Pages

Friday, May 22, 2015

Mynmar 2015 : Day 2 ~ Memburu Sunset di Bagan

Mynmar 2015 : Day 2 ~ Sendirian di Bagan

Kami hanya bergerak keluar sekitar jam 4.00pm untuk memburu sunset. Ada beberapa lokasi yang biasanya dikunjungi oleh pelancong untuk melihat sunset di Bagan ni, antara yang paling ternama adalah Shwesandaw Temple atau dikenali juga sebagai "sunset temple". Kami tak berhajat ke sini, dah sahlah saya tak lepas masukkan? Kami dapat info dari pihak hostel, banyak temple yang tidak bernama sebenarnya menyajikan pemandangan sunset yang menarik. Kelebihan ke temple-temple ini, tak perlu nak berebut untuk mendapatkan spot menarik untuk shoot sunset. Selain dari itu, pelancong boleh memasuki kawasan tersebut tanpa perlu menunjukkan tiket Bagan Admission Fee. Satu yang tak syok, nak cari lokasi temple tak bernama ne memang agak susah sebab tidak tertulis dalam map. Jadinya kita perlu bergantung pada local jugalah untuk tunjukkan di mana lokasi temple tersebut.
Sorry gambar agak blur, untuk sunset saya bulatkan dengan pen merah.

Sebelum itu kami singgah menyewa E-Bike. Untuk 1/2 day kosnya adalah 4,000kyat untuk 2 orang (puaslah juga tawar-menawar). Sistem derang ne pelik sikit. Harga yang ditawarkan untuk E-Bike adalah untuk satu kepala. Misal kata nak naik berdua (macam kami), kena topup lagi dan pandai-pandailah menawar dengan mereka ini. Misal kata nak pakai untuk keesokkan harinya untuk sunrise, pastikan book dari awal (perlu bayar deposit) sebab mereka perlu charge bateri.

E-Bike dah ada, kami sepakat untuk beli tiket ke Inle Lake esoknya. Untuk ke Nyung Shwe, Inle Lake dari Bagan dengan bas hanya ada 2 sesi sahaja iaitu 8.00am (minivan) dan 7.00pm (aircond bas). Tambang untuk minivan, tak ingat berapa tapi untuk bas adalah 11,000kyat (USD11). Kos ini termasuk pickup service dari penginapan ke hentian bas di Nyaung U. Tiket dah ada, kami mencari pula money changer untuk buatkan saya bernafas kembali tapi tulah, RINGGIT MALAYSIA TAK LAKU DI MYNMAR. Nak tak nak, kenalah aktifkan kad bank untuk buat pengeluaran huhuhu.

Untuk ke temple, kami ikut jalan menuju ke airport. La ne kami hanya perlu mencari Dhamma-Ya-Za-Ka Pagoda dan ikut jalan disisinya untuk mencari temple yang dimaksudkan.
Jalan menuju Dhamma-Ya-Za-Ka Pagoda. Yang kelihatan tu rumah penduduk. Emm, bersyukurlah dengan apa yang kita kecapi sekarang. Jauh sangat perbezaannya. Namun satu yang ketara mereka ini sangat pembersih. Laman rumah bersih tanpa sebarang sampah sarap atau dedaun kering yang gugur.
Singgah di gerai pakcik ni untuk pekena air tebu. Err, mesin tu bukan ke mesin getah?
Panas-panas terik pekena air tebu, memang heaven lah! :D

Tekak dah basah dah basah dengan air tebu, urat-urat pun dah longgar jom kembali memburu hantu sunset.
Inilah Dhamma-Ya-Za-Ka Pagoda. Nak masuk sini kena tunjuk tiket.
Kami bertapa di sini untuk sunset. Best giler sebab kami sahaja di sini dengan ditemani 2 orang penjual lukisan.

Lama kami lepak di temple tak bernama ne. Satu yang perlu kawan-kawan ambil perhatian tiap kali nak masuk di mana-mana tempel/pagoda/stupa sila tanggalkan kasut masing-masing. Konsepnya sama macam kita masuk masjid jugalah.
Pemandangan keliling dari atas temple.

Matahari oh matahari, janganlah dikau malu-malu petang ne huhuhu
Matahari saat ini memang cun habislah. Berbaloi rasanya datang sini walaupun berkali sesat.
Sambil-sambil ambil gambar dan layan view keliling, kami layan penjual lukisan ne berborak. Macam-macamlah yang kami bualkan sampai hubungan antara Indonesia-Australia pun mamat ne tanya kat kitaorang. Haih, advance sungguh derang ne :D
View dari sisi yang berbeza pula.
Matahari makin jatuh.

