Assalamualaikum..
Lama sungguh tak update blog. Kisah Rinjani tu pun tergantung macam tu aje. Takde apa pun yang berlaku sebenarnya, cuma mood yang tak berapa nak elok.
* Kesat peluh, penat sapu sawang disekitar blog...
Alhamdulillah, baru je balik dari Medan. La ne tengah dok tanggung macam-macam sakit; demam, batuk, sakit-sakit satu badan dan macam-macam lagilah. Nak je mc tapi malas nak p klinik, makan ajelah apa yang ada kat rumah tu. Buat kawan-kawan yang ada email dan sebagainya, maaflah sebab tak bagi respon. Kitaorang memang duduk dalam hutan sepanjang berada di sana.
Trip kali ini sebenarnya bolehlah dianggap dari sambungan dari trip Sumut 2015, Mac yang lalu. Saya diminta untuk menguruskan trip susulan oleh geng-geng Sumut yang lalu untuk jelajah lokasi lain pula. Pening juga sebenarnya nak susun itinerary tapi setelah beberapa kali berbalas email dengan Yovie akhirnya kami sepakat untuk singgah di Tangkahan, Sibolangit dan Negeri Suah sahaja kerana jarak untuk setiap lokasi memang agak jauh dan akses jalan raya yang agak teruk. Untuk Bukit Lawang kami lupakan setelah mendapat info kepupusan orang hutan di sana.
Untuk trip kali ini juga sebenarnya saya ada bukakan penyertaannya untuk kawan-kawan yang singgah di blog saya ini. Boleh lihat di JOM : SUMUT 2.0. Dalam ramai-ramai yang email hanya Rafidah dan Syaza sahaja yang benar-benar berminat dan bersama-sama kami (saya, Syikin, Azra & Jard). Terima kasih buat kalian berdua dan harapnya tak seriklah ber'sakit-sakit' bersama-sama kami.
Malas nak taip panjang lebar kali ini, nantikan kisah selanjutnya...
Sungai Tangkahan
Air terjun di sepanjang trek di Bukit Barisan
Hutan Raya Bukit Barisan - trekking dalam hujan lebat dan lecak.
Sungai Dua Suhu, Negeri Suah - di bahagian hadapan (gambar) airnya adalah sejuk/dingin manakala di bahagian belakang (ada cewek cantik berdiri itu) airnya adalah panas/hangat.
Air Terjun Semburan Tuah
Bermalam di rumah Bibik dari kaum Batak Kero, Negeri Suah.
Goa Penen
wah....teringat zaman budak dulu ke sana...:D
ReplyDeletebila bertembung dgn anak2 yang baru pulang dari sekolah, saya terbayangkan kamu :D comel sgt kot hehehe
DeleteSalam Zilla. Selamat kembali ke tanah air dan selamat bertugas..Semoga deman dan batuk zilla cepat sembuh, banyakkan minum air masak supaya batuk cepat hilang..Saya xtahu pula kat medan ada sungai 2 suhu. Ingat nak pergi hujung tahun nnti..hehehe. Nak kena check dengan AA tambang pergi balek KL-Medan-KL. Harap2 dapat tambang murah...
ReplyDeleteTerima kasih untuk petuanya...
Deletesebelum beli tiket sila check dulu cuaca..wpun sekarang cuaca sukar utk diramal tapi setahu saya hujung tahun musim hujan di sana..agak merbahaya kalau nak buat aktiviti air..
Wah sudah menjelajah Medan lagi ya Zilla. Syafakillah Zilla, semoga cepat sembuh ya
ReplyDeleteIya, Evi..ke Medan lagi hehehe..sayangkan kamu udah di Depok saat ini.,jika tidak, kita bisa ketemu :)
DeleteZilla, terima kasih sebab open utk org luar hari tu. T.kasih utk trip 'aduhsakitnyatudisini' yang best! haha. Bermuhasabah diri kat tempat2 yg indah ni walau nak smpai ke satu2 tempat tu jalannya mcm 'bencinta', mmg berbaloi2. Harap2 geng Sumut 2.0 yang lain tak serik jugak dpt peserta yang suka membuli mcm saya ni. Tunggu trip berhijrah ke NZ dr Zilla plk. haha
ReplyDeletealahai, ayat yang last tu mmg tak boleh blah hahaha..kalau berjaya nanti saya jemput korang datang NZ pula ya :D
DeleteYa Allah kak zilla. Terima kasih tutup kan muka. Hahaha
ReplyDeletesama2 adik comel :D
DeleteWp jalannya sakitnyatuhdisini aku bole tidoq smpai x sedar....tima kasih smua....rindu korang!
ReplyDeletene sapa pula ne? bab 'sakitnyatuhdisini' memang tak boleh blah tapi aku puas hati kot..sgt2 puas hati sebab apa yang aku idamkan semua berjaya kita terjah ;-)
Deletemuahahaha.. yg takleh blah boleh salah beli tiket pada bulan yg salah. :P
ReplyDeletehahaha...tunggu bulan 9 utk claim airport tax...jadilah dari takde huhuhu
Deletewaaahhh. ke Medan lagi. suka entri n itinerari zilla. the road not taken gitu. take care ye! syafakillah
ReplyDeleteAjla, terima kasih... InsyaAllah akan ada trip susulan lagi utk Sumut, maybe next year :)
DeleteZilla pgi diam2 je tak info pun.....
ReplyDeletepegi diam2 apanya encik? saya ada publish kat blog ne utk cari sapa2 yang berminat nak join huhuhu...
DeleteMaybe tk perasaan la.....ada pgi lgi ke ?
Deletealaaa.... kita baca blog masa offer dah tutup aritu.. rugi.. rugi..
ReplyDeletenak booking next trip, boleh?
hihihi... =)
amboi siap nak booking bagai...masalahnya skrg next trip tu pun tak tahu bila, anne hehehe...
DeleteInsyaAllah kalau ada nanti kita share kat blog ne ye...
kena booking siap2 sebab nak bukak blog punyalah bercinta skrg ni, hihi..
DeleteTerima kasih zilla kenalkan TA JELAJAH-acsu
ReplyDeleteSemuanya bisa
balik sini badan pun berbisa-bisa
Kurang selulit haha
~zellyn hazel~
sama2, zellyn..terima kasih juga belanja kitaorg makan2 haritu..terkejut sungguh bila dpt tau bil semua dah settle..happy dah jumpa, maklumlah selama ne asyik dok borak kat FB aje hehehe..
Deletebab selulit tu saya setuju bangat!!satu badan susut kot :D
Mbak Zilla selalu kalo trip ke tempat tempat tak biasa. Ini yg selalu menarik untuk dibaca.
ReplyDeleteterima kasih mas gunadi kerna sudi membaca tulisan saya yang entahapapa ini huhuhu
Delete