China Autumn Trip 2015 : Travel Tips, Itinerary & Budget
Mood tersangat baik hari bolehlah berkongsi kisah perihal trip China yang lepas.
Saya skip ajelah ye bab perihal dalam flight. Apa yang pasti suasana dalam kabin pagi tu tersangatlah aman dan damai, best giler tido!
Ketibaan kami di Chengdu Shuangliau Airport tenghari tu disambut oleh Mark, agent minivan yang kami sewa. Kami dimaklumkan oleh Mark itinerary terpaksa dirombak. Route terpaksa diterbalikkan dari Chengdu - Mt. Siguniang kepada Chengdu - Moxi Town. Beliau tidak rekeman untuk kami meneruskan perjalanan terus ke Mt. Siguniang kerana jaraknya yang jauh dan tidak sesuai untuk perjalanan malam. Sewa sebiji van (8 seater) untuk 6 hari adalah RMB8300 all in.
Chengdu ke Moxi Village mengambil masa sekitar 5 1/2jam perjalanan dengan jarak 336km. Perjalanan memang diisi dengan aktiviti makan-tido-makan-tido-makan-tido tetap tak sampai-sampai juga. Jauh giler ok! Satu perkara yang buat saya kagum tentang China, banyak giler rupanya terowong kat negara ini. Panjang satu-satu terowong ada yang mencecah 3km panjangnya. Fuuuhhh!
Sedikit info mengenai Moxi Town/Village ini.
Ok, kalau kawan-kawan nak tahu tempat ini dulunya disebut sebagai Moximian. Tak tahulah tahun berapa mereka tukar ke Moxi Town - harus tanya pakcik google kot. Warga tempatan menggelar tempat ini sebagai 'Ancient Town on Dragon's Back' dan ianya merupakan lokasi penting untuk 'Tang-Tibet Ancient Road' dan 'Ancient Tea Horse Road'. La ne Moxi Town terletak dalam Garze Tibetan Autonomi di mana dalam wilayah ini 77% populasinya adalah Tibetan dengan kepadatan penduduk 12,000orang. Oleh kerana itu, pengaruh Tibet dapat dilihat dengan jelas di setiap ceruk Moxi Village ini dan kawasan sekitarnya. Untuk lebih lanjut mengenai wilayah autonomi ne, mungkin kawan-kawan boleh google mengenainya. Selain daripada itu, Moxi Village ini juga merupakan pintu masuk untuk ke Hailuogou Glacier Park yang terkenal itu.
Kami tiba di Moxi Village ne sekitar jam 7.++pm, dah gelap-gulita dah saat ini. Oleh kerana plan dah berubah, tak dapatlah kami menginap di penginapan yang telah ditempah. Jadinya, kami serahkan pada driver untuk mencari penginapan buat kami dan akhirnya kami dibawa ke Remembrance Youth Hostel under YHA China. Sayang masing-masing tak bawa kad YHA jadilah tak dapatlah harga ahli di sini. Kami ambil double bed room dengan harga RMB180 (RM121)/night - saya akan buat entry berasingan mengenai hostel ini.
Bilik dah dapat, rehat dan solat sat dan terus kami berperang untuk santapan malam tu. Kebuluran giler kot, maklumlah kali terakhir kami makan waktu dalam flight. Di hostel ini tiada kemudahan dapur. Nasib kami bawa travel cooker, dapatlah masak-masak dengan bebasnya dalam bilik huhuhu.
Settle makan, tarik selimut nak tidur sekali ada benda berbisik dan menyanyi di telinga. Assudah, apa benda pula ne. Start dari situ, dah mula kena tindih. Rasa macam dah jerit bagai nak pecah anak tekak panggil orang sebelah tapi langsung takde respon. Bila dah berjaya lepaskan diri, pasang ayat Ruqyah dan barulah boleh tidur lena. Esok pagi bila jumpa yang lain, masing-masing bertukar cerita. Rupanya bilik lain pun diganggu. Paling teruk kena, bilik di aras 4. Ada benda dok lari-lari diluar, hempas pintu dan main buka-tutup-buka-tutup suis lampu. Nasiblah semalam aje lepak di sini, kalau tak memang memang cabut ke hostel lain.
Layan sedikit gambar di Moxi Village - tak sempat pun nak jalan-jalan cuci mata di sini.
Pemandangan dari bilik. Moxi Village ne ala-ala Cameron Highland jugala. Cuaca sejuk giler!
Pekannya kecil je. Biasanya awal pagi memang agak sesak dengan kenderan yang membawa pelancong ke pintu masuk untuk ke glacier
Gunung-ganang yang sayup-sayup kelihatan itu merupakan sebahagian daripada Mt. Gonggar di mana letaknya glacier park
Tibet sangat rasanya..
Epal, pear, limau bali, walnut antara yang dijual di kaki lima jalan. Boleh try sebelum beli. Harga pun murah. Kami sempat borong epal, walnut, kiwi 'Moxi Village' dan limau di sini.
Walnut yang masih fresh. Nak makan, kena pecahkan kulitnya dahulu sebelum ngapp
Kiwi 'Moxi Village' - rasa memang sebiji macam kiwi. Sedap giler kot!
Warga tempatan
a) Moxi Village ini berada di ketinggian 1600m, jadinya suhu di sini memang dingin. Sila bawa jaket tebal jika berhajat untuk berkunjung di sini.
b) Tiada makanan halal di sini.
c) Untuk yang berhajat untuk menggunakan service Mark boleh hubungi beliau melalui email 805326402@qq.com
wah...rasa macam tibet ye.
ReplyDeleteberangan je Encik hehehe...
Deletebestnya Moxi Village ni..tapi bab hantu,seram juga...ganas juga hantu cina ni..hehe..
ReplyDeletehahaha..bukan ganas nohas, tapi nakal manja gitu hehehe..
Deleteteringinnya rase nak ke sini, tapi apakan daya..
ReplyDeletetakpe kak. InsyaAllah suatu hari nanti, mana tahu kan?
Deletemahluk tu menyayi lagu apa? btw Moxi town nie mmng lebih kpd tmpt stopover ke?
ReplyDeleteYupp..town dia kecil je..
DeleteHahhaa..tak taulah dia nyanyi lagu apa.tk dpt dikenalpasti hehe
Gambar tingkap tu memang feel Tibet abes la! Cantik!
ReplyDeleteOk, sangat seram hostel Zilla ni >.< Saya pon tertanya, dia nyanyi bahasa Cina ke?
Memang feel kat tibet pun, kay hehee
DeleteTak tau bahasa apa..tibet kot ;-)
Zilla,
ReplyDeleteMark ni supir Zilla time trip tu ke? Rege dia caj OK x?
Supir lain cuma deal aje dgn dia..harga ok kot,..
Delete