nak p. Bila tengok keadaan sudah kembali lengang, saya cuba terangkan kembali apa yang saya hadapi saat itu. Berkali-kali dok ulang benda yang sama sebab nak bagi mereka faham apa yang cuba saya sampaikan. Akhirnya, mereka lepaskan saya tanpa sebarang bayaran dengan jaminan saya takkan pergi di mana-mana temple/stupa ternama dan kawan-kawan saya akan tiba tengahari itu di Bagan. Misal kata saya tertangkap, sendiri tanggunglah.
Tiba di satu lokasi (tidak jauh dari hentian bas),minivan berhenti dipinggir jalan dan kami dimaklumkan untuk menyediakan USD20 atau 20,000kyat untuk Bagan Zone Admission Fee. Garu kepala, sah takde duit nak bayar. Saya minta turun dari driver minivan dan terus ke office mereka. Tujuan, nak maklumkan pada mereka situasi saya. Dalam masa yang sama saya cuba minta bantuan dari pelancong yang lain tapi nan-ado. Tak berjaya pun! Hati dah risau sangat dah kotlah kena halau dengan mereka dari tempat tu; mana lagi saya nak p. Bila tengok keadaan sudah kembali lengang, saya cuba terangkan kembali apa yang saya hadapi saat itu. Berkali-kali dok ulang benda yang sama sebab nak bagi mereka faham apa yang cuba saya sampaikan. Akhirnya, mereka lepaskan saya tanpa sebarang bayaran dengan jaminan saya takkan pergi di mana-mana temple/stupa ternama dan kawan-kawan saya akan tiba tengahari itu di Bagan. Misal kata saya tertangkap, sendiri tanggunglah.
Tiket ne wajib simpan dan bawa kemana-mana.
Di Bagan, kami menginap di Ostello Bello. Memang rekemanlah hostel ne, terbaik! Bilik penuh, tak boleh nak check in. Lepak ajelah kat situ sambil layan kopi, message adik untuk hantar bantuan, tidur, cuci mata dan sebagainya. Mungkin melihatkan saya sangat kebosanan, ada seorang minah dari Vietnam (lupa namanya) sapa dan ajak saya berborak. Borak punya borak, dia serahkan kunci E-Bike nya pada saya dan suruh saya lenjan sampai lebam (dia pula akan bergerak ke Mt.Popa).
Ostello Bello, New Bagan
E-Bike dah ada tapi macam mana pula nak guna? Basikal saya retilah nak
guna. Saya minta adik-adik di depan hostel buat tutorial macam mana nak
guna benda ne hahaha! Macam senang tapi tak confident langsung nak bawa.
Berkali-kali adik-adik tu tunjuk, la ne terserah pada saya samada nak
cuba atau pun tidak. Separuh dari diri bagi arahan untuk try sebab
tak nak ulang perkara yang sama waktu di NZ tempohari. Menyesal tak
sudah sebab tunduk dengan ketakutan sendiri. Separuh diri pula kata
jangan cuba, nanti accident. Memang berbelah bagi tapi bila fikir-fikir balik sampai bila nak tunduk pada ketakutan sendiri. Saya nak buktikan yang saya boleh buat. First time cuba,
'melompat' jugalah E-Bike ne ke depan. Nasib adik-adik tu sempat tarik
dari belakang. Cuba lagi dan yeayyy berjaya jugalah bawa walaupun
kelajuan, errr siput varvi lagi laju kot. Ahhh tak kisahlah!! Dalam berjaga-jaga tu pun sempat lagi saya p sodok belakang motor orang. Pecah lampu belakang dibuatnya. Mujur tak kena bayar ganti rugi, kalau tidak meraunglah sekali lagi huhuhu.
E-Bike yang dipinjamkan kepada saya oleh minah Vietnam.
Jom ikut saya jalan-jalan.
