Assalamualaikum
Ok, nak start mengarang untuk trip China ne. Fuhhh, pergi jauh-jauh penyakit M.
Orang lain dah berkurun abad terjah China tapi saya baru nak start. Ketinggalan sungguh, haih! Sebenarnya memang saya dah niat, saya nak habiskan dulu ASEAN baru nak terjah negara-negara ASIA yang lain terutamanya China dan India. Tahun lepas bila geng travel dok bentang usul nak terjah China memang tergediklah nak ikut. Kebetulan pada masa yang sama AA ada buka route baru ke Xian, memang tak tunggu lama. Masing-masing pakat rembat tiket.
Plan asal nak explore Xian sampai ke Urumqi tu semua tapi berubah sebab tergoda dengan gambar-gambar di internet. Akhirnya, kami sepakat untuk explore Sichuan sahaja.
Ikut hati semua tempat nak singgah huhuhu [Pic : dreams-travel.com]
Itinerary
Untuk itinerary ini sebenarnya tasyha yang buat. Rencana asal tiba aje di Chengdu kami akan teruskan perjalanan ke Mt. Singuniang tetapi oleh kerana jarak kedua tempat ini mengambil masa sekitar 10jam perjalanan dengan keadaan jalan yang agak merbahaya (gaung dan sebagainya). Sejurus tiba di Chengdu, Mark (our guide) memberi cadangan untuk terbalikkan route. Maksudnya kami bermula di Moxi Town dan berakhir di Mt. Singuniang.
Day 1 : Chengdu - Moxi Town
Day 2 : Mt. Gongga (Hailuo Valley) - Hailugou Glaciers - Kanding
Day 3 : Kangding - Mugecuo - Xinduqiao Town - Tagong - Danba
Day 4 : Danba - Jiaju - Zhonglu & Soupo - Mt. Singuniang
Day 5 : Trekking di Changpinggou Valley, Mt Singuniang
Day 6 : Mt. Singuniang - Chengdu - Xian
Day 7 : Xian
Day 8 & 9 : Xian - KL
Budget
a) Visa
b) Pengangkutan
Untuk tiket flight Xian - KL kami beli dari tahun lepas lagi waktu AA buka route ke sana. Manakala untuk tiket KL - Chengdu, saya beli 2 minggu sebelum berangkat. Ehem, jangan tanya macam mana saya boleh dapat harga semurah itu ;-)
Sepanjang tempoh 6 hari di Sinchuan pula kami sebenarnya sewa minivan. Kalau dicongak-congak sebenarnya kos sewa minivan jauh lebih murah tau dari menggunakan public transport. Lebih-lebih lagi kami berenam, banyak boleh jimat. Paling best bila ada private transport macam ne, suka hati nak berhenti kat mana dan bila-bila masa. Selagi tak puas, selagi tu lah kenderaan tak bergerak.
Untuk tiket train Chengdu - Xian pula kami memang minta tolong Mark (guide di Chengdu) belikan di sana. Jimat!!
* Kadar tukaran semasa adalah RMB1000 : RM677
Flight
Untuk tiket flight Xian - KL kami beli dari tahun lepas lagi waktu AA buka route ke sana. Manakala untuk tiket KL - Chengdu, saya beli 2 minggu sebelum berangkat. Ehem, jangan tanya macam mana saya boleh dapat harga semurah itu ;-)
Sepanjang tempoh 6 hari di Sinchuan pula kami sebenarnya sewa minivan. Kalau dicongak-congak sebenarnya kos sewa minivan jauh lebih murah tau dari menggunakan public transport. Lebih-lebih lagi kami berenam, banyak boleh jimat. Paling best bila ada private transport macam ne, suka hati nak berhenti kat mana dan bila-bila masa. Selagi tak puas, selagi tu lah kenderaan tak bergerak.
Untuk tiket train Chengdu - Xian pula kami memang minta tolong Mark (guide di Chengdu) belikan di sana. Jimat!!
* Kadar tukaran semasa adalah RMB1000 : RM677
Flight
Flight AAX KL - Chengdu : RM320 + RM48 (luggage)
Flight AAX Xian - KL : RM300
Train
Train
Train Chengdu - Xian : RMB301 (RM204)
Pengangkutan di Sinchuan
Pengangkutan di Sinchuan
Minivan : RMB1383 (RM937)
Pengangkutan di Xian
Public bus : RMB2 (RM1.30)
Van hostel - airport : RMB50 (RM34)
Total damage untuk transport : RM1,844.30
Pengangkutan di Xian
Public bus : RMB2 (RM1.30)
Van hostel - airport : RMB50 (RM34)
Total damage untuk transport : RM1,844.30
c) Penginapan
Trip ini ambil masa 8D 7N. Untuk di Kanding dan Mt. Singuniang, penginapan memang dah ditempah dari awal. Untuk yang lain-lain tu, kami terjah aje dengan bantuan Mark dan driver minivan.
