Pages

Friday, January 1, 2016

Tahun Baru, Dunia Baru

"Zilla, kita dah tua tau! Dah tua! Kau tahu tak umur ko dah 38 tahun ne?" 

Erkkk! Serius bab-bab umur ne saya memang tak pernah ambil tahu pun. Yang saya tahu, saya lahir pada sekian tahun. Bila JC kata umur saya dah 38, terus conggak. Errk, serius aku dah setua itu? Takkanlah? Hahaha ~ Giler punya perangai, tak boleh nak terima keadaan diri tu dah tua! hehehe. Kira-kira, woiii takde sebesar itu angkanya. Hahaha! Rasa nak debik je JC *wink

2015 dah pun jadi sejarah. 

Personal life, baik-baik aja.

Tahun ne jugalah pertama kali duduk berjauhan dari mak dan ayah. Pertama kali jugalah merasa perasaan teruja nak balik ke kampung jumpa mak ayah. Dalam teruja tu sebenarnya hati merintih juga especially bila perasaan tu tengah down sesangat. Rasa macam nak lari je balik jumpa mereka. Ohh, serius rindu nak kena bebel *kesat air mata (nak mak!!). 

Selain dari itu, saya dah start pegang stereng kereta tau hahaha! Bayangkan bertahun peram lesen memandu sebab takut tapi tahun ini saya berjaya buang ketakutan tu jauh-jauh. Ini antara yang paling saya banggakan. Terima kasih banyak-banyak pada #gengtravel; kalau tak kerana mereka ini mesti sampai bila-bilalah saya tewas dengan ketakutan sendiri. Terima kasih korang kerana berjaya buka mata ini. Sekarang saya percaya dalam hidup ini sebenarnya takde apa pun yang mustahil. Pokok pangkalnya diri kita sendiri; mau atau pun tidak aje untuk melakukan perubahan. 

Alhamdulillah tahun ne kami #gengtravel berjaya memenuhi impian kami untuk 'menawan' negara ASEAN dengan Mynmar sebagai penutup. Buat pertama kali jugalah saya menjejaki kaki ke tanah besar China, umpama impian yang jadi nyata. Sungguh, dapat lihat dunia ini dari sisi yang berbeza terasa diri ini sebenarnya kerdil sangat-sangat dan kemalangan di China juga seolah-olah menyedarkan diri saya dari kelekaan selama ini.

Untuk 2016, InsyaAllah dah ada beberapa trip yang menanti. Tahun ini juga saya nak fokuskan pada service 'tour guide' sebagai menyahut seruan pak menteri untuk buat 2-3 kerja untuk menyara hidup hehehe. Mendoakan yang terbaik untuk diri saya dan kawan-kawan semua di sepanjang tahun 2016.

Teruskan bermimpi!
#gengtravel!

28 comments:

  1. Happy New year Zilla.. semoga Zilla berjaya 2016. Menyahut seruan 3 kerja dalam satu tu menarik tu. btw, 38 cuma angka. Kalau di tambah 3+8 dapat 11, kalau ditolak 3-8 dapatlah -5. Terpulang kita nak tambah atau tolak atau darap atau bahagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy new year, BK

      Hahaha..tak kisah apa pun angkanya yg penting happy, betul tak BK? Hehee

      Delete
  2. Assalamualaikum zilla,dah 38......ok tu.. muda lgi.
    Yg penting gunakan masa sebaiknya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha

      Setuju itu encik walaupun tekaan encik berkenaan umur saya tu salah sama sekali hehe

      Delete
  3. Selamat tahun baru zila, muda lagi tu...selagi kita sihat, betenaga tetap muda rasanya, umur hanya angka..
    tang pegang stereng tu akk suka sbb akak pun masih peram lesen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy new year kakak..hah kita ne segeng rupanya hehehe..beranikan diri sebab terdesak kak, kalau x mmg smp bila2 lah dok peram lesen tu hehe

      Delete
  4. Selamat Tahun Baru Zilla.....moga azam tahun nie terlaksana okeh!

    ReplyDelete
  5. Ok, dah tau mana satu Zilla! Hehe

    Saya lagi dahsyat dari Zilla tau, bukan setakat peram lesen, lesen pon tak ada. Asyik tangguh (takut sebenarnya) nak pegi driving test.
    Walau ke mana trip Zilla tahun depan, semoga semuannya berjalan lancar, insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhirnya..kot jmp dimana2 silalah tegur ya kay hehehe

      Amin.terima kasih kay..same too you, moga 2016 memberikan yg terbaik bt kita semua

      Delete
  6. Boleh tak tunjukkan kasut macam mana yang korang guna ek time g tempat bersalji? Tak boleh nak zoom lar gambar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uihh kitaorg pakai hiking shoes je tu sebab tak jangka pun akan bertembung dgn salji..

      Delete
  7. Yang mane satu JC tu? Meh aku debik die.. Ada ke patut die ckp ko camtu.. X patut tau zilla.. Hahhahhaa..
    Neway, congrats sebab dh berjaya pegang stereng kete.. Lepas ni, senang la nk ajak ko lepak umah aku! Yahuuuuu.. (Sambil lompat bintang)

    *Happy New Year zilla* *Moga tahun ni dan tahun-tahun akan datang menjanjikan memori yang terindah* In Shaa Allah..

    Syukur, Impian kite nk abeskan ASEAN akhirnye tercapai.. Moga kaki kite akan terus mengorak langkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh silalah debik JC tu bagi pihak aku hahaha!

      Happy new year, Jijah...moga tahun ne tercapai impian kita nak daki ABC *ehhh :D

      Delete
  8. They are just numbers Zilla...dun wori be happy...keep on travelling!!"
    All the best for 2015

    ReplyDelete
  9. First of all, saya nak ucapkan ribuan terima kasih dekat kak zilla sebab bagi peluang untuk saya join trip2 akak. Lastly, in sha allah 2016 ni saya akan menyelit lagi banyak dalam trip akak. Hahahaha. Happy new year sis. May allah bless ur life and ur journey. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, mukadimah bukan main cantik ye syaza hahaha! InsyaAllah ada rezeki nanti kita travel sesama lagi ya..happy new year & may all your dream will come true ;)

      Delete
  10. Selamat tahun baru Zilla...38? muda lagi tau..kalau tgk betul2 org tak percaya umur Zilla 38....its just a number..ye Zilla dah layak jadi tour guide!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha segan aih JM..kelmarin jumpa pun, kemainkan JM tgk saya? seram ok!!:D

      Delete
  11. selamat tahun baru zilla! semoga sukses dgn azam tahun baru ni. ayuh! #2kerja. ;)

    ReplyDelete
  12. 38 ker?
    maybe baru 34 kot? haha..
    sebelum ada new komitmen, silalah enjoy puas2 travel ni hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tak kisahlah berapa, yang penting enjoy!!! :D

      Delete
  13. Selamat tahun baru k.zilla, tak kisah umur brape k.zilla yg penting setakat eja kenal akak,jiwa akak muda gituw..sengih sensorg plak bila tgk gmbr k.zilla kat pokok ala naminara tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaaa malunya!!tak boleh lupa kena gelak dgn pijah haritu :D pasne mmg lagi susahlah nak bergambar jawabnya hahaha..

      *happy new year..kalau p NZ jangan lupa kirim salam kat bakal pak mertua akak di sana :D

      Delete