Betullah kata orang, panas tak semestinya sampai ke petang. Dari suasana yang cun melecun tetiba pula matahari berselindung di balik awan yang tebal dan terus terlindung sampai ke sudah. Haih, dalam kehampaan namun tetap puas hati kot.
 
Matahari dah mula terselindung di balik awan.
Apa pun dah takde
Ini ajelah yang kelihatan.

Bila keadaan keliling sudah semakin gelap, kami ambil keputusan untuk kembali ke hostel. Singgah di kedai runcit untuk beli stok makanan seperti sardin, bawang dan sebagainya. Hari yang panjang, malam itu kami lepak di hostel dan lepas aje dinner terus hanyut entah ke mana. Letih kot!

Info tambahan:
Tiada restoran halal di Bagan tapi kawan-kawan boleh beli nasi putih dengan harga 500kyat dan telur dadar (asalkan takde rasa was-was) atau pun bawa travel cooker dan masak sendiri dalam bilik. Terserah pada pilihan masing-masing.

*bersambung

22 comments:

  1. Panas-panas terik pekena air terjun, memang heaven lah! :D

    air terjun ke air tebu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha *sorok muka bawa meja...

      Delete
    2. kalau kat kemboja air tebu dengan perahan limau mmg sedap.. kat sini pun tebu gak ke..?

      Delete
    3. err luna, dah nama pun air tebu haruslah dengan tebu hehehe...konsepnya sama jugalah, derang perah tebu tu sekali dgn limau ;-)

      Delete
  2. Cantiknya!
    Zilla tatau sejak bila achik smile tetiba sukakan sunset dulu tak suka hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. achik smile mgkn faktor umur juga kot macam yg achik ckp haritu hehehe..

      Delete
  3. Insya Allah. Nanti sampai juga laa saya ke sini.

    ReplyDelete
  4. Zilla...JM muyskil..kenapa byk sgt tempel/pagoda/stupa tu eh...ada kecik ada besar..pastu letak nya berdekatan...ada pintu masuk tak setiap stupa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM kalau nak lebih tau pasal Bagan ne kena baca sejarahnya...saya malas sebenarnya nak copy paste info mengenainya.tapi takpelah, saya copy sikit utk JM

      "From the 9th to 13th centuries, the city was the capital of the Kingdom of Pagan, the first kingdom to unify the regions that would later constitute modern Myanmar. During the kingdom's height between the 11th and 13th centuries, over 10,000 Buddhist temples, pagodas and monasteries were constructed in the Bagan plains alone, of which the remains of over 2200 temples and pagodas still survive to the present day."

      mmg ada pintu masuk..tapi kalau JM pergi waktu off season (macam kami ne), banyak temple/pgoda/stupa ditutup kepada pelancong..derang akan pagar atau kalau masuk pun derang akan lock pintu untuk ke menara....

      Delete
    2. oh.. sebb kat sane agama die buddha la kn... tu y banyak pagoda...

      Delete
  5. Sunset yg sangat indah.
    Wow.. banyaknya pagoda di Bagan. sampai banyak lagi yang tak mempunyai nama. ada berapa banyak sebenarnya pagoda di situ Mbak Zilla ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekitar 2000 mas gunadi..ada yang strukturnya masih kukuh dan ada juga yang udah runtuh sebahagiannya...

      Delete
  6. Zilla ,bnyaknya temple..dekat2 pulak tu....ini kat tmpt tertentu or kebnyakannya memang camm ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang beginilah suasananya di Bagan, encik...

      Delete
  7. haha.. patutnye e-bike tu lagi ramai naek lagi untung laa kan... tapi die kire kepale... bagi senyum manis mintak kurang harge laa ek.. =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tawar ajelah apa yang ada ttp tak jalan luna..harga utk ebike mmg derang charge perkepala; tak tahulah kenapa huhuhu...

      Delete
  8. cantik !!!

    so, ko tunjuk tiket semalam ke cemana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nana, hanya sesetengah temple je yang kena tunjuk tiket utk masuk. biasanya temple2 yang besar2 dan ternama..kalau temple2 ala sendu-mendu dan terpencil mmg takde petugas yang bertugas..so ko blh masuk dgn senang hati macam aku ne yang takde tiket masuk hehehe..

      Delete