Pages

Sunday, November 22, 2015

China Autumn Trip 2015 : Mt Gongga - Hailuogou Glacier Park (Part I)

China Autumn Trip 2015 : Moxi Village & Hostel Berhantu

Dari tempat penginapan kami ke kaunter tiket untuk Mt. Gongga - Hailuogou Glacier Park ne takdelah jauh mana pun; sekangkang kera aje dah pun sampai. Satu pesanan khidmat masyarakat, sila gerak seawal yang mungkin sebelum pokcik/mokcik mainland tiba. Bukan apa, serabut tau dengan mereka-mereka ini.
Fu Lin Pearl Garden Hotel

Tourist Service Center/kaunter tiket terletak di Fu Lin Pearl Garden Hotel. Sila serahkan kad pelajar atau kalau takde serahkan aje kad pengenalan atau lesen memandu untuk dapatkan harga pelajar. Saya dan yana serahkan kad pengenalan aje sebab student card dah hilang. Serius, derang tak boleh baca pun hehehe. Sebagai tambahan, kenderaan awam dilarang masuk ke kawasan national park ini. Dari entrance pengunjung wajib menggunakan shuttle bas yang telah disediakan yang akan berhenti di setiap check point yang ada, terserah samada kita nak turun atau pun tidak. Opps sebelum terlupa, sebelum kawan-kawan memulakan perjalanan ke glacier park silalah telan panadol (paling senang) untuk kurangkan risiko diserang AMS (altitude sickness) kerana kawan-kawan akan pergi ke ketinggian 3400m asl dan belilah tong oksigen (sekitar RMB25/tong) dan bawa bersama.

Kos untuk Mt. Gongga - Hailuogou Glacier Park
Bayaran masuk : RMB92 (normal price), RMB80 (student price)
Shuttle bus : RMB70
Cable Car : RMB150 (normal price), RMB140 (student price)

 Bayaran masuk dan bas sahaja perlu dibuat di kaunter tiket.

Shuttle bus

Antara tempat menarik di sepanjang trek yang boleh disinggahi adalah Park Gate, Ice Pagoda Forest, Shuihaizi Lake, Vista of the Grand Glacier Cascade, Glacier Tongue, Jinyin Mountain, Snow Basin dan sebagainya. Bas akan berhenti di beberapa hentian/campsite, so terserah samada nak turun atau pun tidak.

Jarak antara campsite
Muoxi Township (1,600 meters above sea level) - No. 1 Campsite : 15 km
No.1 Campsite (1,940 meters above sea level) - No. 2 Campsite: 8 km
No. 2 Campsite (2,660 meters above sea level) - No. 3 Campsite: 7.5 km
No. 3 Campsite (2,980 meters above sea level) - cableway: 4 km
No. 4 Campsite is 3,400 meters above sea level.  
Peta untuk tempat-tempat menarik/campsite sepanjang trek national park ini (sila klik).

Kami ambil keputusan untuk terus ke campsite 3 di mana letaknya cable car untuk ke Mt. Gongga (campsite 4) sebelum pengunjung yang lain tiba. Untuk bayaran cable car, saya ada update harganya di atas (sila rujuk).
Pemandangan yang menyambut kami sebaik sahaja kami turun dari shuttle bus di campsite 3; SubahanaAllah, cantik giler *nanges!
Tiket untuk cable car. Sempat saksikan drama sebabak dari local. Haih, macam-macam sungguh mereka ini!

Tiket dah ada, toilet dah pergi, foto-foto pun sudah jadinya jom naik kabel car. Sebelum tu, tarik nafas panjang-panjang dan Bismillah *tepis rasa gayat jauh-jauh hehehe!
Jom, start the journey! Mati katak kalau tetiba wayar tu putus hehehe.

Saya kira inilah cable car paling lama dan paling panjang yang pernah saya naiki. Jarak dari station cable car ini ke campsite 4 adalah 4km menyeberangi lautan glacier dan mengambil masa dalam 18 minit sahaja untuk tiba!
Ok, kami dah sampai di ketinggian 3400m asl. Gunung-ganang disekitarnya itu adalah sebahagian dari Mt. Gongga.

Mt. Gongga berketinggian 7556m asl dikenali juga sebagai 'King of Shu' dan disekitarnya terdapat beberapa puncak lain yang berketinggian sekitar 6000m asl. Di sini letaknya glacier paling besar didunia dengan keluasaan 15km persegi dan ianya merupakan low altitude modern oceanic glacier. Trekking/hiking tidak dibenarkan di sini, hanya beberapa bahagian sahaja yang dibuka kepada pengunjung. 

Tiba aje di campsite 4, kepala dah start pening, dada terasa sakit dan nafas terasa payah. AMS mulai menyerang kami....

* bersambung

14 comments:

  1. Sangat cantik... Header tu gmbar kat sini jugak ke..?

    ReplyDelete
  2. Tambang cable car kat China agak mahal... Dua tempat saya naik cable car di Beijing semuanya mahal walaupun jaraknya dekat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada sayakan encik, serba serbi mahal kat china kecuali penginapan..makan pula ikut nasib...

      Delete
  3. Cantik nya cuaca !!
    Speechless kan tiap kali melihat puncak2 gunung yang diliputi salji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, kak..sepanjang kami kat sana cuaca memang cantik kecuali di Chengdu dan Xian, langit kelam dan berkabus

      Delete
  4. wah..rega dia cam harga saya pegi yu long mountain kat lijiang. hehe. anyway...harga oxygen tu murah gak...kat lijiang mahal giler.

    ReplyDelete
  5. cantikkk..dah macam NZ

    berkenaan macik2 mainland tu, errr mmg betol..time kt NZ pun diorg ada...sekali diorg sampai kt tempat2 attraction, terus mcm pasar jadi tempat nya..haha
    sabar aje lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. NZ juga yang jadi sebutan ya? hehehe

      makcik/packcik mainland tu kena konsep terima ajelah seadanya wpun stress tahap langit ke 7 hehehe

      Delete
  6. ...lebih 3,000km dari paras laut tu, pehh! kalau saya mesti dah gayat dan tak cukup oksigen!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun gayat k..ketaq satu badan dibuatnya.....

      Delete
  7. Bpa temp. tu .tak sejuk sangat ke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ingat berapa encik...sejuk giler tapi bila berjalan, berpeluh dibuatnya..hilang terus rasa sejuk :D

      Delete