Mynmar 2015 : Day 2 ~ Sendirian di Bagan

Thursday, May 21, 2015

Sambungan dari sini Mynmar 2015 : Day 1 ~ Perjalanan Panjang Menuju Aung Mingalar

Percaya tak kalau saya katakan kami singgah di Bagan hanya untuk sunset dan sunrise semata-mata dan bukannya untuk melawat temple dan stupa yang bersepah di sekitarnya? Gigih!!

***

Untuk makluman kawan-kawan, bas tak kiralah dari mana asalnya tidak akan membawa penumpang terus ke Bagan. Hentian terakhir adalah di Nyaung U, kira-kira 7km dari Bagan. Dari sini ada beberapa pilihan pengangkutan yang boleh digunakan; hanya yang perlu dilakukan adalah tepuk poket, tebal ke tidak duit dalamnya hehehe! Kalau nak budget boleh cari local taxi dan kongsi dengan penumpang yang lain dengan tambang 1,500kyat. Kalau budget lebih sedikit boleh kongsi minivan dengan harga 4,000kyat (USD4), ojek atau teksi motosikal dengan harga USD6 atau boleh juga nak jalan kaki. Untuk private taxi, tak pasti pula berapa harganya mungkin sekitar USD8-USD10 bergantung pada skill menawar.

Bas memasuki Nyaung U, hentian terakhir untuk ke Bagan tepat jam 4.18am. Jarak dari Nyaung U ke New Bagan (di mana kebanyakan hotel/guesthouse beroperasi) dalam 7km. Ada beberapa pilihan transport untuk ke New Bagan dan Old Bagan dari sini dan salah satu cara yang paling menjimatkan dan murah adalah dengan menaiki local teksi, tambang hanya 1,500kyat. Namun pagi-pagi buter macam tu bayang teksi pun tak nampak. Turun aje dari bas, terus diserbu dengan local yang menawarkan service masing-masing. Ada seorang pakcik tawarkan saya USD6 ke New Bagan dengan menaiki motosikal. Check beg, err duit hanya berbaki 4,500kyat. Tak mampu. Saya try tanya satu group "omputih" kotlah boleh tumpang transport mereka. Mula-mula derang kata tak boleh (mereka 9 orang) tapi mungkin mereka tengok saya terkontang-kanting sorang-sorang di situ, akhirnya mereka mempelawa saya untuk berkongsi minivan. Kos adalah 4,000kyat.

Tiba di satu lokasi (tidak jauh dari hentian bas),minivan berhenti dipinggir jalan dan kami dimaklumkan untuk menyediakan USD20 atau 20,000kyat untuk Bagan Zone Admission Fee. Garu kepala, sah takde duit nak bayar. Saya minta turun dari driver minivan dan terus ke office mereka. Tujuan, nak maklumkan pada mereka situasi saya. Dalam masa yang sama saya cuba minta bantuan dari pelancong yang lain tapi nan-ado. Tak berjaya pun! Hati dah risau sangat dah kotlah kena halau dengan mereka dari tempat tu; mana lagi saya nak p. Bila tengok keadaan sudah kembali lengang, saya cuba terangkan kembali apa yang saya hadapi saat itu. Berkali-kali dok ulang benda yang sama sebab nak bagi mereka faham apa yang cuba saya sampaikan. Akhirnya, mereka lepaskan saya tanpa sebarang bayaran dengan jaminan saya takkan pergi di mana-mana temple/stupa ternama dan kawan-kawan saya akan tiba tengahari itu di Bagan. Misal kata saya tertangkap, sendiri tanggunglah.
Tiket ne wajib simpan dan bawa kemana-mana.

Di Bagan, kami menginap di Ostello Bello. Memang rekemanlah hostel ne, terbaik! Bilik penuh, tak boleh nak check in. Lepak ajelah kat situ sambil layan kopi, message adik untuk hantar bantuan, tidur, cuci mata dan sebagainya. Mungkin melihatkan saya sangat kebosanan, ada seorang minah dari Vietnam (lupa namanya) sapa dan ajak saya berborak. Borak punya borak, dia serahkan kunci E-Bike nya pada saya dan suruh saya lenjan sampai lebam (dia pula akan bergerak ke Mt.Popa).
 
Ostello Bello, New Bagan

E-Bike dah ada tapi macam mana pula nak guna? Basikal saya retilah nak guna. Saya minta adik-adik di depan hostel buat tutorial macam mana nak guna benda ne hahaha! Macam senang tapi tak confident langsung nak bawa. Berkali-kali adik-adik tu tunjuk, la ne terserah pada saya samada nak cuba atau pun tidak. Separuh dari diri bagi arahan untuk try sebab tak nak ulang perkara yang sama waktu di NZ tempohari. Menyesal tak sudah sebab tunduk dengan ketakutan sendiri. Separuh diri pula kata jangan cuba, nanti accident. Memang berbelah bagi tapi bila fikir-fikir balik sampai bila nak tunduk pada ketakutan sendiri. Saya nak buktikan yang saya boleh buat. First time cuba, 'melompat' jugalah E-Bike ne ke depan. Nasib adik-adik tu sempat tarik dari belakang. Cuba lagi dan yeayyy berjaya jugalah bawa walaupun kelajuan, errr siput varvi lagi laju kot. Ahhh tak kisahlah!! Dalam berjaga-jaga tu pun sempat lagi saya p sodok belakang motor orang. Pecah lampu belakang dibuatnya. Mujur tak kena bayar ganti rugi, kalau tidak meraunglah sekali lagi huhuhu.
E-Bike yang dipinjamkan kepada saya oleh minah Vietnam.