Trip ini ambil masa 8D 7N. Untuk di Kanding dan Mt. Singuniang, penginapan memang dah ditempah dari awal. Untuk yang lain-lain tu, kami terjah aje dengan bantuan Mark dan driver minivan.
Day 1 : YHA Hostel, Moxi Town : RMB90 (RM61)
Day 2 : Zhilam Hostel : RMB40 (RM27)
Day 3 : Tibetan Hostel, Danba : RMB60 (RM41)
Day 4 & 5 : A Lee Ben Hostel : RMB100 (RM68)
Day 7 & 8 : Hantang House, Xian : RMB80 (RM55)
Total damage penginapan : RMB370 ~ RM252
d) Makanan
Makan memang menjadi masalah sepanjang berada di sana kecuali di Xian, makan memang mewah. Macam biasa nak memudahkan kerja dan tak nak memeningkan kepala, stok makanan memang kami bawa dari Malaya termasuklah travel cooker kami. Untuk beli stok makanan ini kami collect dalam RM30 seorang manakala di China pula kami collect RMB300 khas untuk makan-makan.
Misal kata kawan-kawan teringin nak goreng-goreng di China, silalah bawa minyak masak siap-siap. Payah giler nak cari minyak masak di sana (risau tak halal pun satu hal). Stress!! Kami guna butter yang diperbuat daripada susu yak untuk goreng ikan bilis, serius tak boleh nak makan. Busuk giler dan rasa pun amatlah meloyakan huhuhu.
Total damage untuk makanan : RM204
e) Entrance fee / shuttle bus / local tour
Satu tips nak dapat harga murah untuk entrance fee di China, sila bawa dan tunjukkan student card memasing. Kalau takde, bawa je kad pengenalan atau lesen memandu. Serius, kitaorang guna cara ne untuk dapatkan harga pelajar untuk setiap tempat yang kitaorang masuk hehehe.
Hailugou Glacier / Mt. Gongga : RMB290 (entrance + shuttle bus + cable car)
Mugesco Lake : RMB162 (entrance + shuttle bus)
Danba & Tagong Village : RMB50
Local tour for Zhonglu & Soupo : RMB117
Mt. Singuniang : RMB50 + RM20 (shuttle bus)
Total damage : RMB689 ~ RM467
f) Lain-lain
Ole-ole / Cenderamata : RMB15 (RM11)
Total damage : RM11
Ole-ole / Cenderamata : RMB15 (RM11)
Total damage : RM11
Flight murah tu...
ReplyDeleterezeki kot ;-)
Deletemak aih!!! RMB100 : RM677? bukan ke RMB100 = RM67.70 ke JM salah kira.. patutlah cecah RM2,866.60 huhuh....semua matawang semakin naik skrg rate nya Zilla...huuhhu...
ReplyDeleteaahh, tertinggal satu 0 lah JM..patutnya RMB1000:RM677. yupp, paling sadis tgk rupiah dah cecah RM325 utk Rp1j *nanges huhuhu
DeleteUntuk 8 hari semua perbelanjan RM2,866.60.. kira murah lah tu Zilla.
ReplyDeleteMerata tempat boleh dilawati..
Tak sabar pulak nak tengok gambar2 tu..
Tiupkan angin R utk update entri ye Zilla :D
hahaa, kita tgk aje angin R tu berjaya melekat kat diri saya atau pun tidak ya kak :D
DeleteJangan ada istilah lewat dalam mengembara.
ReplyDeleteYang penting sampai.....hehe...
betul tu hehehe
Deleteok cepat cerita. taknak tgk bajet tu sbb china skang makin mahal utk tourist.
ReplyDeletebetul tu John...entrance fee satu2 tempat, memang sgt mencekik darah huhuhu
DeleteLaju nye update. kihkihkih
ReplyDeleteteruskan usaha murni tu. heheeh :)
awal2 memang macam ne fieda..tunggu dan lihat ajelah berapa bulan boleh habis entry china ne :D
Deletechengdu tu home for Panda kan??
ReplyDeleteada panda breeding centre kan?
teringin nak pergi since 2008 T_T
u singgah tak?
yupp shazia tapi kitaorg tak p tengok pun..tak terpikir pun nak singgah hehehe
Delete