Tak suka cara mereka ini memandu, suka sangat hon-hon-hon. Lepas tu kita pula kena ketepi untuk bagi mereka laluan huhuhu. Motosikal tu hanya untuk local, pelancong tak boleh sewa.
Ini memang kawasan fav saya. Cuma tak sempat nak explore habis, panas sangat. Tak sanggup!
Sebahagian temple yang ada.
Lori yang sempoi.
* bersambung.
E bike . Kan best tu....sendirian tanpa duit di tmpt org....klu sya pun pengsan kot.
ReplyDeletetu yg takut nk jln solo....
lelaki tak perlu takut nak jalan solo...kalau perempuan lainlah encik...
Deleteuntung lah Mbak Zilla naik JJ expres ya.. ngak naik kereta api. selalu ada untung dibalik kesusahan..hehe.
ReplyDeletedari satu sudut, saya bersyukr sebab terlepas train..tapi dari sudut yang lain, saya kesian sama teman2 saya, mas gunadi...seharusnya susah senang sama2, kan? tapi semuanya dah tertulis...kerna terpisah dengan merekalah saya melalui pengalaman yang lain dari kebiasannya...
Deletejadi kesimpulanye lebih baik naek jj espress dari train la kn.. huhu.. 21 jam tu lame betul... tapi kalau malam ok lah, boleh tido je.. kalau siang.. alahaii...
Deleteactually, ada je company bas lain utk ke Bagan..cuma JJ ne antara yang terbaik dari segi service...utk train ke Bagan memang hanya ada satu trip sahaja sehari, jam 4.00pm...
DeleteLayan naik E-bike !
ReplyDeletehahaha..kalau kamu pasti rembit tak henget dunia dengan e-bike ini :D
Deletehehe... e-bike ni tak macam motosikal eh..??
Deletegabungan antara motosikal dan basikal dan menggunakan kuasa bateri...
Delete21 jam naik train?? dekat 1 hari tu...arghhhh!!! Zilla tolong cter pengalaman dorang tu nanti ye
ReplyDeletezila, tu pun nasib tak delay tau..kawan2 saya cerita, memang tak boleh nak tido dalam train tu..nak solat pun susah sebab bumping sampai derang terpaksa solat duduk sebab ada yang terhantuk ke bumbung keretapi...aircond mmg takde, hanya ada kipas..dah la tu ada satu part tu kipas derang tak berfungsi kena panggil org tolong betulkan.nyamuk pun byk..pendek kata, mmg nightmare lah...
Deletehadoii... aircond takde 21jam.. kipas pon rosak..? mm.. mmg ade hikmah la u sampai lambat zilla...
Deletemmg takde aircond, cuma yang ada kipas aje..utk perjalanan panjang, agak sengsara kot...
DeleteZilla...lepas turun bas sebaik sampai di stesen Nyaung U tu...duit tinggal 4,500 kyat je? kiranya dalam perjalanan tu duit dah lesap? kiranya bila dah bayar 4000kyat utk minivan tu tinggal 500kyat lah eh?
ReplyDeletepastu...tiket 20usd tu minta ihsan dari kawan2 yg baru sampai naik train tu eh? 21 jam naik train? mmg x sanggup!!!!
haa... nk tanye gak pasal duet lesap tu... kat mane sebenarnye lesap..?? mase naik bas tu ke..???
Deletedalam bas lah kot luna..saya mmg tak perasan...tau2 dah takde...
Deletehahaha.. zilla.. kalau u kate u g bagan semate2 utk sunset.. haha.. memang opkos pecaye! sbb hasil die pon memang cun! =D
ReplyDeleteterima kasih luna :D
Deletemmg gamble ko ni zilla duit sikit cenggitu pun tetap kuar merayap...
ReplyDelete*ok nak khatam entry bagan seterusnya. baru tgk blog ni = ='
nana, mujur jugalah aku keluar merayap..kalau tidak harus aku mati kutu kat hostel tu sementara tunggu yang lain tiba..
Delete