Pagi ini kami disambut dengan cuaca yang agak baik. Hari ini kami akan turun dari Rinjani dan terus ke pantai Kuta untuk lepak di sana semalaman. Untuk turun, kami memilih route yang sama iaitu Sembalun. Yuppp, walaupun pemandangan sepanjang trek Sembalun ini tak seindah trek Senaru tapi tak kisahlah semua tu. Yang penting sekarang kami nak cepat-cepat sampai ke perkampungan Sembalun.
Pemandangan pagi itu. Sekejap aja pun dapat pemandangan seperti ini selepas itu kabus datang menyerang huhuhu
Selepas breakfast, sekitar jam 7.++am kami bergerak meninggalkan Pelawangan Sembalun. Kalau naik macam nak mati sebab semput mendaki Bukit Penyesalan, waktu turun pula terasa macam nak minta tukar lutut baru je sebab 'rabak'. Dari awal kitaorang start berlari menuruni Bukit Penyesalan dan tiba di Post II dalam tempoh 2 1/2jam sahaja. Bayangkan betapa mudahnya waktu turun berbanding naik. Di Pos II, kami dijamukan dengan makan tengahari. Awal sangat kot nak makan tengahari, menjamah sekadar untuk mengalas perut. Dah selesai semuanya kami minta izin dari guide untuk teruskan perjalanan. Malas dah nak buang masa di situ, dalam kepala cuma fikir nak sampai ke perkampungan Sembalun secepat mungkin.
Budak-budak tu memekak sepanjang malam ok. Lokasi, Pelawangan Sembalun.
Alhamdulillah, selepas melalui perjalanan yang panjang (bertemu ular dan mencanak lari keluar dari hutan sebab takut berjalan sorang-sorang), saya berjaya tiba di rumah Pak Madil di perkampungan Sembalun sekitar jam 12.45pm. Waktu ne tengok Acat sedang sedap layan santai di beranda rumah Pak Madil dengan ditemani Pak Tofan. Manakala Jard lain pula ceritanya, diserang gatal-gatal sebab alergik dengan perubahan cuaca di situ. Ajaibnya, selepas diberi minum air kunyit gatal-gatalnya terus hilang. Jadinya, selepas ini kalau mahu naik gunung memang kena bawa sekali serbuk kunyit kot-kotlah diserang gatal-gatal dan sebagainya. Pelajaran yang kami perolehi hari ini dari Pak Madil. Saya sendiri? Kuku jari kaki tercabut, lantaklah sendiri cari penyakitkan? huhuhu.
Selamat tinggal Bukit Penyesalan
Pemandangan Rinjani dari Pos II
Bila JM dan pak guide pun tiba kami
ambil peluang untuk berehat sebentar dan tumpang solat dirumah Pak Madil
sebelum berangkat menuju ke pantai Kuta. Kami sempat singgah di rumah
Pak Tofan dan dijamu dengan macam-macam makananlah sebelum dihantar
terus ke Krishna Homestay, Kuta. Di Krishna Homestay (sorrylah takde gambar), kami ambil bilik biasa tapi dioffer dengan banglo sebabnya bilik yang kami book telah diisi oleh orang lain. Untuk penginapan ini, harganya adalah Rp280,000. Aktiviti di Kuta memang takde apalah. Penat kot nak tergedik-gedik cuci mata di situ. Masa memang dihabiskan dengan berehat di dalam bilik.
Day 5 : Lombok - KL
Flight kembali ke KL sekitar jam 12.++pm. Konon nak layan sunrise dan nak sewa basikal ke Tanjung Aan pagi tu tapi sedar-sedar matahari dah terpacak atas kepala hehehe. Lupakan semua aktiviti, terus bersiap dan check out dari homestay. Untuk transport ke airport kami minta pihak guesthouse uruskan dengan harga Rp175,000/taxi (avanza). Sebelum ke airport kami sempat minta pak supir singgah di gerai yang ada di pantai Kuta untuk mencari sedikit ole-ole untuk dibawa pulang. On time kami berlepas pulang ke tanahair.
Percutian singkat tapi penuh dengan kenangan. Walaupun tak berjaya tawan puncak kali ini, saya tetap gembira melihatkan target kawan-kawan tercapai. Secara peribadi, takkan penah ada rasa serik untuk saya kembali ke Rinjani. Ada rezeki, pasti akan ketemu lagi.
Sekian..
Wow zilla dah tmt rinjani,sumut dah 2nd round so pas tu gi mne ?
ReplyDeletePasne dok rumah ajelah encik...cuti dah habis huhuhu
DeleteZilla xde nk g tambora ke hehehe
ReplyDeleteTambora? Ramai yg ckp situ angker giler...kalau x tau mgkn blh p ne dah mcm2 derang cerita, takpelah...cari gunung lain hehhe
DeleteBolak balik ke Rinjani, tak bosan kah Mbak Zilla ? Hehe...
ReplyDeleteTak bosan kot selagi tak tercapai impian hehehe
DeleteCantik gambar-gambar Zilla ambil. Buat saya tak sabar tunggu gambar autumn nanti ;)
ReplyDeleteTakdelah kay...main petik je tu huhuhu
DeleteSbb dh sampai, tanak ulang dh Rinjani... tp teringin nak p lg sekali danau anak segara
ReplyDeletehahaha..kalau dah sampai puncak, mmg tak nk ulang dah..ne sebab tak sampai2 juga lagi tu yang nak juga datang nak habiskan misi yang tak kesampaian hehehe
DeleteView cantik gila
ReplyDeletesedar diri...memang takkan lepas mendaki Rinjani :-(
ReplyDeletemenciiii bkt cinta, bkt putus cinta, bkt penyesalan & bkt penyeksaan. tak nak pgi dah rinjani.. haha
ReplyDeletehahaha..marah betul ne...serius tak nak repeat dah? ;-)
Delete