Pages

Friday, January 22, 2016

South Korea Winter Trip 2015 : Day 1 ~ Suncheon Guesthouse Nreem, Suncheon

South Korea Winter Trip 2015 : Pengenalan

Busan - Suncheon

Untuk bas ke Suncheon dari Gimhae Airport kawan-kawan boleh ambil di Busan Central Bus Teminal.

Gimhae Ligt Rail Transit - Sasang Station, Line 2 - Seomyeon Station (transfer to Line 1) - Nopo Station.

Di Nopo Station, kalau tak tahu arah mana nak tuju cari aje signbord untuk Busan Central Bus Terminal. Pasti takkan sesat punyalah. Ngam-ngam tiba di bus terminal, bus jam 1.00pm ke Suncheon dah pun ready. Memang tak fikir panjanglah, terus kami setuju untuk rembat tiket yang ada dengan harga 18,200 won/sehala. Sampai awal, boleh rehat sepuasnya.

Perjalanan ke Suncheon cuma memakan masa 2j 40min. Dari Suncheon Bus Terminal, kami menapak pula ke Suncheon Guesthouse Nreem. Nasiblah dah booking sesiap, so takdelah nak pening kepala untuk cari penginapan. Dari terminal bas ke guesthouse ini tak jauh mana pun menapak, dalam 10 minit aje. Kalau malas nak menapak, boleh je nak naik bas, turun di pasar Suncheon.
Suncheon bus terminal

Di Suncheon Guesthouse Nreem ini kami menginap untuk 2 malam dengan harga 75,000won/night untuk superior room. Murahlah kot memandangkan susahnya nak dapatkan penginapan di Suncheon ini secara online.
Dari luar. Cantik dan kemas

Apa yang menariknya di sini?

Lokasi memang strategik habis. Bas terminal dan train station cuma berjarak 10 minit berjalan kaki. Senang sangat, nak ke mana-mana. Hostel pula mengadap sungai, memang boleh layan perasaan di sini hehehe. Selain dari itu, guesthouse ini memang dekat bebenor dengan pasar basah. Senang giler nak cari bahan mentah untuk masak-masak memandangkan takde langsung restoran halal di Suncheon ini. Kemudahan dapur untuk memasak memang disediakan kepada semua. Takde limit untuk waktu, nak bangun pukul 3.00 untuk masak-masak pun takde siapa yang kisah asalkan lepas guna semuanya perlu diperbersihkan. Ada juga tempat lepak-lepak, kemudahan komputer dan sebagainya. Opps lupa nak bagitahu, wifi di sini memang berdesupp laju. Kredit untuk itu hehehe! Di samping itu juga di sini mereka ada offer untuk night tour ke Yeosu tau dengan harga 15,000 won/person siap dapat percuma kopi! Kalau rasa takde aktiviti di malam hari bolehlah join tour ini. Tak jauh pun Suncheon ke Yeosu, cuma 30 minit sahaja dengan pemandangan yang serius cantik! Satu lagi, extra kredit untuk ownernya yang kacak mengalahkan Kwang Soo hehehe!

Layan gambar hostel.
 
Basement untuk dapur, tempat lepak dan bilik komuter.
Dapur yang sangat bersih.
Sebahagian dari ruang makan.
Guna ajelah sebaik mungkin, yang penting dikemaskan selepas diguna.
Bilik kami bertiga
Sekadar hiasan.

Untuk yang berminat mencuba hostel ini boleh lihat di sini Suncheon Guesthouse Nreem

6 comments:

  1. Insya allah, saya nak ke sana juga nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suncheon ne tmpt sesuai nak lari dari kesesakan kota..santai sgt suasananya..

      Delete
  2. Lee Kwang Soo ke? Tak ensem... hehehe

    ReplyDelete
  3. lambat sangat sampai ..letih tunggu Zilla..terpaksalah nekcik bai bai dulu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. nekcik, kita ne selalu selisih tarikh kan? huhuhu

      Delete