Jom ikut saya jalan-jalan.
 Tak suka cara mereka ini memandu, suka sangat hon-hon-hon. Lepas tu kita pula kena ketepi untuk bagi mereka laluan huhuhu. Motosikal tu hanya untuk local, pelancong tak boleh sewa.
 Ini memang kawasan fav saya. Cuma tak sempat nak explore habis, panas sangat. Tak sanggup!
 Sebahagian temple yang ada.
 Lori yang sempoi.

Tak lama pun saya pusing-pusing sendiri. Bosan kot semuanya temple. Nak baca info yang ada pun tak boleh sebab semuanya dalam bahasa mereka. Saya ambil keputusan gerak balik ke hostel dengan harapan kawan-kawan dah sampai tapi hampa. Lama gile saya tunggu, dalam 12.++pm jugalah baru kawan-kawan saya tiba. Bayangkan dari Yangon ke Bagan, mereka habiskan masa 21 jam dalam keretapi (itu pun nasib tak delay). Sampai-sampai je semua mengadu serik nak naik train lagi di Mynmar. Muka masing-masing memang sangat-sangat keletihan. Patutlah masa saya borak-borak dengan pelancong yang sama-sama menginap di Ostelllo Bello, mereka memberikan komen yang sama "nightmare" untuk train. Sekarang, saya dah tahu seteruk mana keadaannya bila melihatkan keadaan kawan-kawan saya...

* bersambung.

You Might Also Like

21 comments

  1. E bike . Kan best tu....sendirian tanpa duit di tmpt org....klu sya pun pengsan kot.
    tu yg takut nk jln solo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki tak perlu takut nak jalan solo...kalau perempuan lainlah encik...

      Delete
  2. untung lah Mbak Zilla naik JJ expres ya.. ngak naik kereta api. selalu ada untung dibalik kesusahan..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari satu sudut, saya bersyukr sebab terlepas train..tapi dari sudut yang lain, saya kesian sama teman2 saya, mas gunadi...seharusnya susah senang sama2, kan? tapi semuanya dah tertulis...kerna terpisah dengan merekalah saya melalui pengalaman yang lain dari kebiasannya...

      Delete
    2. jadi kesimpulanye lebih baik naek jj espress dari train la kn.. huhu.. 21 jam tu lame betul... tapi kalau malam ok lah, boleh tido je.. kalau siang.. alahaii...

      Delete
    3. actually, ada je company bas lain utk ke Bagan..cuma JJ ne antara yang terbaik dari segi service...utk train ke Bagan memang hanya ada satu trip sahaja sehari, jam 4.00pm...

      Delete
  3. Replies
    1. hahaha..kalau kamu pasti rembit tak henget dunia dengan e-bike ini :D

      Delete
    2. hehe... e-bike ni tak macam motosikal eh..??

      Delete
    3. gabungan antara motosikal dan basikal dan menggunakan kuasa bateri...

      Delete
  4. 21 jam naik train?? dekat 1 hari tu...arghhhh!!! Zilla tolong cter pengalaman dorang tu nanti ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. zila, tu pun nasib tak delay tau..kawan2 saya cerita, memang tak boleh nak tido dalam train tu..nak solat pun susah sebab bumping sampai derang terpaksa solat duduk sebab ada yang terhantuk ke bumbung keretapi...aircond mmg takde, hanya ada kipas..dah la tu ada satu part tu kipas derang tak berfungsi kena panggil org tolong betulkan.nyamuk pun byk..pendek kata, mmg nightmare lah...

      Delete
    2. hadoii... aircond takde 21jam.. kipas pon rosak..? mm.. mmg ade hikmah la u sampai lambat zilla...

      Delete
    3. mmg takde aircond, cuma yang ada kipas aje..utk perjalanan panjang, agak sengsara kot...

      Delete
  5. Zilla...lepas turun bas sebaik sampai di stesen Nyaung U tu...duit tinggal 4,500 kyat je? kiranya dalam perjalanan tu duit dah lesap? kiranya bila dah bayar 4000kyat utk minivan tu tinggal 500kyat lah eh?

    pastu...tiket 20usd tu minta ihsan dari kawan2 yg baru sampai naik train tu eh? 21 jam naik train? mmg x sanggup!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa... nk tanye gak pasal duet lesap tu... kat mane sebenarnye lesap..?? mase naik bas tu ke..???

      Delete
    2. dalam bas lah kot luna..saya mmg tak perasan...tau2 dah takde...

      Delete
  6. hahaha.. zilla.. kalau u kate u g bagan semate2 utk sunset.. haha.. memang opkos pecaye! sbb hasil die pon memang cun! =D

    ReplyDelete
  7. mmg gamble ko ni zilla duit sikit cenggitu pun tetap kuar merayap...
    *ok nak khatam entry bagan seterusnya. baru tgk blog ni = ='

    ReplyDelete
    Replies
    1. nana, mujur jugalah aku keluar merayap..kalau tidak harus aku mati kutu kat hostel tu sementara tunggu yang lain tiba..

      Delete

Subscribe