Pages

Monday, January 4, 2016

China Autumn Trip 2015 : Mt. Singuniang, Rilong (Part I)

China Autumn Trip 2015 : Tour Around Zhonglu & Soupo, Jiaju

Mt. Saguning atau Four Girls Mountain terletak di antara Rilong, Xiajoin dan Wenchuan merupakan gunung tertinggi di Sichuan, China. Mempunyai 4 puncak iaitu DaFeng (1st peak), ErFeng (2nd peak), SanFeng (3rd peak) dan Yaomei Feng (4th peak) dengan ketinggian 6250m. 

Ada 3 trek utama yang boleh diakses untuk mereka yang berminat mendaki di sini iaitu Shuangqiaogou Valley (Twin Bridge), Changpinggou Valley (Long Terrace) dan Haizigou Valley (Lake). Kalau dilihat pada map, Haizigou Valley treknya memang kelihatan pendek berbanding 2 lagi trek tapi trek inilah yang paling susah.
Trek mana satu pilihan hati?

Plan asal kami memang nak try Haizigou Valley tapi setelah berbincang dengan pekerja di A Lee Ben Hostel, kami sepakat untuk mencuba Changpinggou Valley. Kenapa kami memilih trek ini? Alasan utama adalah kerana lokasinya yang dekat dengan hostel. Kami hanya perlu menapak dalam 10 minit sahaja ke kaunter tiket berbanding ke Shuangqioguo Valley, kami perlu mengambil public transport ke situ. 
Kaunter tiket

Bayaran masuk adalah RMB70 (normal price) dan RMB50 (student price) - kami dapat student price dan tiket untuk shuttle bus adalah RMB20.  Dari kaunter tiket ke main entrance untuk Changpinggou Valley mengambil masa 15 minit dengan menaiki shuttle bus. Di main entrance, pengunjung diwajibkan untuk melaporkan diri dan membayar deposit RMB100/group. Satu perkara yang kawan-kawan perlu alert di sini adalah last shuttle bus adalah pada jam 5.30pm, make sure keluar sebelum 5.30pm kalau tak, haruslah menapak ke town berdekatan. 
Shuttle bus

Jika berhajat untuk menyewa guide, porter dan kuda bolehlah dilakukan di main entrance. Stok makanan/minuman pun kalau nak beli, belilah ye. Tong oksigen pun kalau nak bawa, bawalah. Serius sangat membantu dan boleh dibeli di kedai-kedai di Rilong town atau pun dari gueshouse memasing. Kami tak berhajat pun nak menyewa guide mahupun kuda. Konsep kami hari ini, santai dan enjoy the view.
Pemandangan dari main entrance - rasa nak menangis melihatnya. Kagum!

Trek bermula berdekatan dengan temple. Tak susah pun nak cari; betul-betul sebelah temple. Panjang trek adalah 7km dengan estimate 3 jam trekking.
Permulaan trek letaknya sebelah temple ni.
Let's start the journey!

Jangan susah hati dengan trek di sini sebabnya trek berada dalam keadaan yang teramat baik. Bayang sampah sarap pun takde tau! Giler respek dengan cara mereka handle tempat-tempat tumpuan pengunjung ne. Hutan di sini? Emm, penah masuk mossy forest di Brinchang? Hah, keadaannya hampir sama cumanya suasananya takdelah sesuram seperti di Brinchang hehehe.
Broadwalk sepanjang trek - nampak macam senangkan? Hakikatnya rabak juga lutut huhuhu!

Layan gambar untuk sebahagian trek.
Mossy forest
Cantik ok!
SubhanaAllah
Macam dalam mimpi!

*bersambung

2 comments:

  1. nak trekking kat China jugak cenggini. Selamat tahun baru zilla. moga tahun ini dan hari2 mendatang membahagiakan zilla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru Ajla..moga 2016 juha memberikan yg terbaik bt kita semua

      Delete